Monday, August 24, 2009

Ramadhan : Antara Teruja & Rindu

Salam Ramadhan buat semua. Sedar tak sedar sudah masuk tiga hari kita melalui madrasah Ramadhan tahun ini. Bagaimana dengan perjalanan awal Ramadhan anda semua...harap-harap ia adalah permulaan yang baik kerana permulaan Ramadhan adalah rahmat dari Allah. Rahmatnya sungguh terasa kerana cuaca yang tidak begitu panas dan agak dingin begitu mendamaikan serta kesihatan yang baik dikurniakan Allah buat saya, famili terutamanya anak-anak, dapat kami lunasi ibadat ini dengan baik.

Alhamdulillah sinar Ramadhan terus bermakna buat kami sekeluarga. Ammar pula lebih kuat dari jangkaan saya..walaupun terpaksa melayan karenahnya saya redha melaluinya asalkan dapat melatih dia berpuasa dan memahami nilai-nilainya. Saya memberi galakan dengan cuba memenuhi permintaan-permintaan juadah berbuka yang dia inginkan, tapi amboi...bukan sebarang makanan yang dimintanya..high tasted jugak anak bujang saya ni..yang termampu bolehlah saya tunaikan..yang selebihnya cari kat bazar Ramadhan, Afiq ( 4 tahun 10 bulan ) pula tidak berpuasa, jadi dia adalah "dugaan" terbesar yang terpaksa dihadapi oleh Ammar - maklumlah bila dapat makan dia akan tunjuklah aksi-aksi yang melemahkan iman abang dia yang sememangnya kuat makan tu..sabar je lah..jenuh la kami kena memujuknya..

Usai berbuka dan solat Maghrib saya, suami dan anak-anak solat terawih di masjid berdekatan..Tahun ni kami bercadang hendak berterawih di masjid dan surau yang berlainan sebanyak yang mampu..Tiga malam dah tiga masjid kami pergi, walau situasi dan suasana berbeza, jumpa kenalan yang berbeza tapi tujuan dan niat tetap sama.

Semalam, kami berterawih di Masjid Penarik yang terletak di tepi pantai, kira - kira 10 minit perjalanan dari rumah .Jemaahnya boleh tahan juga ramainya termasuk di sebelah muslimat. Dalam kelompok jemaah muslimat, saya tersentuh hati melihat seorang makcik yang persis arwah ibu saya..cara dia duduk dan iras wajahnya membuatkan saya merasa sangat rindukan ibu saya. Terasa ingin sahaja saya pergi dekat makcik tu dan memeluknya. Tapi apakan daya nanti apa pulak pandangan jemaah yang lain..saya tidak mahu mengganggu ketenteraman di rumah Allah itu dengan drama sebabak saya..

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, segala kenangan bersama arwah ibu hadir satu persatu bersama rindu yang amat sangat dari hati saya. Bersama desir angin malam Ramadhan yang dingin saya panjatkan doa semoga ibu saya bahagia di persemadian dan ditempatkan bersama-sama ruh orang-orang yang soleh..Amin


3 comments:

Ummu Mishkah said...

angah rupanya! rindunya kat kawan2.. moga sihat2 jer angah sefamily... akhirnya ada gak blog dari sahabat sendiri! Really miss you lah sister!

Ummu Mishkah said...

hensem2 anak angah, best ah angah dpt gi masjid/surau dgn suami dan anak-anak.. che su terawih kat rumah jer bertemankan muhammad...

Ummu Ammar said...

Che sue..dah lama agh peminat setia blog c sue tp setakat baca je la..and agh banyak belajar...dulu pernah buat blog tp x ada masa nak update..lg satu internet kt sek je..skrg dah ada broadband ok la..
Kononnya x nak bgtau sape..tp bile tau c sue prgnant lg...tu yg x sabar nak ucap tahniah...apa-apapun agh bhgia tgk che sue bhgia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...