Monday, March 08, 2010

Yang Kelat Itulah Ubat

Salam buat semua..

Suka minum teh? Saya pun suka. Memulakan pagi dengan secawan teh panas memang menyegarkan, samaada teh dicampur susu atau teh "O" cukup memadai. Nikmat sungguh kurniaan Ilahi. Kalau tak silap saya, teh ada macam-macam jenis. Ada teh putih, teh hitam dan teh hijau.


Pernah minum teh hijau? Rasanya agak kelat. Lagi elok diminum tanpa gula. Banyak kajian telah dilakukan ke atas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak kelebihan untuk kesihatan yang boleh di manfaatkan. Info ini saya ambik dari Kosmo! Online.

Kebaikan teh hijau melampaui sempadan. Dari China hingga ke Barat. Kini, ia bukan lagi sejenis minuman yang diambil sewaktu makan petang atau malam. Tetapi, ia diminum pada bila-bila masa. Jika selama ini anda memakan pelbagai jenis ubat dan suplemen, masukkan satu lagi tip penting iaitu teh hijau yang dikongsi oleh RealAge.
 
Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan. Jika anda masih lagi di zaman keremajaan, mulakan hari ini juga.

Kurangkan risiko kanser
Teh hijau mempunyai komponen zat yang mampu melawan sel kanser di badan. Ia mengelakkan pertumbuhan sel ini dan menghasilkan saluran darah baru bagi menggalakkan pertumbuhan sel yang baik. Kajian yang dilakukan menunjukkan teh hijau membantu mengurangkan kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanser prostat 

Lembutkan kulit
Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu.
Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan. Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam.
Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup. 

Lindungi kulit
Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit.

Penstabil tekanan darah
Bacaan tekanan darah tinggi ialah 120/80 tetapi bagi mengekalkannya pada tahap tersebut bukannya mudah.
Apatah lagi dengan tekanan kerja dan tanggungjawab yang bertambah hampir setiap hari.
Amalan minum teh hijau setiap hari, mampu mengurangkan kebarangkalian menghadapi masalah hipertensi sebanyak 50 peratus.
Kandungan teh hijau membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.

Pelindung memori
Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak.
Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya.
Kenapa? Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak seperti pesakit Alzheimer dan Parkinson.

Awet muda
Lebih muda dan sihat arteri anda, maka lebih muda dan sihat kita rasa dari luar. Helahnya ialah kita harus melawan plak yang terbina dalam saluran darah lalu meningkatkan risiko penyakit jantung, strok serta menambah usia biologikal. Ia juga mengurangkan tenaga di dalam badan.

Menurun berat badan
Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. 

12 comments:

azi said...

pernah minum beberapa kali teh hijau ni..tp tak berapa suka....mmg teh hijau byk khasiat..hehhe..kena cuba minum balik nih..

Hamizah said...

saya suka milo atau susu je.jarang sekali minum teh atau kopi..

ibuaiman said...

salam ummuammar..

saya minum teh hijau ni yg ada dalam milkmaid tea, teh yg blh tambahkan susu ibu...tp harganya tersgt lar mhl..16 uncang RM 40...so, sekali-sekala ajer jer saya minum

mamalieyna said...

pernah rasa minum sekali green tea ni masa mkn2 free @restoran vegitarian...huhu..tak sedap...tp telan jua..tp mmg elok tuk kesihatan eh! ^_^

Ibuhani said...

teh hijau pun bagus utk sejukkan mata.....

Ummu Ammar said...

azi..

Samalah kita..dulu pernah minum, skrg nak mula minum balik..

Mizah..

Saya plak tak boleh minum milo dan susu pagi2..mesti perut meragam..

ibuaiman.

Elok la utk ibu2 BF kan? Mahal sikit takpe..demi anak tersayang..

Ummu Ammar said...

mamalieyna..

Yang kelat dan pahit tu lah leh jd ubat..

Kak Ani..

Betul tu..saya pun pernah terbaca khasiatnya utk mata..

Diarihatiku1976 said...

saya memang suka minum teh.. tapi tak suka teh hijau maa....

Nadiah Sidek said...

dulu mak nadiah selalu paksa minum teh hijau ni. mmg kelat pun. huhu. tapi lama dah tak minum..ngelat. hihi..

Ummu Ammar said...

Diarihatiku1976..

Saya pun kurang suka teh hijau..tp cuba bertahan utk khasiatnya

Nadiah..

Cubalah minum..rasai perubahannya..hihihi

NURUL IZZA said...

salam UA,

iza mmg suka teh hijau..kelat tp takla sekelat akar kayu.huhu

rs tenang je kan :)

Ummu Ammar said...

Izza..

Betul tu. Takde la kelat benor. Kelat sikit dari teh biasa.

Mmm..tenang dan rasa segar badan lps minum..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...