Thursday, April 15, 2010

Serasi Bersama

Salam mesra buat semua..

Jus jambu batu + asam boi! Selalu dengar namanya, selalu juga jumpa dijual di gerai-gerai terutamanya di tepi-tepi jalan dan pasar malam tapi hati tidak terbuka untuk mencuba dan menikmati rasanya.  Macam pelik pulak gabungan kedua-duanya bila dijadikan jus. Selalunya kita makan aje jambu batu tu dengan asam boi.


Entah kenapa hari tu bila suami menawarkan untuk membelikan saya jus jambu batu dengan asam boi. Saya mengiyakan sahaja.

Bila jus yang sejuk sudah singgah di kerongkong. Hhmmm..enak dan nyaman sekali. Tambahan lagi di musim panas sebegini.. Rasa manis jambu batu bertemu masam asam boi. Memang sedap! Serasi juga mereka sebagai minuman rupanya.

Setakat yang saya tahu minuman ni asalnya dari utara Semenanjung. Betul ke? Cuma sekarang ia sudah agak popular di Pantai Timur pula..saya ada google resepi jus ni dari internet. Mungkin boleh cuba lepas ni..kawan-kawan semua pun boleh buat sendiri di rumah..mungkin lebih enak..

Bahan-bahan ( untuk 1 jug )
  • 2 biji jambu batu tanpa bijik ( yg jenis berkedut tuh )
  • 2 liter air
  • 1 1/2 - 2 senduk gula pasir
  • sedikit pewarna hijau
  • Asam boi serbuk/asam boi tanpa biji dihiris - secukupnya
  • Air batu secukupnya

Cara-cara

  1. Jambu batu dibersihkan dan dipotong dadu, ambil jambu yg telah didadu dan masukkan kedalam blender dan ditambah air,gula dan asam boi sesukupnya. Blander hingga hancur.
  2. Ulang 1 sehingga habis.Kacau sebati dan titikkan sedikit pewarna hijau untuk mencantikkan warna jus ini. Masam dan manis jus ini bergantung pada kehendak masing2. Tambahkan air batu siap untuk diminum.
Selamat mencuba!

Khasiat Jambu Batu :
Mengandungi kalsium,vitamin A,B,C, zat besi, protein dan serat.
- Baik untuk mengubati sakit perut, cirit birit
- Mengubati kencing yang kerap, luka-luka dan sakit kulit
- Namun perlu hati-hati ..ada info mengatakan jus jambu batu tidak elok untuk pesakit gout.

9 comments:

Ummu Mishkah said...

fuhh..sedap ni!
sabo.. sabo.. dlm pantang lagi! :)

islami98 said...

wahh~mesti sedap...

tapi sini masih sejuk...

hm,tunggulah musim 'hangat' dulu..

hehehe...

deena farhana said...

salam kak UA,

emm...sedapnye...nak try la..timekasih share ^_^

Nadiah Sidek said...

tak masam ke airnya kak? kalau mkn jambu batu aje pun nadiah tak cicah dgn asam tu..tak minat pulak, sbb hilang rs manis buah bila duk cicah2

Ummu Ammar said...

Che Sue..

Sabo Che sue sabo...after 3-4bulan br bleh pekena ais tau!

Anyway..cantik nama Khawlah Omneeya tu..suka!

Iffah..

Hhhmm..memang elok utk cuaca yg lbh hangat..nanti bleh cuba yer..

Ummu Ammar said...

deena.

Jgn lupa mencuba..

Nadiah..

Manis buahnya tetap ada..sbb asam boi tu sikit jer letaknya..

Belum cuba..belum tahu..

Ibuhani said...

k.ani n anak2 pun suka jus jambu batu....slalu beli jambu batu utk buat jus....tp x terfikir plak nak campur asam boi. Kalau makan jambu batu jer dgn asam boi.Hmmm......TQ 4 the info.......... :)

Hamizah said...

best tu..

Ummu Ammar said...

Kak ANi..

Mula2 saya pun mcm pelik juga..tp bila dah rasa..best plak!

Hamizah..

Memang best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...