Salam mesra. Salam ukhuwwah buat sahabat-sahabat semua…
Semalam dari pagi sampai petang saya menghadiri Majlis Penilaian Inovasi Pendidikan Islam peringkat zon Timur ( Kelantan, Terengganu & Pahang ) anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia di SMKA Tok Jiring. 8 inovator yang terdiri dari ustaz-ustaz telah membentangkan inovasi ciptaan mereka untuk dipilih ke pertandingan inovasi pendidikan peringkat kebangsaan. Inovasi mereka telah dinilai serta dikritik oleh panel penilai yang hebat dan bertauliah.
Saya sebagai pemerhati sangat tertarik dengan inovasi-inovasi baru yang dicipta. Antara yang paling menarik ialah ciptaan Mesin Debu & Tisu Tayammum ciptaan Ustaz Mohd Hang Tuah ( Kelantan ) – selain tujuannya untuk memudahkan amali tayammum semasa pengajaran di sekolah, sebenarnya ia boleh digunakan lebih daripada itu. Sehinggakan seorang panel hakim menasihatkan beliau segera membuat permohonan hak cipta kerana mesin tersebut boleh mendatangkan pendapatan lumayan kerana ia mesin pertama seumpamanya di dunia ini.
Antara inovasi lain ialah perisian Doktor Jawi oleh Ustaz Abdul Manan bin Ali ( Terengganu ), perisian-perisian subjek Pen. Islam dan lain-lain . Semuanya hebat. Wah! Saya terfikir, macam mana mereka dapat idea untuk cipta inovasi-inovasi tersebut..
Mereka inilah sebenarnya orang-orang yang berfikir di luar kotak. Berfikir luar dari kebiasaan. Atau biasa juga kita dengar ungkapan seperti ‘Think out of the box’ atau ‘Think beyond the bounderies’. Menghadapi masalah dan mereka menyelesaikan masalah secara luar biasa dan kreatif sehingga menemui penyelesaian yang luar biasa, dikembangkan dan dikongsi bersama orang lain. Bukankah itu hebat?
Berfikir diluar kotak perlu menggunakan kreativiti dalam pemikiran, melihat cara penyelesaian pada sudut yang berbeza dari biasa. Sebenarnya, bukan hanya orang yang berminda hebat sahaja boleh berfikir di luar kotak kerana ianya boleh dilatih. Caranya adalah dengan banyak bertanyakan soalan; BAGAIMANA / HOW?
- Bagaimana hendak memudahkan kerja ini?
- Bagaimana hendak mempercepatkan kerja ini?
- Bagaimana hendak mengurangkan kos?
- Bagaimana hendak menambahkan kualiti, di samping mengurangkan kos?
- Bagaimana hendak melakukan dengan lebih efisyen?
So, anda boleh gunakan cara berfikir di luar kotak juga dalam menyelesaikan permasalahan atau melakukan aktiviti seharian anda. Beberapa contoh yang boleh saya utarakan di sini..
Seorang guru yang menghadapi masalah mengawal kelas yang bising dan tidak minat belajar, boleh memikirkan cara yang lebih berkesan selain dari mendenda dan memarahi pelajar.
Seorang surirumah yang jemu memasak menu yang sama boleh mencipta menu yang tak pernah orang buat. Lain dari resepi yang biasa kita jumpa. Baru gempak!
Seorang yang mahu menjadi ahli perniagaan, perlu mencari business yang lain dari business yang sedia ada. Yang mampu mendatangkan impak yang menguntungkan.
Namun, dalam Islam sebagai manusia yang lemah ada perkara yang kita tak boleh berfikir di luar kotak iaitu berfikir tentang perkara-perkara Sam’iyyat. Samiyyat ialah perkara –perkara yang tidak boleh dilihat oleh pancaindera tetapi hanya diketahui melalui Al Quran dan Al Hadis seperti zat Allah, ruh, malaikat, syurga, neraka dan sebagainya. Contohnya, kita berfikir di luar kotak dengan membayangkan Allah dalam rupa bentuk tertentu atau menyamakan sifatnya seperti sifat manusia. Ini boleh memesongkan akidah kita. So, beringat-ingatlah..
Selamat mencuba untuk berfikir di luar kotak dan mencetus idea-idea hebat dalam aturan kehidupan seharian anda..Sampai bertemu.
8 comments:
Terima kasih atas tips dalam melatih untuk berfikir di luar kotak pemikiran.
Dulu masa saya mengajar selalu pelajar2 kata subjek biologi tu susah, saya pun berkata pada mereka "kamu semua belajar apa yang telah orang lain teroka, apa yg orang terdahulu telah jumpa... jika ini pun kamu kata susah, belajar dari hasil penemuan orang lain.. bagaimana kamu nak menghasilkan benda yang baru, macam mana nak jadi individu yang kreatif?"
Tapi tau je ler budak2 ni, banyak loyar buruknya...hehe
hehehe.
macam ucapan Esa Sudir aje.
ingat lagi tak?
:-)
Baguskan orang2 yang berfikir luar dr kotak fikiran ni! akan terhasil suatu ciptaan baru yg mengagumkan orang lain..hemm kena pelan2 latih minda ni! :)
*pepun mcm pesanan Ummu tu, jgn smpai terpesong akidah pulak..harus jugak ada batas dan kesesuaian..
Nida..betul tu..kebanyakkan pljr hari ni tidak mahu bfikir di luar kotak sebab mrk suka 'disuap' dr guru shj..xde daya usaha atau kreativiti bgmana nak atasi kelemahan sesebuah subjek..
Zaid Akhtar..
Esa Sudir? Sapa itu? Lawyer? Peguam? Ahli Musik?..hahahaha..Mana boleh lupa ..tu yg terbawa-bawa teori "berfikir luar kotak" sapa skrg..
Wujud lg ke dia kt Segamat?
Mamalieyna..
Betul tu mamalieyna..akal manusia ni terhad dan terbatas kemampuannya..berfikiran terlampau atau berimaginasi shj pun tak jadi juga..biarlah realistik dan boleh diukur hasilnya..
Selamat mencuba..
esa sudir dah pencen. akhir mei 2008 lagi.pencen 56.
dia lahir bulan 5, tak sempat nak sambung ke 58.
:-)
skrg era yasiran maskom. cool n steady.
Dah pencen rupanya..berbahagia la guru2 di Sgmt..hehehe..
Post a Comment