Monday, July 18, 2011

Perginya Sebutir Permata


Ahli parlimen PAS Titiwangsa, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali meninggal dunia pada jam 10.13 malam tadi di Hospital Selayang Hospital di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun meninggal dunia setelah berada dalam keadaan kritikal daripada penyakit barah yang dialaminya.


Dr Lo'Lo adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah. Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi. - Sumber :Malaysiakini

Saya mengkagumi beliau sejak zaman persekolahan lagi. Kebijaksanaan dan ketokohannya serta semangat perjuangan yang tinggi menjadikan kehilangannya sukar dicari ganti.

Saya suka menampal bersama entry ini sajak As-Syahid Sayyid Qutb sebelum kematiannya, memberi inspirasi dan ketenangan buat insan-insan yang masih bernyawa, untuk meneruskan perjuangan  menegakkan kalimah  Allah dan mencari keredhaan Allah di muka bumi ini. Moga ia mengubat kesedihan kita di atas pemergian tokoh berjasa ini.

Saudara,
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulang belulangku yang sudah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini..dan …
Teruskan perjalanan ke Gerbang Jaya

Saudara,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman syurga Tuhanku bangga menerimaku
Burung burungnya berkicau riang menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di alam abadi

Saudara,
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Jangan gentar berkelana di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar..

Al Fatihah. Semoga beliau ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan beroleh ganjaran di sisi Allah. Ameen.
Perginya sebutir permata yang tiada gantinya.

10 comments:

NaeBlog said...

Assalamualaikum,
Ummu...Perginya sebutir permata..
Saya amat menyanjungi ketokohan Dr.Lo'Lo... Kesungguhan beliau dalam memperjuangkan sesuatu isu amat dikagumi...Insyaallah, semga beliau di tempatkan dalam kalangan hambaNYA yang soleh...Amin

Makbonda said...

Innalillahiwainnailaihirajiun,

Semoga buah perjuangannya terus mengalir dan menjadi penghubung kita dengan Allahyarhamah. Terus menjadi inspirasi kepada kita untuk meneruskannya.

Alfatehah.

Syukri Kamaruddin said...

mukanya selalu nampak tenang..Allah dah memanggil dia.. kita pon akan mnyusul kmdian..

Nida said...

Alfatihah..

Perginya seorang srikandi bangsa... semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya..ameeeeennn

Ummu Ammar said...

Cikgu Nae..

Ameen. Insya Allah.Perginya Allahyarhamah membawa jasa dan pengorbanan untuk agama sebagai bekalan. kehilangannya ditangisi bersama doa ribuan manusia..terasa kerdilnya kita di sisi Tuhan..apa bekalan yg kita ada??

Ummu Ammar said...

Makbonda..

Betul. Dia inspirasi kita dalam meneruskan perjuangan menegakkan Islam dan kebenaran.

Ummu Ammar said...

Syukri Kamaruddin..

Allahyarhamah umpama bonda penuh sifat keibuan. Betul..gilirannya sudah tiba..bersediakah kita??

Ummu Ammar said...

Nida..

Ameen. Insya Allah. Semoga beliau ditempatkan di kalangan kekasih2 Allah..

Zefa NorAsmara said...

Al fatehah.. mudah2han rohnya dicucuri rahmat..

Ummu Ammar said...

Zefa..

Insya Allah. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...