Thursday, July 28, 2011

Hidayah Ibarat Cahaya

Beberapa kali dahi saya berkerut. Pandangan ditajamkan. Mungkin saya tersilap orang. Tidak! Memang insan itu saya kenal. Apalagi, nama di dinding FBnya jelas tertera. Jiwa guru dalam diri saya, masih kuat mengingati nama mereka biarpun mereka sudah tidak bersama lagi. Saya terkenang, saat dirinya mekar sebagai remaja berperibadi muslimah dan bertudung litup. Hati memandang rasa senang, jiwa melihat rasa tenang. 

Namun, saya bingung sendiri. Mana perginya tudung yang melitupi mahkota hiasan diri seorang muslimah? Mana hilangnya busana hijabmu yang kini berganti fesyen "neraka?" Mana hilangnya tarbiyyah dan ilmu yang dipelajari?

Saya sedih. Kecewa. Geram. Marah.


Benarlah firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang kamu kasihi tetapi hanya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Surah Al-Qasas ayat 56).

Doa saya, semoga Allah memberi dirinya petunjuk dan hidayah, meloronginya ke jalan keredhaan..Ameen.
 
 

6 comments:

Nadiah Sidek said...

ameen. nadiah doakan perkara yg sama utk mereka & kwn2 nadiah juga. doakan nadiah iqtiqamah bertudung litup ye kak. nadiah bukan asalnya bertudung litup/labuh..bukan bekas budak sekolah agama juga..moga nadiah kekal dgn imej skrg ni

Nida n' Hanafi said...

Salam...

Sedihkan bila melihat anak-anak murid yang pernah kita didik suatu masa dulu ayu bertudung kini hilang sudah dikepalanya..

Ramai juga pelajar Nida begitu, moga Allah bukakan hati mereka untuk kembali ke pangkal jalan..

Mommy Ummar said...

semoga kita ditetapkan imaan sentiasa..
ameen

Ummu Ammar said...

Nadiah.

Akak doakan Nadiah istiqamah berhijab. Bukan pelajar agama bukanlah ukuran kerana kewajipannya adalah ke atas semua muslimah

Pelajar agama lebih2 lagi la. Menjaga diri dan mengajak orang lain ke arah menutup aurat tapi realitinya kini..( yang amat akak kecewa..)pelajar yang diasuh di sekolah agama pun ramai yang berubah dan menanggalkan tudung dan membuka aurat mereka.

Ummu Ammar said...

Nida..

Betul tu Nida. Akak ni lagi la kecewa dan sedih sebab bekas2 pelajar sekolah agama yang belajar Syariah dan Al Quran Sunnah..dengan rela melepaskan tudung dan membuka aurat mereka...moga mereka diberikan hidayah untuk kembali kepada hukum Allah.

Ummu Ammar said...

Umm Ummar.

Insya Allah. Ingat memperingati itu perlu supaya kita tersedar dari kelalaian dan kealpaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...