Kalau peminat bola mereka akan teruja dengan musim Piala Dunia..EPL dan sebagainya..Ibarat kata bila musim bola bermula..jadual mereka mula berubah, keutamaan juga berubah..segala-galanya bola...tengok bola, main bola, cakap pasal bola, mimpi bola...kalau boleh makan bola pun mereka makan agaknya...yang pasti mereka begitu seronok dan excited dengan musim bola...justeru bila tiba di penghujungnya mereka akan mula rasa kesunyian...kebosanan kerana terpaksa berpisah dengan booooolaaaa....
Kalau perempuan kaki shopping pula mereka akan teruja dengan musim jualan murah, jualan penghabisan stok, harga runtuh, mega sale, extravaganza sale dan lain-lain sale lagi...maka aktiviti menghabiskan duit dengan bershopping atau sekadar window shopping merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan...maka acara menjelajah kedai, gedung, pasaraya mula diatur...turun naik harga barang tanyalah mereka...satu-persatu mereka tahu....
Saya gambarkan dua golongan diatas tujuannya adalah untuk menterjemahkan dua situasi tersebut mengikut acuan golongan yang suka beribadat dan beramal soleh...pastinya kedatangan Ramadhan sangat dirindukan dan dinanti-nantikan ibarat kata seperti menunggu masa untuk berjumpa kekasih yang sudah setahun ditinggalkan...MasyaAllah..kuatnya penangan Ramadhan...Maka mereka mula berkira-kira untuk mengimarahkan Ramadhan dengan amal ibadah agak kualitinya lebih baik daripada ibadat pada Ramadhan yang lepas...justeru bulan yang ditunggu-tunggu ini ialah bulan yang penuh dengan kerahmatan dan keampunan.Bulan yang penuh dengan kenikmatan dan keberkatan.Bulan yang penuh kemuliaan dan keagungan.Bulan yang penuh dengan sumber rezeki.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan. Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah.” Surah Al-Baqarah : 185.
Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.
Tuntas kata...peringatan untuk diriku dan semua...ayuh! kita semarakkan madrasah Ramadhan tahun ini dengan penuh kesyukuran dan ibadah yang berterusan..moga keberkatan dan kemuliaannya menjadi milik kita
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
0 comments:
Post a Comment