Tuesday, October 06, 2009

Harapanku = Kejayaanmu..


Esok merupakan tarikh penting. Anak-anak muridku akan menduduki peperiksaan PMR. Perasaan saya berdebar2 toksah cakap la..dah sampai tahap parah ni..seram sejuk, risau, teruja dan macam2 lagi bercampur baur...tiap2 tahun memang gini la..tak kira exam PMR, SPM atau STPM..asal ada subjek yang saya ajar...risaunya melebih-lebih padahal budak-budak cool memanjang je..

Takde apa sebenarnya..cuma fikiran duk diasak pelbagai persoalan..
Berhasilkah pengajaranku?
Berbaloikah penat lelah yang dicurahkan mengajar dan mendidik mereka selama ini?
Bolehkah tunjuk ajarku selama ini membantu mereka menjawab dengan baik?
Cukupkah latih tubi dan tunjuk ajar yang kuberikan?
Sudah tertunaikah tanggungjawab yang terpikul sekian lama?
Adakah aku akan menjadi punca kejayaan mereka?
Atau juga kegagalan mereka????
???????

Ya Allah, aku telah berusaha sedaya upayaku mendidik dan memberi tunjuk ajarku buat pelajar-pelajarku dan aku bertawakal kepadaMu...bukakanlah pintu rahmatMu kepada mereka dan berikanlah ketenangan dan kemudahan untuk mereka..Ya Allah..

Tadi masa kat sekolah ada Majlis Restu Ilmu - program yang menghimpunkan semua pelajar ting 3 dan guru-guru yang mengajar mereka. Agenda utama ialah ucapan-ucapan dan amanat terakhir guru2 sebelum mereka berjuang esok. Aku tidak ketinggalan menitipkan ucapan dan amanat yang terakhir. Rata-rata guru menyatakan harapan dan luahan perasaan mereka. Memang tidak dinafikan, menjadi guru pada hari ini tidak semudah menjadi guru pada masa kita2 sekolah dulu..Sangat berbeza! Sikap pelajar-pelajar sekarang terhadap guru2 tidak sama seperti patuh dan hormatnya kepada guru2 kita masa sekolah2 dulu..(bila ada peluang saya akan berbicara pasal ni dalam entry akan datang..InsyaAllah)

Saya tersentuh dengan kata-kata rakan guru saya dalam masjlis tadi..lebih kurang cam ni la" Bukan sedikit kami kecewa, berkecil hati, marah, tersentap dan remuk hati kami dengan sikap segelintir kamu setiap hari. Tapi sebagai seorang guru..pada satu tahap dia akan memaafkan kesilapan dan kekasaran sikap pelajar2nya kerana dia tidak mahu keberkatan ilmu itu terhalang dek kerana marah dan kecewanya terhadap sikap pelajar-pelajar..."

Ok..untuk semua anak-anak muridku..Wish you all the best..!Jawab elok-elok! Ingat kalau blur atau tak dapat jawapan - selawat banyak2 dan bayangkan wajah cikgu atau cikgi anda...insyaAllah berkesan..doa kami mengiringi perjuangan kalian semua...




4 comments:

Ummu Mishkah said...

Bila baca entri ni.. turut merasai debarannya.. apatah lagi empunya diri kan angah?

Ummu Ammar said...

Ye la che sue...agaknya kalo anak kita yg exam..lg berdebar ek? Camne la..

azlina said...

salam ummu ammar..
bertuah anak murid yg mempunyai guru seperti ummu...anak akk kedua pun akan menduduki pmr esok...semuga segalanya di permudahkan allah..ditajamkan ingatan dan di terangkan hati untuk menjawab setiap soalan..insyaallah..

Ummu Ammar said...

Kak Azlina..InsyaAllah saya doakan anak akak dipermudahkan dan dpt menjwb dgn baik..Dgn sokongan dan ksh syg yg akak berikan..dia pasti bersemangat..

Saya mengajar di luar bandar, ramai pljr2 yg lemah ialah pljr yg tdk mndpt perhatian ibubp sepenuhnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...