Wednesday, May 18, 2011

Masa & Kehidupan

Salam mesra,

Hidup memerlukan motivasi dan semangat. Andai tiada peringatan, manusia yang alpa akan terus alpa dengan tujuan dan matlamat kehidupan di dunia yang fanaa ini. 

Jangan sia-siakan hidupmu dengan hanya mengisi kantung perut, mendamba harta kemewahan, mencari sanjungan dan pangkat, memuja segala kesayangan kerana segalanya hanyalah pinjaman semata. Hidup kita ada tujuan dan matlamat yang telah diamanahkan oleh Allah SWT. Masa adalah kehidupan. Manfaatkan hidupmu..Jangan mati sebelum ajal!

Renungi kata-kata ulamak ternama ini, moga dapat manfaat dan pedoman..


”Sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya, kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain, sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah”.

~ Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi~
 
 

4 comments:

yatie chomeyl said...

macam tahu2 je saya tengah 'down' sekarang ni. kalau boleh, share lg ye ayat2 motivasi utk 'membangunkan' saya...

malas tahap dewa dah nak beljar ni huhuhuhuh

Misty Melor said...

iya... perlu di hargai sepenuhnya sebuah kehidupan :)

Ummu Ammar said...

Yatie ...

Sebenarnya motivasi tu untuk diri sendiri juga ~ situasi kita sama...rasa macam nak give up pun ada...tapi bila fikir2 dan renungkan..kita sedang membina kehidupan yang lebih baik ~ yg akan memberi manfaat utk diri, keluarga dan ISLAM itu sendiri..

Semoga Yatie terus tabah dan bersemangat utk menghabiskan study dgn jayanya...moga makin ramai specialist Islam dalam bidang2 yg dipelajari..

Ummu Ammar said...

ukhti shikin..

Tepat sekali. Hargai kehidupan dengan iman & taqwa pada Ilahi ~ syarat plg utama!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...