Tuesday, October 27, 2009

Suatu Pemergian

Salam mesra buat sahabat-sahabat semua..

Hari ini saya menerima satu khabar duka yang membuatkan saya menitiskan air mata. Khabar duka yang saya terima petang tadi dari abang saya di Melaka ialah tentang pemergian ayah mertuanya yang kembali ke rahmatullah kira-kira jam 5 petang kerana menghidap stroke dan sakit tua di rumah anak perempuannya di Johor Bharu. Saya tidak begitu rapat dengan arwah Wan Ahmad tetapi kakak ipar saya dan adik-beradiknya sangat baik dan prihatin dengan ayah dan arwah ibu saya. Kakak ipar saya pun semasa arwah ibu saya sakit dahulu dia menjaganya dengan baik malah hingga saat-saat hujung usianya dan ketika menguruskan jenazahnya, dia tetap bersama.

Justeru apabila dia kehilangan ayah tersayang saya turut berkongsi kesedihan dan kebersamaan yang hadir dalam jiwa saya ini membuatkan saya merasa agak terkilan kerana tidak dapat bersama-sama di sisi mereka di saat genting ini dan mengunjungi jenazah arwah bapa mereka..dari jauh saya panjatkan doa agar arwah damai di sisiNya dan tergolong di kalangan orang-orang saleh dan beriman yang telah dijanjikan ganjaran kebaikan di sisiNya. Amin.

Janganlah bersedih kerana..
Tuhan lebih menyayanginya
Setiap yang yang datang
dengan satu nyawa
dengan satu jasad
Akan kembali ke sisi Pencipta
membawa amalan
bersama bekal iman dan amal

begitu jua kita..
Siapalah kita yang mampu
Mencipta sebuah pertemuan
Melainkan dengan izinNya
dan Siapalah kita yang mampu
Menghalang sebuah perpisahan
Melain yang berhak hanyalah Dia..
Berdoalah..
Agar damai miliknya
Moga rahmat Allah ganjarannya
Jua tenang dia di sana..

Font size

6 comments:

Nida n' Hanafi said...

Salam Takziah.

Moga rohnya ditempatkan dalam kalangan yang dikasihi olehNya..aminnn. Al-Fatihah..

Nadiah Sidek said...

inna lillah wa inna ilayhi roji'un. takziah. smg roh dicucuri rahmat & ditempatkn bersama insan2 yg beriman..ameen..

Hamizah said...

salm pah,
semoga dirahmati rohnya..innalillahi wa inna ilaihi rajiun..

mamaarifakeemaisy said...

Salam Takziah...
Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..Aminn..

Ummu Ammar said...

Sahabat-sahabatku..Nida, nadiah, hamizah & mamalieyna..

Terima kasih atas ucapan..Insya Allah saya akan sampaikan pada keluarga arwah..

Si Beloot said...

Salam...
Syukran jazilan kpd semua sahabat yg sudi mendoakan ayahanda kami. Semoga Allah memakbulkan doa kalian. Amin !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...