Wednesday, June 16, 2010

Creative Blogger Award

6 comments

Salam sejahtera buat semua..

Budaya memberi award di alam maya ini ada keistimewaan tersendiri. Selain mengeratkan persahabatan walaupun tidak pernah bersua ia turut memberi motivasi buat pemilik blog agak terus meningkatkan kualiti karya blog masing-masing. Mula-mula dulu saya pelik juga apabila pertama kali menerima award Blog Pilihan dari akhi Rdhanz, antara teruja dan terharu, dalam waktu sama rasa percaya diri mula hadir untuk terus menambahbaik blog ini. 

Satu demi satu award yang saya terima dari teman-teman blogger membuatkan saya terharu bila diingati dan dihargai. Saya menerima dengan besar hati dan gembira, cuma apabila disusuli dengan tag ia membuatkan saya agak liat untuk melunaskannya dan mengambil keputusan 'peram' terlebih dahulu...tengoklah.. bila dah makin bertambah award..makin meninggi hutang yang perlu saya bayar..

Untuk kali ini, saya suka untuk menyampaikan Creative Blogger Award yang saya terima dari kawan baikku Ummu Mishkah. Terima kasih Che Sue..

Untuk award ini, 5 blogger terpilih berikut sudilah kiranya menerima award ni yer..yang lain jangan terasa hati pula..banyak lagi award nak saya bagi nanti..tunggu!!



 

setelah dpt award, sila buat perkara berikut yea..Syukran jazilan!!

[1]. Copy dan pastekan pada blog korang.
[2]. Buat 1 Entry Tentang Award ini.
[3]. Ucap Terima Kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut.
[4]. Senaraikan 5 blogger sebagai penerima Award.
[5]. Beritahu penerima Award supaya dia tahu yang dia adalah penerima Award

Tuesday, June 15, 2010

Teman Setia Ayah

9 comments
Salam mesra buat semua..

Menjadi kewajipan cutiku ialah bersama ayah di kampung. Saya suka perhatikan ayah. Walaupun sudah dimamah usia dan waktunya banyak dihabiskan di rumah, hobinya yang satu ini sangat saya respect. Seawal pagi, sebelum sarapan pagi dihidangkan..dia sudah menyelak dan membaca kitab tafsir lama bertulisan jawi, yang sudah agak kuning dan tua. Mengisi jiwa sebelum menunaikan keperluan jasmani.

Membaca menjadi penawar kesepian ayah. Faktor keuzuran menyebabkan ayah hanya duduk di rumah sahaja. Selalunya bersendirian di siang hari apabila adik saya yang tinggal bersamanya keluar bekerja.

Membaca membuatkan masa dan minda ayah terisi selain dapat mengintai isu-isu semasa  yang terpapar.  Selalunya adik saya akan belikan suratkhabar untuk ayah.. Kadang-kadang terasa ralat tanpa akhbar untuknya. Bertemankan cermin matanya, ayah akan berusaha menghabiskan setiap lembaran akhbar terutama berita setempat dan antarabangsa. 

Semoga ayah sentiasa sejahtera di bawah peliharaan dan rahmatNya. Akan saya contohi, rutin ayah yang satu ini.

Fungsi membaca kepada minda adalah umpama fungsi senaman kepada tubuh badan kita. ~Joseph Addison

Sunday, June 06, 2010

Bila Hilang Idea

10 comments
Salam mesra buat semua...

Sudah beberapa hari blog kesayanganku ini tidak terusik. Ada banyak perkara yang menyumbang pada 'kehilangan' saya beberapa ketika ini. Selain kesibukan menanda beratus skrip jawapan pelajar exam pertengahan tahun hari itu dan persediaan buka buku PTK untuk exam PTK TK2 pada 10 Jun ni, saya turut dimeriahkan dengan jemputan kenduri kendara yang banyak di cuti sekolah pertengahan tahun yang agak sinonim  dengan musim kahwin..iiisssh camne la nak jaga badan ni kalau satu hari ada 3 kenduri..


Yang paling utama..idea untuk menulis juga cukup 'kering', biarpun diseru berkali-kali. Memang saya sudah ditakdirkan untuk tidak menjadi penulis agaknya ( walaupun amat bercita-cita ke arah itu dulu..), amat susah nak siapkan satu naskhah, artikel apatah lagi buku, novel dan sebagainya..kerana idea saya kerap berubah-berubah dalam masa yang singkat, hingga tak tahu yang mana akar, batang atau dahan sesebuah tulisan..sudahnya pen off !

Kata orang menulis perlu dari hati, agar tulisan itu akan jatuh juga ke hati orang yang membaca. Barulah tulisan ada ertinya.

Ada pula yang mengingatkan menulislah dengan iman kerana niat, tujuan dan arah tulisan bersatu hanya untuk memberi manfaat dan mendapat ganjaran kebaikan di sisi Allah. Perlu ikhlas dan tulus, bukan untuk menunjuk-nunjuk mendamba kehebatan mahupun mengumpan pujian dan keuntungan semata.

Jangan lupa menulis perlu dengan ilmu. Tanpa ilmu, hilang erti sesebuah karya kerana ia hanya menyajikan kesesatan pada si pembaca.
 
Imam Ali bin Abi Thalib RA ada mengatakan:
"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya".  
 
Tinggi sekali motivasi yang dapat diserap dari kata-kata Saidina Ali ini. Memang benar menulis dengan ilmu, tentang ilmu dan menyebarkannya pasti impak dan manfaatnya amat besar sekali buat si penulis dan orang yang membacanya.
 
Ayuh! Buat semua sahabat-sahabat..teruskan menulis untuk kebaikan, kesedaran,  dakwah, perkongsian ilmu, motivasi, persaudaraan, peringatan dan lain-lain ..contohi ilmuwan silam yang banyak meninggalkan tulisan mereka yang digunapakai sehingga detik ini..
 
Al-Kindi, Ilmuwan serba boleh, aktif menulis buku dan risalah, hingga akhir hayatnya  dia telah melahirkan 146 buah karya.

Al-Haitsam menulis lebih dari 200 buku, topiknya pelbagai. Yang utama adalah mengenai Optik dan Matematik.

Ibnu Sina setiap harinya diisi dengan menulis 25 lembar dan mampu menghasilkan satu buku kecil setiap hari.

Imam Al Ghazali, Ibnu Khaldun,Jabir Ibn Hayyan, Al-Khawarizmi, malah Einstein, Stephen Hawking, Hamka, dan semua penulis-penulis lagenda.. mereka mewariskan karya-karya yang bernilai manfaat bagi umat manusia.
 
Kita??

Wednesday, June 02, 2010

Sedingin Ais

10 comments
Salam mesra buat semua..


Salam mesra buat semua...

Apabila cuaca panas membahang, minuman berais tidak dapat dipisahkan . Bila air lazat dan sejuk membasahi tekak, nikmatnya sukar diungkap. Memang menyegarkan. 

Selalu juga membaca info tentang bahaya kesan meminum minuman berais. Sakit urat, badan lenguh-lenguh, obesiti dan lain-lain. Tetapi, membuang tabiat meminum ais agak sukar dilaksanakan termasuk diriku ini.
 
Kepada yang gemar minum minuman berais, fakta ini mungkin menyedarkan anda. Hargai diri dan kesihatan. Ayuh! Kita berubah untuk kebaikan...

Air sejuk berais akan membekukan bahan berminyak yang baru saja anda ambil semasa makan. Ianya akan melemahkan penghadaman.

Apabila minyak ini bertindakbalas dengan asid, ianya menghentikan dan menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih cepat berbanding dengan makanan pejal yg lain.

Ianya akan memenuhi usus kita dan lambat laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser. Lebih elok jika anda minum air kosong atau air suam selepas makan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...