Wednesday, October 21, 2009

Novel & Nostalgia

Salam buat sahabat-sahabat semua yang sudi membaca dan setia berkongsi pendapat..

Hobi utama saya ialah membaca. Saya kira semua orang yang cintakan ilmu pasti membaca menjadi kegemaran mereka. Semua benda saya suka baca dari suratkhabar, majalah, novel, buku-buku motivasi, buku-buku ilmiah, kitab-kitab agama, biografi, dan sebagainya. Suami saya pun berkongsi minat yang sama. Minat yang sama ini juga kami turunkan pula pada anak-anak. Sebenarnya, kami lebih rela menghabiskan duit membelikan mereka buku daripada membelikan mereka mainan.
Alhamdulillah kesan positifnya tetap ada. Sekarang ini peraturan no more toys nampaknya berjaya dilaksanakan dengan buku-buku sebagai galang gantinya.

Novel merupakan antara genre bacaan yang saya suka sejak dari dulu. Berbeza dengan suami saya. novel bukan bahan bacaan pilihannya. Selalu la dia menyatakan kehairanan kenapa orang boleh menghabiskan masa berjam-jam penuh khusyuk menghabiskan sebuah novel yang tebal? Alahai..kalau memang dah tak minat gitu la alasannya..senang sahaja saya menangani tandatanya suami saya..Kalau abang nak tahu..Bestnya baca novel ni sama macam bestnya abang menghabiskan masa berjam2 memancing waktu malam ditemani nyamuk dan kesejukan walaupun abang terpaksa pulang tanpa seekor ikan pun.. Mantap kan jawapan..Gitu ker? Siap dia tanya lagi..

Novel ni sebenarnya banyak jenis. Kategori novel kegemaran saya berubah mengikut perkembangan usia. Ketika masih bersekolah rendah saya gemar membaca siri-siri penyiasatan dan misteri seperti siri penyiasatan Enid Blyton, Alfred Hitchcock, Hardy Boys, Nancy Drews dan lain-lainnya. Kebanyakkannya saya pinjam dari library kat sekolah sebab masa tu keluarga saya tidak berkemampuan dan ianya membataskan saya membelinya sendiri. Seingat saya novel remaja pertama saya baca ialah Badai Semalam karya Khadijah Hashim. Kebetulannya novel itu adalah milik kakak saya yang merupakan novel yang digunakan dalam pembelajaran Sastera di sekolahnya.

Bila dah meningkat remaja saya beralih pada novel remaja. Masa tu antara novel yang menjadi kegilaan remaja ialah karya-karya penulis bernama Ahadiat Akashah - seperti Lagenda Budak Setan ( sudah difilemkan rasanya ), Budak Momok, Cinderella 98 dan lain-lain. Masa tu seingat saya, sebuah buku boleh saya habiskan dalam satu hari sahaja. Kebanyakkan buku tersebut dipinjam di Perpustakaan Awam, ada yang dipinjam dari kawan dan ada juga yang dibeli. Selain novel Ahadiat, antara penulis lain seperti Shamsiah Mohd Nor dengan novel Sindora dan Tangisan Bulan Madu. Novelis yang lain seperti Lamia Aimal, Abdul Rahim Awang, Mohd Ismail Sharbini dan ramai lagi la..

Bila dah dewasa sikit, saya suka pula Norhayati Berahim dan Abu Talib Hassan. Karya Abu Talib Hasan yang paling saya suka ialah Airani yang masih saya simpan bukunya. Selain novel Melayu..novel - novel English pun saya layan juga. Semuanya bermula dari sahabat rapat masa sekolah dulu yang mesra dipanggil Kak Wan. Dia memang minat sangat dengan novel-novel Inggeris. Saya pun naik hairan juga dengan keterujaannya sehinggalah suatu hari bila saya menyatakan kehairan padanya dia menghulurkan sebuah novel ..Nah ambik baca ni...Dari situ bermulanya perkenalan saya dengan novel -novel Nora Roberts, Sidney Sheldon, Barbara Tylor, Judith Mcnaught dan ramai lagi la..tapi antara yang saya suka novel klasik Anne Of Green Gables oleh Lucy Maud Montgomery.

Hari ini, perkembangan penulisan novel begitu maju dan memberansangkan. Novel-novel tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan dengan itu lahirlah penulis-penulis baru yang begitu ramai sekali. Saya pun tak boleh sebut kat sini kerana ramai sangat cuma beberapa nama yang agak berkesan karyanya bagi saya ialah Sharifah Abu Salem, Aisya Sofea dan Anis Ayuni.

Sekarang pulak saya lebih sukakan novel-novel berat, islamik dan infomatif seperti karya Faisal Tehrani, Zaidakhtar, Habiburrahman Al Shirazy dan lain-lain lagi..cuma kekangan saya ialah saya sudah tidak mempunyai masa untuk membaca novel. Jadi kegemaran baca novel agak terhenti sejak saya mendapat anak pertama sampailah sekarang. Cuma kalau ada novel yang menarik minat saya, pasti saya akan luangkan sedikit masa untuk membacanya tapi dalam waktu yang terbatas.


Ketika Cinta Bertasbih I dan II - buah tangan Habiburrahman Al Shirazy novel yang cuba saya habiskan saat ini. Tapi saya belum mampu berjaya untuk menghabiskannya. Begitu juga novel Mengintai Tuah Dari Villa Literno karangan Zakaria Ahmad yang saya beli masa kursus penulisan hari tu. ( Zakaria Ahmad mengisi slot ceramah penulisan novel ketika itu.) Kekangan masa dan kerja membataskan saya untuk berbuat demikian. Tak tahulah saya bila saya mampu membacanya..mungkin bila musim cuti sekolah hujung tahun ni..Ok lah...untuk sahabat-sahabat yang hobinya membaca terutamanya pencinta novel khususnya..selamat membaca! Membaca dan terus membaca!

12 comments:

Nida n' Hanafi said...

Minat juga dalam penulisan novel, tapi selalunya sampai sekerat jalan je... cuma sempat buat 2 buah cerpen je.

Mungkin minat buat sajak lebih kot, tu yg buat novel tak sepenuh hati :-)

p/s: teringin nak buat antologi puisi sains...

QuEeN Of 2 Heroes said...

kita berkongsi hobi yg sama....membaca! ^_^
tapii....sy x minat sangat baca novel :p

Ummu Ammar said...

Nida, saya rasa Nida kena cuba ceburi bidang penulisan la..ada bakat + minat..Insya Allah berjaya..

Antologi sains tu kalo dah publish..saya org first akan beli...hihihi..serious ni..

Queen of2heroes..
Dulu memang minat sgt..sekarang kurang sikit sbb busy dgn keje n family..baca gak tp pilih2 novel tertentu je..nak menghabiskannya pun kdg2 saya main langkau2 je..hihihi..

Ummu Mishkah said...

owh.. rindu kat kak wan.. last jumpa masa dia dtg rumah kat shah alam last year... dear lil afiq! happy birthday! jumpa afiq sekali jer masa dlm pantang dulu.. nanti satu sekolah dgn mishkah lah ni...

Ummu Ammar said...

Che Sue..
Angah pun rindu k wan.Kt mana dia skrg agaknya..geng "kemboja putih" ni kena buat reunion la..dah lama sgt x jumpa..

Aaa..Sebaya la mishkah n afiq..Angah igt lg che sue n family dtg tgk Afiq..masa itu mishkah baru beberapa bln..

Nida n' Hanafi said...

Insya Allah....doakan saya semoga berjaya menghasilkan antologi puisi sains.. :-)

mamaarifakeemaisy said...

yeee..karya Norhayati Ibrahim mmg best..suka baca novel die..tp lately ni, sejak jd ibu dh mmg langsng tak smpt sentuh buku2 ni..huhu..tnggu anak membesar dl la kot..

Zaid Akhtar said...

salam sakinah.

wah, rajin betul kemas kini blog dengan entri baru.

belum terlambat untuk menjadi seorang penulis.

p/s: bila nak tambah anak? :-)

ummuammar said...

Mama Lieyna..
Hmm..samalah kita..nak baca novel ni kena kosentrasi..tp kalo ada hal lain yg nak kena diutamakan..novel kena tolak ke tepi dulu..

Ummu Ammar said...

Salam yazid..

Dulu mula2 minat baca tulisan zaidakhtar ni masa kt Mesir, selalu baca dalam majalah SUKEJ..lps tu pernah baca cerpen kt mjlh Muslimah dan suratkhabar..x sangka pulak boleh ngajar satu sekolah..

Jadi penulis? Tak kut..cukuplah menulis kat blog ni bagi siapa2 yang sudi membaca..kalau jadi penulis, nanti zaidakhtar tak boleh cari makan..hihihih..

Tambah anak? Belum rezeki..Insya Allah..rabbuna yusahhil

Masih bertapa kt Mkml Bahasa cari idea ke?

Nadiah Sidek said...

eh...lebih kurang sama la. ms kecik dulu sy pun suka baca buku enid blyton, pastu bertukar ke buku ahadiat akashah, pastu novel2 yg agak dewasa skit (norhayati berahim, sharifah abu salem dll), skrg ni lak suka baca novel2 inggeris (buat ms skrg suka baca novel sophie kinsella).

penangannya, sy pernah berangan nk jd penulis. tp skrg ni terpadam dh kot angan2 tu sbb takde bakat. ehe..

Ummu Ammar said...

Salam Nadiah..

Ye ke Nadiah..rasanya peringkat umur mmg mempengaruhi jenis novel yg dibaca..buktinya kitalah..

Belum cuba belum tahu..apa kata sementara tunggu suami study ni, Nadiah karang sebuah novel - latarnya area US la..lps tu publish kt Malaysia..boleh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...