Salam mesra buat semua..
Entry kali ini adalah kesinambungan entry "Isteri 8C". Juga idea dan pendapat pakar motivasi kita, Dr. Fadzilah Kamsah. Adil untuk suami dan isteri..kan?? Bukan hanya isteri sahaja yang perlu memperbaiki diri, suami juga begitu. Sebuah perhubungan yang berjaya memerlukan kerjasama dan sepakat antara kedua-dua pihak. Memberi dan menerima. Untuk para suami dan lelaki-lelaki di luar sana, semoga peringatan ini dijadikan panduan.
G1. GARANG
Garang
tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak
bertempat, silap sikit tak boleh... macam ler dia betul semua, Dan sebagainya. Lelaki
perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau
perasaan geram,
sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.
Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu
perempuan bukan lawannya. Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi
wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam- lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang
lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi
wanita.
G3. GEMENTAR
Takut
sangat, tidak yakin pada diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung
pada orang lain dan sebagainya. Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai
ayat yg dilafaz kan
pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.
G4. GOYAH
Tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat
perempuan saja. Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat
panik menghadapi sesuatu perkara.
G5. GENTLEMAN TIADA
Langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambik
kesempatan. Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin
nanti. Lelaki perlulah
menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati
lelaki dengan perasaan hormat lagi.
G6. GERUMAL
Gerumal
ialah bahasa kedah - bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri
sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong
sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan
bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah?
Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan
musnah.
G7. GANGGO
Maksudnya keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam
sangat, macho sangat dan seumpamanya. Perempuan pun naik lemas jika lelaki
bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah
bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.
G8. GATAL
Miang keladi
dengan perempuan lain selain dengan isteri. Tak boleh tengok perempuan dahi
licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat,
kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia
bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri
atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda
isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.