Sunday, March 21, 2010

Nilai Kasih Seorang Ibu


Salam mesra buat semua..



Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Kos upah membantu ibu :
Tolong pergi ke kedai – RM4.00
Tolong jaga adik – RM4.00
Tolong buang sampah – RM1.00
Tolong kemas bilik – RM2.00
Tolong siram bunga – RM3.00
Tolong sapu sampah – RM3.00
Jumlah – RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
Kos menyediakan makan minum,pakaian dan keperluanmu – PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata “Saya Sayangkan Ibu”.

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis ‘Telah Dibayar’ pada mukasurat yang ditulisnya. (Sumber : Internet)   

Kata orang " A picture speaks a thousand words". Hayati wajah-wajah ibu pilihan saya ini dan dalamilah nilai kasih seorang ibu..Hargai dan sayangilah ibu kalian semua sementara mereka masih di hadapan mata..




Dedikasi buat arwah ibuku..
 
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan
Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan

Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan
Tiada bahagia jika tiada doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan
Tiada bahagia jika tiada doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

12 comments:

Ibuhani said...

kasih saudara semasa ada
kasih ayah sepanjang masa
kasih ibu membawa ke syurga
tiada ternilai harta dunia

deena farhana said...

Mencari khazanah ke seluruh ceruk rantau dunia ini, kita tetap rebah di kaki ibu yang melahirkan kita..kerana SYURGA itu di bawah telapaknya..

moga kita semua tergolong di dalam para syuhada yang memuliakan IBU. amin.

Ummu Ammar said...

Kak Ani..

Indah puisinya..menusuk ke jiwa, memang ibu adalah harta paling bharga..tiada duanya..hanya satu..

Ummu Ammar said...

deena..

Moga kita adalah anak soleh/solehah yg mendoakan kesejahteraan ibubapa..walaupun mereka sudah tiada lg..

myself said...

setiap isteri WAJIB mentaati suaminya.. !

tetapi..

walau sehebatmana pun insan yg bergelar suami ini.. tetapi dia WAJIB mentaati seorang wanita yg melahirkannya!!

begitulah antara hikmah kejadian lelaki (sbg suami, ayah, abg dll ) & wanita ( sbg isteri, IBU, adik, kakak dsb) yg Allah ciptakan.

subhanallah!

Anonymous said...

Cool..

Pls visit this link, read few entries..you'll find it very funny and unique..

www.fdausamad.blogspot.com

seriously!

fa10 said...

bila menjadi ibu barulah saya betul2 memahami perasaan sebenar seorg ibu... berbaktilah kpd ibu sementara mereka masih ada

Ummu Ammar said...

myself..

Seperti biasa, saya bersetuju dgn catatan myself krn dalam kehidupan kita perlu menghargai..dan barulah kita akan dihargai..

Anonymous..

Insya Allah..bila free, saya ziarah blog tu nanti..

Ummu Ammar said...

fa10..

Setuju. Memang betul, bila menjadi ibu, baru kita terfikir betapa tingginya nilai kasih dan pengorbanan seorg ibu..

azi said...

kasih ibu mmg tiada tandingannya. Sesungguhnya bersyukur dpt menjaga arwah ibu sehingga hari terakhir beliau di muka bumi ini.Moga diri ini dpt mendidik anak2 sebaiknya....insyaAllah

NURUL IZZA said...

kasih ibu mmg tiada tandingan.kt sendiri yg bergelar ibu..mmg pttla ALlah suruh jg ibu dgn sebaiknya..taat..

ps: rindu mama..

Ummu Ammar said...

azi..

Moga harapan Azi dimakbulkan Tuhan. Insya Allah, anak2 akan menjaga Azi sebaik Azi menjaga arwah ibu dulu..

Izza..

Kita baru selangkah menjadi ibu, sudah byk pengorbanan dan kesukaran dilalui apatah lg ibu2 kita yg berpuluh2 tahun menghamba diri sbg ibu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...