Monday, March 29, 2010

Bukan Wanita Pilihan

Salam mesra buat semua..

Kebahagiaan istana kasih yang dibina bergantung pada pemilihan pasangan hidup. Andai pilihan yang tepat dan mengikut apa yang dianjurkan agama, Insya Allah..bahagialah yang sentiasa mewarnai segenap ruang kehidupan. Jika sebaliknya, derita dan sengsaralah jawabnya. Lebih teruk kalau terpaksa berpisah kasih dan bercerai sayang mencari haluan masing-masing.

Seorang isteri memainkan peranan penting dalam sesebuah rumahtangga. Dialah isteri, suri dan ibu pada anak-anak bakal dilahirkan. Justeru pemilihan seorang isteri mestilah bukan sekadar cantik dipandang pada luaran tapi juga cantik pada akhlak, ilmu dan pegangan agamanya.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya; Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka utamakanlah kerana agamanya nescaya engkau bahagia.” 

Hukama' ada berkata :
 “Jangan engkau nikahi wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau nikahi yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”
 
1) Wanita Ananah ( انانة ) : banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat dibuat-buat sakit.

2) Wanita Mananah ( منانة ): suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

3) Wanita Hananah ( حنانة ) : menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dinikahinya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4) Wanita Hadaqah ( حداقة ) : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya

5) Wanita Baraqah ( براقة ) : ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6) Wanita Syadaqah ( شداقة ) : banyak cakap, tidak menentu lagi bising.

Jika anda lelaki yang mencari suri penyeri mahligai kasih..pastikan tidak memilih ciri-ciri wanita sedemikian demi kelangsungan hidup yang diidami.

Ingatan buat gadis-gadis muslimah, hiasilah diri dengan pakaian taqwa, akhlak mulia dan perelokkanlah pekerti. Nescaya kalian semua akan menjadi bakal isteri dambaan lelaki-lelaki soleh.

Tidak lupa buat yang sudah menjadi seorang isteri,seperti diriku ini, jangan buatkan suami menyesal memilih anda menjadi permaisuri hidup kerana sifat-sifat di atas. Muhasabah diri masing-masing. Berubahlah untuk kebaikan demi kebahagiaan yang hakiki  di dunia dan akhirat.

12 comments:

deena farhana said...

perkongsian yg sgt bermanfaat...trm ksh ye kak UA.. :)

Ibuhani said...

info yg sgt berfaedah utk kaum wanita yg sudah n akan berkahwin :)

Nida n' Hanafi said...

Alhamdulillah dapat ilmu yang bermenafaat.. mudah2an diri ini menjadi isteri pilihan yg terbaik di sisi suami

Ummu Ammar said...

deena..

Moga mendapat manfaat bersama..gapailah title isteri solehah tau!..

Kak Ani..

Betul tu kak..yg sudah berkahwin terutamanya kena selalu muhasabah..kdg2 bila dah lama kahwin, kita alpa pd perkara2 sebegini..

Ummu Ammar said...

Nida..

Nida dah capai pun title isteri terbaik en hanafiah..nampak bahagia je kalian berdua..

wfaiziah said...

Alhamdulillah...gud article. wanita memang istimewa dan penting. Terasa bangga menjadi isteri dan ibu. Tanggungjawab begitu besar..

tajnur said...

Dlm Surah AlBaqarah:230 `... bahawa jika mereka berdua (lelaki dan perempuan) ingin berkahwin sesungguhnya beratsangka (dzon) kami bahawa kedua2nya dapat menegakkan hukum Allah` Dalil ini mentaksiskan (Khusus) bahawa perkahwinan merupakan `dzon`, bukan wajib tetapi terpulang kpd lelaki dan perempuan asalkan kedua2nya dpt menegakkan hukum Allah! Istidlal (yg menjadi dalil) inilah, mengapa Imam Shafie rh.a, imam Nawawi rh.a dan ramai imam Mujtahid yg tidak kahwintidak kahwin w/pun kahwin itu merupakan Sunnah Rasulullah saw.Bkn mrk tidak kahwin tetapi kenyataan `... kedua2nya mesti menegakkan hukum Allah` dan sekiranya dgn berkahwin menghalang tugas2 menyampaikan ilmu dan menghalang dari menegakkan hukum Allah, lebih baik tak payahlah. Begitu juga, apabila Saidina Abu Bakar wafat, jandanya berkahwin dgn Saidina Ali, anak Saidina Ali berkahwin dgn Saidina Omar dan kalau nak diceritakan disini tentu akan timnulkan fitnah! Berapa tahunlah umur mrk ketika berkahwin? Bagaimanalah kita nak mengahwini perempuan beragama walhal fitnah ttg kahwin dan cerai dlm Islam memberi gambaran yg buruk jika dubandingkan dgn zaman ddibawah Daulah Islamiah....Wallahualam

Unknown said...

ngidam jd isteri solehah..;)

Ummu Ammar said...

wfaiziah..

Ya, betul. Memang bahagia menjd seorg isteri dan ibu...

tajnur..

betul. Perkahwinan memerlukan kekuatan dan ketahanan menempuhi perjuangan dalam kehidupan.kena faham erti di sebalik perkahwinan itu sendiri di sisi Islam..bkn sekadar nafsu dan cinta semata2..

ibunafis..

Saya pun ngidam juga..selalu berusaha, masih berusaha dan akan terus berusaha..

nonie said...

salam saya mtk izin copy di blog saya yer ummuammar..terima kasih dengan perkongsian yg sgt bermakna ini:)

Ummu Ammar said...

nonie..

Silakan kalau nak copy di blog anda cuma link kan alamat blog ini juga.Terima kasih.Moga dpt manfaat bersama..

Liz said...

Liz memang setuju dengan ungkapan bahan cerita ummu...cantik yer model gambarnya..Pg Anak Sarah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...