Friday, March 05, 2010

Letih Adalah Nikmat Bekerja?


Salam mahabbah buat semua..

Gambar budak cute yang keletihan kat atas menggambarkan keadaan diri saya dua hari lepas. Cukup lelah dan penat. Namun agak lega jiwa dan minda selepas segala-galanya berakhir.  Syukur akhirnya, program Sambutan Maulidur Rasul 1431H peringkat sekolahku pada 3 Mac yang lepas berjalan dengan baik. 

Selaku KP merangkap penyelaras program, program yang berlangsung separuh hari itu sebenarnya memakan masa lebih kurang 2 minggu untuk segala urusan - bermula membina kertas kerja, mesyuarat & taklimat, surat - menyurat, jemputan dan sebagainya. Menggunakan tenaga dan mencuri masaku yang bukan sedikit. 2-3 hari sebelum program, saya berkampung di sekolah sehingga petang. Makan dan minum pun setakat sempat. Tidur malam pun tak lena mengenangkan perjalanan program.

Kadang-kadang saya cukup tidak suka sifat "perfectionist" ketika bekerja yang ada dalam diri saya sehingga kerja sakan sampai makan diri. Saya bukan tidak percayakan orang dapat melakukan dengan baik, cuma rasa tanggungjawab untuk menghasilkan yang terbaik menyebabkab saya turut bersama membantu rakan-rakan guru dengan tugasan masing-masing termasuk membungkus hadiah mahupun mengurus sourvenier untuk guru dan jemputan.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik walau tidakku nafikan ada beberapa kelemahan dan kesilapan yang berlaku. Namun dapat di"cover" dengan baik bersama. Harapan saya, agar program tersebut dapat mencapai objektif dan memugar ukhuwwah di antara warga SMKS yang berjumlah lebih 1,000 orang ini.

Juara perarakan tahun ini - Rumah Satria ( Merah )

Pulang ke rumah lewat petang 3 Mac, saya umpama mayat hidup. Baru terasa keletihan setelah mengecapi nikmat kepuasan bekerja. Terbaring kelesuan dan kebisuan. Suamiku  sempat mengusik. "Amboi ummi..penat sangat ke?" Mana tak penatnya. Malas nak memanjangkan situasi. Dengan nada bergurau." Abang, kadang-kadang diam itu lebih baik". Suami saya ketawa. "Takpe, malam ini ummi "cuti" masak dan tak payah buatkan air. Rehat la.." Wah! saya cukup suka. Kadang-kadang bila letih macam ni, penawarnya adalah kasih sayang dan sufat prihatin dari pasangan.

Info pasal keletihan ni yang saya ambil dari pelbagai sumber, Baca untuk panduan..

KELETIHAN perkara biasa bagi semua orang. Selalunya kita tidak tahu punca keletihan itu dan untuk menghilangkan keletihan, berehat adalah penawar terbaik. Bagi sesetengah orang keletihan boleh menjadi masalah serius. Ia mungkin akan berlaku dalam jangka masa panjang. Malah keletihan akan menjadi bertambah letih jika tidak berusaha menghilangkannya. 
Dalam kes begini, keletihan boleh merencatkan kenikmatan hidup. Memang keletihan adalah perkara biasa. Secara perbandingan, seorang dari lima orang akan rasa letih yang luar biasa. Manakala seorang dalam 10 orang akan berasa letih berpanjangan.

Wanita akan lebih berasa letih dari lelaki. Tetapi keletihan menjadi masalah untuk semua peringkat usia. Selalunya keletihan lebih ketara di kalangan mereka yang terlalu muda atau tua.Keletihan terjadi bukan saja disebabkan masalah fizikal tetapi psikologi atau kedua-duanya sekali dalam satu masa.

Kadangkala keletihan juga disebabkan anda tidak cergas. Dengan hanya berbaring di katil selama seminggu, 10 peratus kekuatan otot akan hilang. Semakin anda tidak cergas, lebih letih anda jadinya.


Apa yang kita minum, kopi atau teh juga memberi kesan pada keupayaan untuk tidur. Enam cawan kopi sehari atau 10 cawan teh cukup membuatkan seseorang itu sukar tidur dan letih.
Jika seseorang itu minum arak pada waktu petang, seseorang itu akan berjaga hingga ke tengah malam. Minum arak dengan jumlah yang banyak, akan membuatkan seseorang itu tertekan dan mengganggu tidurnya.

Bagaimana menyembuhkan keletihan?

  1. Perbaiki kualiti tidur - tidur di satu tempat setiap hari walau apapun yang anda rasakan. Pastikan kamar itu selesa. 
  2. Jangan makan atau minum dengan banyak pada sebelah malam. Cuba makan malam sebelum tengah malam.
  3. Kurangkan masa tidur tengah hari (napping). Jika anda tidak boleh tidur, jangan membohongi diri sendiri. Bangun dari katil, keluar dari bilik dan lakukan sesuatu yang menenangkan. Apabila benar-benar rasa mengantuk, kembali ke bilik.
  4. Tenangkan diri sebelum tidur dengan membaca atau mendengar bacaan Al Quran misalnya. Atau mandi dengan air panas sebelum tidur.
  5. Bersenam - Ramai orang yang terlalu letih tidak mempunyai masa untuk bersenam. Bersenam dalam jangka masa panjang akan mengurangkan rasa penat dan lebih bertenaga. Mulakan dengan senaman ringan. Lakukan dengan kerap dan tambah masa untuk bersenam perlahan-lahan. Lakukan setiap hari jika boleh. Lakukan senaman mudah dengan berjalan dan berenang jika anda tidak punya banyak masa.
  6. Kurangkan pengambilan kafein - elakkan minum minuman berkafein selama tiga minggu. Bukan saja kopi dan teh, ada juga minuman lain mengandungi kafein seperti minuman bergas selain sesetengah ubat penahan sakit dan pil meningkatkan tenaga. Ada sesetengah ramuan herba juga mengandungi kafein.Jika anda memang penggemar minuman berkafein, anda akan berasa sakit kepala apabila tidak minum kopi. Jika ia berlaku, jangan berhenti mengambil minuman berkafein secara mendadak sebaliknya lakukan sedikit demi sedikit.
  7. Selesaikan masalah berat badan anda - jika anda terlebih berat badan, anda akan terasa lebih selesa dengan mengurangkan sedikit berat. Tapi jangan menyekat pengambilan makanan secara mendadak pula. Selain diet, lakukan juga senaman setiap hari. Jika anda terlalu kurus, rasa letih akan berpanjangan selagi anda tidak mendapatkan berat badan yang ideal.
  8. Rancang kerja anda - pastikan anda tidak melalui hari yang terlalu memenatkan dengan menyusun semua kerja secara teratur. Pastikan juga anda tidak melakukan kerja pada saat-saat akhir .
  9. Jangan bergantung kepada makanan pemberi tenaga atau bergula. Sebaliknya makanlah karbohidrat kompleks (pasta, bijirin dan kekacang) dan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
    Lakukan ujian darah untuk mengesan masalah tiroid atau anaemia jika lesu berlanjutan.

11 comments:

Ibuhani said...

betul tu...kalau letih bykkn berehat. lg bagus kalau tdo sbb bila letih semua anggota bdn akan jd lesu x bermaya.....so ubatnya babam mcm yg dlm gnbr tu......comeii dia tdo :)

Ummu Ammar said...

Kak Ani..

Lena betul saya tidur mlm tu..agaknya babam mcm bdk comel tu la..bila bgn pagi rasa fresh dan lega sangat..Nikmatnya tidur pemberian Tuhan ni..

Hamizah said...

pah mmg perfectinist..hehehe

Ummu Ammar said...

Mizah..

Awak kenal la saya camne, kan?. Susah juga nak buang sikap ni. Kdg2 susahkan diri sendiri jer. Tp hasilnya mmg memuaskan hati. kalau cincai2 jer, tak suka la..

Nida said...

Salam Kak UA..

Samalah macam Nida, bila ditugaskan jadu ketua semua perkara kita nak cuba buat... last2 diri sendiri yg penat..

Ummu Ammar said...

Nida..

Nida pun camtu juga yer..bleh jd geng akak la..ada org perfectionist dgn menyusahkan org lain..tp kita perfectionist dgn menyusahkan diri sendiri..

TUKANG KATA said...

sALAM MAHABBAH.. :)

Moga keletihan itu sudah berlalu dan mohon Allah sentiasa memberi kekuatan pada Ummu Ammar..
thanks info keletihan tu,sgt bagus..

Nadiah Sidek said...

pengalaman nadiah involve dlm prgm mmg meletihkn. nak2 prgm dah semakin hampir. meeting ms tu makin kerap la. tp dah hbs prgm terlupa kejap rs letih tu..seronok berprogram! skrg ni rindu pulak nak bergerak kerja..huhu..

Ummu Ammar said...

Tukang Kata..

Syukran sudi mencatat di blog hamba yg tak seberapa ni..

Alhamdulillah..keletihan dah hilang..terus bersemangat utk projek seterusnya..

Ummu Ammar said...

Nadiah..

Berprogram mendidik diri berjemaah dan mengajar erti ketabahan, kesatuan, kerjsama dlln..

nadiah..rehat la dulu..lps ni dah involve dgn pekerjaan..bleh la berprogram..

qaseh masyitah said...

Salam Ummu Ammar
alhamdulillah, syukur pada Allah..Nikmat kan kalau dapat tidur yang nyenayk..lebih2 lagi bila waktu keletihan semakin mencengkam diri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...