Monday, June 25, 2012

Melakar Mesir Yang Baru


Saat catatan ini ditulis, sorakan kegembiraan rakyat Mesir yang kedengaran menerusi laman Al Jazeera bagi saya umpama manifestasi kemenangan setelah berpuluh-puluh tahun menanti. Tiada berita yang paling mengembirakan di awal Sya'baan yang barakah ini melainkan anugerah kemenangan daripada Allah buat perjuangan Islam di bumi Anbiyaa', Mesir.

Kemenangan tokoh berwibawa, Dr Muhammad Mursi bukan sekadar kemenangan buat penduduk Mesir mahupun Ikhawanul Muslimin bahkan kemenangan buat seluruh umat Islam di dunia. Tahniah Mesir! Tahniah buat Dr Muhammad Mursi!  Mencipta kemenangan itu sukar dan berliku apatah lagi perjuangan memaknakan erti kemenangan tersebut. Allah pasti bersamamu..Semoga Islam semakin kukuh dan kembali dijulang di bumi para nabi ini. Allahuakbar!

2 comments:

Nadiah Sidek said...

sebak masa tengok siaran langsung pengumuman presiden mesir pagi tadi. alhamdulillah, menang juga Dr. Mursi

Ummu Ammar said...

Nadiah,

Bukan sebak dah..menitik airmata melihat kemenangan Presiden Mesir. Allahuakbar..indah sungguh bila Islam menang. Yang diharapkan kini, semoga dunia Islam lebih kukuh dan padu dgn kemenangan ini..insyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...