Bagi masyarakat Islam yang inginkan kesihatan tubuh badan yang lebih stabil, puasa secara teratur akan memperbaiki sistem daya tahan badan. Namun begitu, kadang-kala puasa yang tidak teratur menyebabkan badan menjadi lemah. Oleh itu, pakar sains perubatan telah mengklasifikasikan puasa seperti berikut:
- Berbuka dengan buah-buahan dan minuman daripada bahan semulajadi. Elakkan pengambilan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan. Gantikan dengan gula merah, madu lebah dan jus buah-buahan asli.
- Disarankan solat maghrib terlebih dahulu kerana memberi peluang kepada perut supaya mencerna makanan
- Semasa berbuka, sebaiknya ambillah makanan yang mudah dihadam, mengandungi serat dalam kadar yang sedikit, kurangkan makanan yang berminyak, berempah dan pedas. Perbanyakkan sayuran, tauhu dan kekacang. Kurangkan pengambilan protein haiwan seperti daging kerana ia makanan yang paling kompleks dan susah dihadam.
- Minum air putih atau teh herba yang mengandungi getah anggur, kembang semangkuk dan biji selasih. Ia bertujuan untuk mencuci usus dan menyenangkan membuang air besar
- Elakkan pengambilan kopi dan teh, kerana minuman ini mengandungi kafein yang boleh memberi banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut kerana mengandungi asid hidroklorit berlebihan yang menyebabkan gastrik.
- Pastikan karbohidrat di dalam badan mencukupi. Sekiranya tidak mencukupi, badan akan cepat terasa lemah dan tidak bertenaga di siang hari
- Tidak perlu mengambil makanan tambahan seperti vitamin dan sebagainya kerana kandungannya yang berlebihan akan terbuang menerusi air kencing
- Rasulullah menyarankan agar melewatkan sahur kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian pakar sains perubatan di Malaysia dan barat menunjukkan bahawa makanan yang utama dalam masa 24 jam ialah waktu sarapan pagi. Ia bertujuan untuk memelihara badan berbanding waktu lain. Amalan bersahur ini menjadi lebih penting untuk ketahanan badan terutama kepada kanak-kanak yang dilatih berpuasa kerana glukosa dalam darah akan menurun selepas bangun tidur.
BERPUASA YANG TIDAK BERKESAN MENURUT SAINS PERUBATAN
Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan puasa tidak mendatangkan kesan yang baik terhadap tubuh badan kerana:
- Makan terlalu banyak sewaktu sahur dan berbuka
- Makan makanan yang pedas, masam, terlalu masin, berempah dan susah dihadam seperti pengambilan daging terutama bagi pengidap penyakit batu karang, gout dan alahan.
- Mengulangi makan sepanjang malam.
- Kurang minum air pada waktu malam atau lebih minum air semasa makan.
- Tidur selepas kenyang makan.
- Tidak mengambil makanan langsung ketika waktu sahur.
MAKANAN YANG MENJEJASKAN KESIHATAN SEMASA BERPUASA
Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia dalam badan seperti:
- Kopi dan teh
- Air paip yang dimasak dan tidak ditapis.
- Makanan yang mengandungi bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air dalam tin, air dalam kotak, nugget dan sebagainya.
- Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia boleh menyebabkan air bertakung dalam badan (waterrittention).
0 comments:
Post a Comment