Sunday, July 24, 2011

Inspirasi Cahaya Permata Fahrani



Sehari dua ini kelibat Cahaya Permata Fahrani, pemain sepaktakraw Indonesia ini, mencuri tumpuan dan menjadi bualan di media dan dunia maya. Ketangkasannya sebagai tekong memang mengkagumkan. Apa yang lebih mengkagumkan, dia masih mengekalkan hijabnya.



Masih ingat pada Ruqayya al-Ghasara, pelari pecut wanita dari Bahrain?
Namanya cukup popular setelah memenangi pingat emas dalam acara Sukan Sea Doha 200 meter dan berjaya menjejakkan kaki ke medan Olimpik Beijing, China. 
Menurutnya, " Wearing Hijab has encouraged me. Its not an obstacles."
  .

Zainab Al Khatib. Pemain bolasepak wanita, pasukan kebangsaan Denmark yang memilih untuk berhijab. Menurut Zainab, ”Saya merasa selesa, boleh memenuhi kewajiban agama dan hobi saya, ” . Lanjut di sini.


Pasukan bolasepak wanita Iran ~ yang dilarang bertanding dalam Olimpik London 2012 kerana berhijab.


Atlet angkat berat, USA, Kulsoom Abdullah mempertahankan haknya 
untuk berhijab dalam bertanding. Klik sini.

Syukur, masih ada kekuatan dalam diri mereka mempertahankan kewajipan berhijab biarpun bersukan lasak. Namun bagi saya, sejauh mana mereka memperjuangkan hijab, banyak lagi sisi lain yang perlu dijaga.

Atlet muslimah tegar berhijab, namun yang peliknya, bila wanita Islam masa kini yang mampu membeli pakaian cantik berharga ribuan ringgit, perhiasan diri mencecah jutaan ringgit, namun "tertutup hati" untuk membeli tudung kepala yang boleh dibeli dengan harga tidak sampai RM10.  Tidakkah ada sekelumit gerun pada azab Allah SWT???

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:
1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam). 2. Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh 
perjalanan demikian dan demikian. 
(Hadis Riwayat Muslim)



Ambillah iktibar dengan perkhabaran Junjungan Besar Nabi kita saw yang menceritakan kepada Saidina Ali tentang perempuan yang diazabkan ketika malam ‘Isra’ & Mikraj’, maksudnya: “Wahai Ali! Ketika malam diisra’kan daku ke langit, aku melihat perempuan daripada kalangan umatku yang diazabkan dengan berbagai-bagai azab maka aku menangis takala melihat bersangat azab mereka itu. Aku melihat perempuan yang digantung dengan rambutnya hingga mengelegak otaknya…” Kemudian Saidatina  Fatimah menanyakan sebab diazabkan sedemikian, Nabi menerangkan, maksudnya: “Wahai anak kesayanganku! Adapun perempuan yang digantung dengan rambutnya itu disebabkan dia (di dunia dahulu), tidak menutup rambutnya daripada kaum lelaki….”

7 comments:

Zefa NorAsmara said...

Sy sedikit tertinggal isu2 sukan.. pernah dgr nama2 yg lain, ttp kali pertama mendengar nama Cahaya Permata fehrani itu.. Terima kasih UA.. :-)

Umm Ummar said...

thanks for sharing...sy pun agak outdated psl isu2 sukan. but menarik nama Cahaya Mata tu :)

semoga kita sentiasa istiqomah dlm beribadah..ameen

Umm Ummar said...

# ooops silap. Cahaya Permata namanya ;)

Nini Hartini said...

saya cuma tau ruqayya je. hehe...

Nida said...

Alangkahkah bagusnya andai semuanya begini.. termasuklah penyanyi dan pelakon tanahair...

Ummu Ammar said...

Zefa..

Sama juga dengan saya. Saya pun baru terbaca di blog rakan-rakan lain.

Umm Ummar..

Nama-nama Indonesia memang kedengarannya agak unik..:)

Ummu Ammar said...

Nini Hartini..

Akak pun tahu dari pembacaan di blog-blog lain juga.

Nida..

Insya Allah. Hidayah itu di tanganNya. Moga-moga mereka juga dipilih oleh Allah ke arah kebaikan. Ameen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...