"Dia akhirnya menyapa hidayah Tuhan yang datang, dan kini sanggup berdada dengan sebongkah ujian. Dia sanggup menjalani kehidupan yang sederhana, membuang pakaian kesombongan yang dipakainya dalam dunia seni dengan seribu sihir yang memukau. Dia telah merasai dunia ketawa, dan kini tibalah masanya untuk dunia menangis, bersama gerakan Islam untuk memanggil insan lain bagi bersama-sama merengkuh kasih-sayang Tuhan, Sang Pencipta yang penuh dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
“Aku akan mati berjuang bersama dakwah dengan panduan alim ulama. Doakan aku teman…” ujar Bob Lokman dengan lirih, juga memanggil seluruh peminatnya untuk berada di jalan hidayah ini.
Petikan Buku : TRAVELOG HIDAYAH : AKU,
ISABELLA DAN TOK KENALI.
Hidayah Allah tidak mengenal siapa. Allah memilih sesiapa sahaja di kalangan makhlukNya untuk diberi hidayah dan kemuliaan. Kalau berkesempatan, saya teringin untuk menyelami kisah hidayah saudara Bob Lokman, penulis lirik lagu yang menjadi siulan ramai, Isabella. Buku travelog hidayah ini, bukan fiksyen atau rekaan tetapi realiti sebenar perjalanan seorang manusia.
Untuk maklumat lanjut tentang buku ini, anda boleh berkunjung ke laman penulisnya, Ustaz Riduan Mohamad Nor.
4 comments:
menarik kisah ini, tq singgah di blog saya.
Mama AA's..
Syukran sudi mencatat di sini dan follow blog saya. Saya dah menjadi pengikut awak masa mula berblog dulu lagi..:D
nk cari buku ni jgk la ;)
sblm ni sy x tahu lagu isabella tu ditulis oleh bob lokman
Umm Ummar..
Ya, dan kalau tidak silap..ada beberapa lagi lagu popular karangan beliau. Bakat yang dianugerahi Allah padanya. Moga selepas ini beliau akan salurkan pd perjuangan dan dakwah Islam.
Post a Comment