Alhamdulillah di atas keizinanNya dapat lagi saya publish entri terbaru setelah beberapa hari diulit kesibukan..bukannya sibuk sangat pun..cuma aktiviti harian agak padat sehingga saya tidak sempat membuka blog ini dan berkongsi cerita dengan teman-teman semua.
Kesempatan pulang ke kampung halaman di Kuala Terengganu tidak saya lepaskan begitu sahaja. Peluang dan ruang yang ada ini saya penuhi dengan aktiviti yang sudah saya rancang sebelum pulang ke kampung lagi. Antaranya berbuka dan bersahur bersama keluarga saya dan keluarga mertua saya.
Namun yang paling seronoknya, saya begitu teruja berbuka puasa dan bersahur bersama ayahanda saya. Ayah sudah berusia dan uzur ..solat pun dia tidak mampu berdiri, setakat solat duduk sahaja kerana lututnya sudah tidak kuat lagi . Berjalan pun menggunakan tongkat atau berpegang pada tiang dan dinding di dalam rumah. Sedih dan sayu hati melihat keadaan ayah. Namun dia gagahkan juga untuk melunasi ibadat puasa Ramadhan ini walaupun kami beriya mahu membayar fidyah untuknya jika dia tidak mampu lagi berpuasa. Selepas berbuka saya dan suami berterawih di masjid berdekatan rumah saya...fuih!! ramainya orang datang berterawih..Alhamdulillah..nampaknya impak Ramadhan turut dirasai oleh ramai saudara-saudara kita yang lain..Moga ganjaran dan keberkatan milik bersama..
Semalam saya, suami dan anak-anak ke bandaraya Kuala Terengganu untuk membuat persiapan Hari Raya. Saja je kami mahu buat persiapan lebih awal kerana tidak mahu bersesakan di hujung Ramadhan nanti. Namun telahan kami silap kerana nampaknya ramai juga yang membuat persiapan awal seperti kami dan buktinya jalan-jalan di pusat bandar K Trg sesak dan jam teruk...satu permandangan yang jarang dapat dilihat di sini . Walaupun wabak H1N1 menular waktu kini, tapi Hari Raya punya pasal nampaknya itu semua diabaikan.
Walaupun belum masuk satu minggu berpuasa..pusat membeli belah sudah sibuk dan sesak dengan umat Islam yang membuat persiapan Hari Raya. Lagu raya berkumandang sana sini seakan Hari Raya akan menjelma sehari dua lagi. Kami memilih untuk shopping di shopping complex yang kurang sesak dan menyediakan topeng muka untuk anak-anak. Bila dah sampai destinasi yang hendak dituju, bercinta la pulak untuk untuk mencari parking..rupanya destinasi kami pilih juga sesak dengan orang ramai. Alang-alang sudah sampai agenda tetap diteruskan.
Setelah puas membelek, menilik, memerhati, memilih dan menganalisis maka apa yang dicari sudah ketemu, berkenan di mata, berkenan di hati..apatah lagi suami saya pula sudah mengangguk setuju. Saya belikan sepasang baju Melayu untuk Abi, Ammar dan Afiq..manakala untuk saya sudah saya siapkan lebih awal..tema tahun ni...light purple.!.kemudian saya beli beberapa helai seluar dan baju untuk anak-anak saya..Cukuplah sekadar yang perlu kerana banyak lagi baju yang baru dibeli hari itu masih baru dan elok untuk dipakai..Berjimat dan berpada dengan apa yang ada itu perlu...

0 comments:
Post a Comment