Mereka datang dari jauh dan dekat
Utara, Selatan,Timur jua Barat,
Satu tekad, satu matlamat, satu harapan
Untuk sistem pilihanraya yang lebih telus,bersih &mampan
BERSIH 2.0 sudah berakhir. Samaada anda seorang pemerhati, penyokong, pendokong atau pembangkang..semoga anda mempelajari sesuatu dari peristiwa ini. Saya agak pelik juga bila masih ada yang bertanya BERSIH 2.0 ni apa sebenarnya? Rupanya,di zaman teknologi ini masih ada lagi yang tidak celik dan sensitif pada isu-isu setempat. Sayang sekali kalau yang bertanya itu adalah golongan profesional dan bijak pandai sedangkan orang awam lain lebih terbuka, memahami dan prihatin. Rakyat Malaysia di seberang laut juga lebih tahu dan prihatin hal ehwal negara sendiri. Buktinya di sini.
Ayuh! Bukalah minda dan buat kajian secara mendalam dan menyeluruh tanpa sebarang prejudis. Rujuk pandangan cerdik pandai, analisis pro jua kontra dan cuba fahami rasional tanpa emosional. Selepas itu, anda buatlah pilihan berdasarkan kebijaksanaan dan hujah yang betul. Pasti yang kabur jadi terang, yang palsu jadi benar.
Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman, jika datang kepada
kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk
menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum
dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu
(mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu
lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Sabda Rasulullah SAW :
“Menyelidik dengan tenang adalah daripada Allah dan tergopoh-gapah
adalah daripada syaitan.”
6 comments:
nicely said. :)
masih ramai yang tanak ambil tahu seolah2nya politik itu tiada dalam kehidupan :|
Yatie..
Thanks sis..:) Berkata benar biarpun ianya pahit.
Akhirnya ...
inilah entri yang saya tunggu.
:-)
Sitisifir10..
Setuju. Mentaliti yang perlu diubah untuk terus maju. Kena tindas pun tak sedar.
Zaid Akhtar..
Maaf..kerana membiarkan kamu menunggu begitu lama..:D Harap terus setia menunggu..hehehe
Post a Comment