Tuesday, October 13, 2009

Menjadi Isteri Dambaan Suami

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam buat semua sahabat - sahabat yang sudi menjengah dan bekongsi cerita dan pengalaman di blog ini.

Minggu ni agak memenatkan. Sejak balik kursus petang Sabtu, hari Ahad saya ke sekolah macam biasa. Kemudian sambung lagi tugas sebagai pengawas PMR sampai petang Isnin. Balik ke rumah saya agak keletihan. Banyak yang tak dapat saya uruskan dengan baik. Mana nak kemaskan rumah, uruskan "kedai dobi" kat rumah ni yang sentiasa penuh, memasak dan sebagainya...

Nasib baik ada abang...suami saya memang sangat memahami situasi sebegini..kami dalam kerjaya yang sama, justeru bila saya tak cukup tangan untuk menguruskan semuanya, abang pasti membantu. Lauk untuk makan tengahari dan malam suami saya sudah belikan siap-siap kerana dia kasihankan saya yang pasti letih apabila terpaksa masak bila balik lewat petang. Baju yang dalam washing machine sudah di ampaian. Bila balik dalam kepenatan begini, tenang hati saya bila ada yang membantu..

Menjadi isteri dambaan suami..Hmmm..siapa yang tak nak, kan? Saya bukanlah isteri sempurna yang boleh bercakap pasal tajuk ni..cuma saya cuba berusaha ke arah itu..dan saya yakin dalam hubungan suami isteri mesti ada konsep give and take, barulah kebahagiaan akan menaungi mahligai kita..justeru saya duk terfikir..sudahkan saya memberi sebanyak yang saya terima daripada abang? Dan kalau boleh lebih banyak lagi?

Entry di bawah ni saya ambik dari blog Ustaz Ahmad Syukri Yusof adalah sebagai peringatan buat diri saya dan isteri-isteri seperti anda yang mempunyai suami yang penyayang dan setia..renungilah dan adaptasilah ia dalam kehidupan kita supaya suami-suami kita berbahagia memiliki kita sebagai isteri mereka..

Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran di sisi Allah sekiranya seorang perempuan yang berstatus isteri benar-benar menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga. Menjadi isteri menuntut waktu kerja 24jam sehari dan 7 hari seminggu. Mana mungkin tugas berat ini diletakkan pada bahu seorang suami. Oleh sebab itu sebagai isteri perlu tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang wanita yang menjadi dambaan suami, kerana bidang tugas seorang isteri sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walau isteri tidak mendapat kuasa veto dalam keluarga.

Sebagai seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.

1. Isteri yang cerdik

Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!

2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga

Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

3. Manager dalam segala hal

Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami

Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

5. Menjaga perut suami dan anak-anak

Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

6. Pandai jaga diri

Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej

Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua

Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

6 comments:

Nadiah Sidek said...

hehe...yg no.2 mmg bkn sy. bkn sy yg kaki shopping tp suami. pening kdg2 duk fikir bila dia berbelanja :P

Ummu Ammar said...

Nadiah..agaknya bila Nadiah x suka shopping..dia shopping la tuk nadiah dan safiyyah agaknya..

Apa-apa pun antara kita dan suami..masing-masing ada kelebihan & kekurangan msg2..itulah yang melengkapi & mengikat kita sebenarnya..

havana said...

salam..

adakah jika kriteria2 ini tiada pada isteri pertama membolehkan suami tambah lagi seorang?

Ummu Ammar said...

havana..tepuk dada tanyalah iman..bagi saya poligami bukanlah jln pintas untuk mcapai kebahagiaan..kebahagiaan rumahtangga bknlah tltk pada isteri semata..suami pun ada kelemahan dan kekurangan yg perlu dibaiki juga..hihihi..

havana said...

salam.. hehehe.. saja nak lihat feedback tuan rumah camana.. kalau leh bagi pendapat dgn tenang tu maknanya aman rumahtangga.. amin..

org cakap.. masalah jgn dicari & syukuri apa yg ada.. :-)

rosfazila said...

salam.
rose minta izizn repost artikel ni yye ukhtie.syukran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...