Wednesday, April 14, 2010

3 Hari 2 Malam

Salam mesra buat semua..


Kembali bersua setelah menyepi beberapa ketika. Alhamdulillah. Syukurku padaMu ya Allah. Akhirnya penat lelah menguruskan program 3 hari 2 malam Kem Bestari Solat berakhir juga dengan lancar dan mendapat feedback yang baik dari peserta dan pentadbir sekolah. 

Bermula dari merangka kertas kerja, mencari sponsor, bermesyuarat dan urusan lain..segala-galanya dipermudahkan, walaupun ketika saat-saat akhir saya hampir mengalah dan rasa down teramat sangat bila ada kalangan rakan-rakan yang menjadi urusetia dan fasilitator terpaksa menarik diri saat akhir dengan pelbagai alasan  dan beberapa masalah lain. Saya akur dengan cabaran dan bangkit kembali bila  mendapat suntikan semangat dari orang-orang kuat saya...

Sedikit corat-coret sepanjang program ini :

Sasaran program
Sasaran kami, adalah 50 pelajar Ting 2 yang keciciran solat, tidak endahkan kewajipan solat, mahupun yang tidak pandai  solat langsung. Bukan calang-calang pelajar  mereka ni - pelajar bermasalah, kaki ponteng dan pelajar-pelajar lemah dalam pelajaran. Apa yang menyentuh hati saya ialah apabila melihat kesungguhan sesetengah dari mereka menghafaz dan memperbetulkan bacaan-bacaan dalam solat dengan bersungguh-sungguh dengan bantuan fasilitator.

Peluang dan kesempatan
Kebanyakan pelajar adalah dari kalangan keluarga sederhana dan miskin yang rata-ratanya anak nelayan dan petani. Manalah mereka pernah menjejakkan kaki ke resort mahupun tempat percutian sebegini. Penginapan yang selesa dengan pelbagai kemudahan dan waktu makan 6 kali sehari ditambah dengan keindahan landskap Peladang Setiu Agro Resort - kami seolah-seolah mampu menjinakkan mereka untuk mengikuti keseluruhan program ini dengan baik.

Kenapa anda tidak solat?
Salah satu dari soalan kaji selidik semasa Bengkel 1. Jawapan yang menerima peratusan tertinggi . 1.Malas 2.Tidak pandai solat 3.Ibubapa tidak solat. Apa pendapat anda?

Tempat yang mahal dan selesa
Memang ramai tertanya-tanya sejak awal kami berprogram di situ. Kebetulan  beberapa kursus turut berlangsung dalam masa yang sama termasuk anjuran JPNT sendiri. Di tengah kegawatan ini, pasti pelik macam mana kami boleh menganjurkan program dengan pelajar-pelajar sekolah di tempat sebegini. 

Pertamanya, peruntukan dan sponsor yang kami dapat memang mampu untuk menampungnya. Pakej yang kami ambil adalah pakej paling murah iaitu pelajar-pelajar ditempatkan dalam dorm, makanan disediakan, sewaan dewan termasuk dalam pakej tersebut. Disamping selesa kami mampu menjimatkan tenaga dan masa. Bayangkan kalau pelajar-pelajar ditempatkan dalam khemah, makanan terpaksa ditempah atau dimasak secara bergilir-gilir oleh guru seperti program sebelum ini. Penghayatan pelajar semestinya tercalar disebabkan ketidakselesaan dan sebagainya manakala guru turut terbeban dengan tugas yang pelbagai.

Rezeki..Alhamdulillah!
Syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan usaha kami, di saat akhir sebelum program bermula pihak pengurusan Agro Resort menukarkan penginapan pelajar-pelajar kami dari dorm ke chalet dan bilik yang selesa dengan pakej harga yang sama kerana beberapa masalah teknikal. Memang satu bonus berganda! 
Ni la rupanya tempatpenginapan yg diberi utk peserta..memang cantik!

3 hari 2 malam hanyalah titik permulaan dan harapan untuk perjalanan yang lebih baik dan teratur. Tiada yang lebih saya harapkan melainkan agar peserta-peserta kursus menyedari kewajipan solat dalam kehidupan seorang Muslim dan beriltizam dalam melaksanakannya secara kekal. Usaha yang kami lakukan ini hanyalah usaha kecil yang diharapkan agar menampakkan hasil dan memberi impak dalam kehdupan mereka. Insya Allah..


Peringatan buat diriku dan sahabat-sahabat semua..

Sabda Rasulullah s.a.w.:Maksudnya : "Ajarkanlah anak-anak kamu mengerjakan solat jika mereka sudah berumur tujuh tahun, dan pukullah (apabila tidak mahu solat) jika mereka sudah berumur sepuluh tahun".

Ummi berprogram, Ammar & Afiq bantai berendam..

5 comments:

islami98 said...

Salam Ummu Ammar,

Apa yg sy lihat kini, terutamanya di negara kafir ini adalah,ibubapa yg sudah tahu dirinya sesat(Na'uzubillah) tetapi tetap ingin berada di jalan yg sama .Pun begitu, mereka tidak mahu anak-anak mereka turut sesat seperti mereka.

Inilah pengaruh yg sbnr.Bg sy, pengaruh yg paling besar adalah keadaan sekeliling terutama kawan2 dan juga ibubapa.Sekilas, saya sendiri bnyk teroangaruh dgn sifat ibubapa dan Alhamdulillah, sedkit sebanyak mendorong ke arah kebaikan.

Akhirnya sedakar berkongsi pandangan,Wassallam..

IFFAH NABIHA a.k.a islami98

deena farhana said...

salam kak UA,

tahniah dah berjaya melaksanakan satu program yg bermanfaat..teruskan pjuangan!

Comeynye anak2 kak UA.. hehe :)

Nadiah Sidek said...

entry akk ni membuatkan nadiah rindu nak berprogram. byk sgt yg blh nadiah dpt bila berprogram. kdg2 kita belajar/dpt sesuatu dpd peserta. teringat kata2 sorg shbt dulu yg lebih krg bunyinya "kita ni bkn hanya nak mentarbiyyah peserta tapi utk pertarbiyyahan diri kita sendiri"

Ummu Ammar said...

Iffah..

Saya setuju dgn pendapat Iffah. Pengaruh sekeliling, keluarga malah sosio ekonomi amat memberi kesan kpd pentarbiahan seorg anak.

Saya kagum dengan Iffah. Usia masih muda tapi minda dan jiwa sarat dgn kematangan dan kesedaran.

Moga terus di dlm perlindungan Allah..

Ummu Ammar said...

deena..

Pentarbiahan masa sekolah dan melibatkan diri berpersatuan semasa di Uni. Azhar dulu banyak membantu..memang puas bila dpt menjayakannya!

Nadiah..

Setuju. Secara tak langsung ia membantu kita memperbaiki diri sendiri..Akak harapkan berkatnya turut tempias pada anak2 agar mrk sentiasa membesar di bawah rahmat dan hidayah Ilahi senantiasa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...