Salam mawaddah buat semua..
Hari ini 1 April. Tarikh yang cukup sinonim dengan jolokan April Fool. Masa sekolah-sekolah dulu, ada juga cerita-cerita April Fool ni. Maklumlah sekolah berasrama, macam-macam peel dan kerenah manusia boleh dijumpai. Ada spesies yang suka bergurau tidak tentu pasal dan suka mengenakan rakan sendiri. Maka, tarikh 1 April menjadi pilihan kerana ia adalah hari untuk memperbodohkan orang lain yang disambut seluruh dunia.
Kebanyakan muda-mudi Islam hari ini yang buta tentang agama, menyambut kedatangan April Fool dengan penuh perancangan, strategi dan taktik untuk mempermainkan orang lain samaada yang dikenali secara rapat atau tidak.
Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini
sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor,
gurauan, lelucon dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan
dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan. Nampaknya, kafir-kafir laknatullah berbangga kerana April Fool bukan untuk mereka sahaja tetapi diiktiraf dan disambut juga oleh penganut-penganut Islam. Nah! Bukankah mereka sudah berjaya menakluki pemikiran dan mengubah budaya dan akidah saudara seislam kita? Renungi pesanan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
”Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu,
sejengka demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke
dalam lubang biawak sekalipun , pasti kamu tetap mengikuti mereka”.
Kami bertanya”Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani? Baginda
menjawab”Lalu siapa lagi (kalau bukan mereka)
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
11 comments:
dulu masa kat asrama, warden sendiri yg buat april fool kat kami. tgh2 prep waktu malam, tiba2 semua di suruh berkumpul kat foyer, bila dah beratur ramai2, exco asrama + warden yg muda gak la masa tu..selamba simbah air berbaldi2 kat kami. haisyyy sakit betul hati masa tu, sbb nya mmg tgh study utk exam.
ada kwan yatie yg berani gi balas balik simbah air kat warden wakakakkaka....padan muka diorang
yup! sekolah dulu kat asrama selalu lah april foll segala.. sekarang tua2 ni x dah.. :)
ramai yg ambik tau tentang sejarah disebalik katanya 'april fool' ni...yg pasti tak baik! moga2 ramai yg sedar!
dulu2 walau pun sekolah agama, ada juga yg membuat dajal sempena april fool. Budak2 skrg dah kurang kot. Kat tmpt saya ni x glamer sgt april fool
salam..
Pernah baca kisah sejarah April Fool ni... gerammm kerana umat Islam telah diperbodohkan... semoga anak2 muda sekarang celik sejarah tentang April Fool ini
salam kak UA,
simpati kat umat islam skg ni..byk benda lg yg kita harus tahu.
sy sarankn baca buku gerakan fremasonry..langkah senyap yahudi menghancurkn islam.
geram je lau ada yg sambut april fool ni..lebih2 lagi kalau mereka terdiri dr kalangan muda mudi ISLAM!...tak sangka mereka dgn senang hati memperbodohkan bgsa dan umat sendiri,camne yg org2 kafir Laknatullah lakukan pd umat2 ISLAM terdahulu...='(
Nauzubllahiminzalik!
Yatie..
Mesti warden tu tgh tension dan melepaskannya dgn cara x betul...
si TEDI..
Maklumlah masa tu banyak benda kita tak tahu dan suka bina situasi sedemikian utk lepas tension belajar dan seronok2...
mamalieyna..
Ada juga terbaca sejarah asal-usul April Fool tp tak sure la betul ke tdk..cuma yg pasti ia adalah budaya barat yg bertentangan dgn agama kita..
fa10,
Tulah..akak pun sek agama..berlambak je yg jd fool bila tiba 1 April..pekenakan kwn2..sampai ada student perempuan nangis2 kena April Fool dr student lelaki..mmg x senonoh..
Nida..
Betul tu. Kita kena banyak buat kajian psl benda2 ni. Celik sejarah dan celik agama. Insya Allah, mg dijauhkan dr anasir2 tak baik..
deena..
Setuju. Semua patut baca dan kaji ttg freemansonry...sememangnya kita sdh byk terperangkap dlm perangkap mrk secara tdk sedar..
PENGHUNI BUMI ALLAH..
Betul tu..bila kurang pengetahuan agama dan lemah iman, senang la budaya2 mcm ni merajai kehidupan umat Islam..
Post a Comment