Peringatan ini saya petik dari Zaharuddin.net. Moga mampu memberi kesedaran dan peringatan buat semua khususnya insan lelaki bergelar suami dan bapa.
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh
lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui
bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat
dan siapa yang menghantar.
Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat
(terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang
yang menyebabkan aurat terlihat.
Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang
starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan
kepada jutaan manusia bukan mahram.
Membiarkan isterinya
atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya
atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu
seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa
sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan
yang sepertinya.
Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki
sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Cuti sekolah memang menyeronokkan. Saya betul-betul dapat berehat tanpa banyak memikirkan tentang kerja. Masa amat bermakna apabila dihabiskan dengan suami dan anak-anak. Jalan-jalan, makan-makan, berjoging dan lain-lain. Entah kenapa, di pertengahan Disember, saya mula memikirkan berat badan yang semakin naik. Maklumlah, cuti dan rehat je..ditambah kenduri-kendara dan acara makan-makan. Maka, perlu ada tindakan bijak untuk menanganinya. Saya memilih untuk memulakan diet sihat dengan mengawal makan. Insya Allah, moga dipermudahkan Allah.
Untuk anda yang juga dalam situasi sama dengan saya, jom kita amalkan diet sihat dengan mengawal jumlah kalori dalam makanan kita. Maklumat dan panduan mengira kalori di bawah saya petik dari sini.
Apa itu kalori? Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga. Adakah badan perlukan kalori? Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia
diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar
menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan
berat badan dan membahayakan kesihatan. Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan? Biasanya
setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat
Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam
“gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan. Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram Protein: Didarab dengan 4 setiap gram Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram. Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi; Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori) Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori) Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori) Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori! Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari? Lelaki: 2000-2500 kalori Wanita: 1600-2000 kalori Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu? Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan. Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia?
Kategori:Kuih Muih
Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
Popia goreng (satu) = 130 kalori
Popia basah (satu) = 95 kalori
Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
Karipap (sebiji) = 130 kalori
Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
Kategori: Lauk Pauk
Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori
Kategori: Makanan Rutin
Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
Roti putih (2 keping) = 156 kalori
Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori
Kategori: Makanan Segera
Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
Nugget ayam (satu) = 60 kalori
Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
Burger keju (satu) = 425 kalori
Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
Kategori: Buah-buahan
Tembikai (sepotong) = 20 kalori
Betik (sepotong) = 45 kalori
Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
Durian (5 ulas) = 64 kalori
Limau (sebiji) = 42 kalori
Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
Nenas (sepotong) = 59 kalori
Epal (sebiji) = 63 kalori
Ciku (sebiji) = 44 kalori
Mangga (sebiji) = 103 kalori
Kategori Minuman
minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
minuman kotak 250g = 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
aiskrim 2 skop= 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
mentega 2 sudu teh = 75 kal
keju chedar 1 keping =58 kal
Teh tarik = 120 kal
Kopi susu = 120 kal
Teh O = 20 kal
Bagaimana untuk bakar kalori? Tingkatkan
aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta,
bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer
kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti
seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!
Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan? Kalori
yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang
Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg
beraktiviti selama sejam. 1) Menonton TV = 40 kalori 2) Berjalan pantas = 300 kalori 3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori 4) Mengemas rumah = 240 kalori 5) Berkebun = 320 kalori 6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori 7) Berbasikal statik = 380 kalori 8)Erobik = 405 kalori 9) Ping Pong = 280 kalori
Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq
Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa
tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah
tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan
keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu? Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah
tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si
pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si
penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah
tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan
segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. - Sumber :Internet
Moral : Syukuri apa yang ada, jangan diungkit atau dicemuh apa yang tiada/kurang
“Saya tidak tukar agama,
bukan seperti apa yang dilaporkan. Saya lahir sebagai seorang muslim,
kini masih seorang muslim dan akan mati sebagai seorang muslim. Tidak
akan ada apa yang akan merubah kepercayaan saya” - Ariff Alfian Rosli
Saat membaca pengakuan Ariff Alfia, emosi saya terasa berapi. Sanggupkah dia mengaku setia dengan Islam dalam masa yang sama mencemarkan agama suci ini dengan perbuatan yang dilaknati agama?
Tidak sedarkah dia orang-orang kafir bertepuk gembira kerana umat Islam sendiri sudah terjerumus dan lemas dalam seksualiti terbuka yang selama ini mereka agungkan.
Tidak tahukah dia homoseksual mahupun lesbian telah disepakati ulama sebagai haram tanpa seorang pun ulama berselisih tentang keharamannya itu?
Tidak terasakah dia betapa luluh hati dan jiwa ibubapa yang melahir dan membesarkannya siang dan malam? Anak yang dianggap umpama sinar kehidupan yang akan pulang dengan kejayaan, menconteng arang ke muka mereka, malah mengguris hati seluruh umat Islam ~ iaitu melakukan perbuatan menjijikkan yang dilaknat Allah dan dibenci oleh Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang paling
aku takuti (menimpa) umatku adalah perbuatan kaum Luth” (riwayat Ibnu
Majah).
Daripada Ibn Abbas berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Allah
melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (beliau mengulanginya
sebanyak tiga kali)”. (riwayat al-Nasa’i dalam al-Sunan al-Kubra
IV/322 No. 7337)
Kisah Arif Alfian mungkin antara satu dari banyak lagi kesongsangan fitrah dalam masyarakat Islam kita. Sama-samalah kita mengingati dan mengambil iktibar kisah di saat Allah menterbalikkan bumi warga Sadum (negeri kaum Luth). Bumi
itu dijulang tinggi ke langit dan diterbalikkan bahagian yang atas ke
bawah, yang bawah ke atas, lalu dihempas sekuat-kuatnya ke dasar bumi.
Hancur berkecailah kota Sadum dan turut terkuburlah sama para pengamal
homoseks di perut buminya.
Kemudian kawasan itu dihujani pula oleh batu-batu daripada tanah yang
terbakar dengan bertubi-tubi. Dan di dataran itu jugalah akhirnya
terbentuknya sebuah lautan yang digelar sebagai `Laut Mati`. Ia
adalah lambang kebesaran kerajaan Tuhan, juga sebagai tanda keadilan-Nya
di dunia lagi agar manusia sentiasa mengagungkan dan membesarkan
syariat-Nya.
"Relationship
between husband and wife is like the relationship between the hand and
the eye. If the hand gets hurt, the eye cries, and if the eye cries the
hand wipes its tears."
Sajian sampingan untuk hari ini ~ telur dadar sosej. Telur dadar adalah masakan ringkas kegemaran semua. Ia cepat dan mudah disediakan. Ada banyak cara menjadikan telur dadar anda lebih meriah dan lazat. Antaranya ialah dengan menambah sosej dan sayur-sayuran di dalamnya. Sangat sedap sehinggakan anak-anak makan begitu sahaja tanpa nasi.
Bahan-bahan :
4 biji telur
1 biji bawang Holand
1 biji tomato
1 biji cili merah
2 batang sosej
Daun bawang
Daun sup
Sedikit lobak merah
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya :
Pukul telur dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam
Bawang dan tomato dipotong dadu kecil-kecil
Hiris cili merah, daun bawang, daun sup dan lobak merah
Hiris sosej nipis-nipis (agar mudah masak)
Campurkan semua bahan dan kacau rata
Goreng dalam kuali non stick dengan sedikit minyak atas api yang perlahan agar sosej masak secukupnya.
Video seumpama ini pernah kami tayangkan pada sambutan Maulidur Rasul yang lepas. Dengan suara lunak dan sayu yang dilantunkan seorang pelajar, seluruh dewan sekolah hening dan sunyi. Kelihatan beberapa orang guru menitiskan air mata. Sungguh, saya sendiri terpukau dengan situasi tersebut, lebih-lebih lagi kebiasaannya pelajar-pelajar tidak betah berlama-lamaan dalam program ceramah dan keagamaan seperti ini. Tapi kali ini, suasana cukup berbeza.
Saya kongsi sebahagian dari video tersebut (part2)
Mengenal Nabi adalah dengan
banyak membaca sirah perjalanan hidupnya yang tersurat dan tersirat.
Kita pelajari bagaimana hidup Nabi dan kita akan temui kehidupan yang
cukup luar biasa untuk dicontohi
2. Berselawat ke atas Nabi
Selalu berselawat ke atas Nabi dan memberikan kesejahteraan kepadanya. Dengan berselawat kita akan selalu mengingati Nabi dengan banyak menyebut mengenai Nabi akan melahirkan cinta pada Nabi
3. Mengikuti sunnah dan cara hidupnya
Kita ikut cara hidup Nabi dalam
bentuk dirinya, cara hidup Nabi dalam keluarga, cara hidup Nabi dala
masyarakat, sunnah Nabi dalam bentuk kenegaraan dan sampai kepada Ummah
sekeliannya
4. Membuat amalan disukai Nabi
Antara perkara yang Nabi suka ialah menjaga, memelihara dan meraikan anak yatim, memberi makan orang yang susah, membantu orang kesempitan, menyampaikan hajat muslimin dan menasihati orang yang lupa
5. Menghindari perkara yang Nabi benci
Antara perkara yang Nabi benci ialah syirik, menentang sunnah baginda dan berbohong di atas namanya
6. Menyampaikan dari Nabi kepada orang lain.
Kita menyampaikan apa yang disampaikan oleh Nabi pada orang lain. Ia disebut sebagai berpesan-pesan sesama muslim.
7. Mendampingi penggantinya
Iaitu mendampingi alim ulama dan mendampingi para Daie (para pendakwah)
8. Berdoa
Mendoakan Nabi, ahli keluarga dan sahabatnya. Berdoa supaya kita direzekikan mencintai Allah dan Rasulnya
Inilah lapan cara bagaimana
ingin mencintai Nabi. Orang yang mencintai Nabi adalah orang yang layak
mendapat syafaat dari baginda.
Memasak selalu dikaitkan dengan kasih sayang. Contohnya, seorang ibu akan memasak tanpa jemu untuk memastikan anak-anak tidak kelaparan dan akan mendapat khasiat dari masakannya. Seorang isteri selalunya menambat hati suami dengan masakannya. Sedar atau tidak, kuasa masakan adalah sungguh besar. Ia umpama penyatuan jiwa. Kata orang, memasaklah dari hati maka akan berbekas di hati insan yang merasa.
Memasak adalah hobi saya, biarpun tidak sepakar mana. Jadi, kehadiran program realiti Masterchef Malaysia memang kena dengan minat saya. Berbanding Masterchef edisi negara luar, Masterchef Malaysia lebih dekat di hati dari aspek bahan-bahan yang digunakan terutamanya. Sekarang jika ada kelapangan, pasti saya akan menonton. Suami dan anak-anak pun turut sama. Banyak yang saya belajar dari chef terkemuka mahupun dari kreativiti dan bakat peserta. Sedikit sebanyak ada juga yang dah diaplikasi di dapur sendiri. Jurinya, pastilah suami dan anak-anak.:)
Cuaca agak baik hari ini. Matahari memancar terang. Saya dan keluarga mengambil peluang bersantai di Pantai Mangkuk. Berbanding pantai-pantai di sini, Pantai Mangkuk belum pernah kami jejaki biarpun sudah menghuni di sini hampir 4 tahun. Namanya memang unik. Saya tidak pasti pula apa kaitan "mangkuk" dengan asal-usul pantai ini. Mungkin bersempena nama Kg Mangkuk iaitu kampung di pinggir pantai ini.
Pantai Mangkuk terletak bersebelahan Pantai Penarik, Pantai Rhu Sepuloh, Pantai Bari dan Pantai Merang di daerah Setiu, Terengganu. Pantai-pantai ini masih cantik dan terpelihara dengan keindahan alam semulajadi. Kalau tak silap penggambaran filem (Bunohan) pun dibuat di salah satu pantai di sini.
Maaf, gambar kurang jelas, guna hp.
Ada dua perkara yang menarik perhatian saya selain dari keindahan pantainya. Pertamanya, pokok rhu pantai yang tinggi berbaris, sungguh cantik mata memandang. Mengingatkan saya salah satu sudut di Al Muntazah Park, Iskandariah, Mesir.
Dibarisi pokok-pokok rhu pantai
Kedua, Terrapuri Resort yang terletak tidak jauh dari pantai. Resort yang dilengkapi dengan chalet rumah-rumah tradisi/lama yang diambil dari serata Terengganu dan dinaiktaraf dengan sempurna. Tak percaya? Cuba klik sini. Kalau berminat untuk sebuah percutian yang sunyi dan jauh dari kesibukan kota, berkunjunglah ke sini.
Jangan tiru perangai lampu
menerangi orang lain
tetapi dirinya sendiri terbakar
tetapi contohilah perangai bulan
tiap kali bertentangan dengan mentari
ia mendapat cahaya baru
Setelah hampir 2 minggu cuti sekolah berlalu, saya baru benar-benar merasa nikmat bercuti. Kelmarin, semester 4 pengajian sarjanaku melabuhkan tirainya. Saya melepaskan nafas yang teramat lega, terasa bebanan di bahu hilang serta merta. Indah sungguh perasaan itu.
Berbanding paper Statistik tempoh hari, hati lebih tenang menjawab untuk paper Interactive Technologies, cuma masanya agak lama. Bayangkan kami melalui ujian hampir 5 jam. Bermula jam 5 -6 petang, kuiz secara online berkaitan teori dijalankan. Masa ditetapkan selama 1 jam dan jawapan kami akan submit secara automatik apabila waktu berakhir. Markah terus dipaparkan. Alhamdulillah, saya hanya gagal menjawab 3 soalan dengan betul daripada 38 semuanya.
Ujian hands on pula terus bersambung selepas kuiz. Kami diberikan 5 soalan yang mengandungi sub-sub soalan di dalamnya. Semuanya adalah berkisarkan pembelajaran buku The Design Collection Revealed yang pernah saya ceritakan sebelum ini. Berasap juga mahu menyudahkan semua design (rekabentuk) yang dikehendaki soalan terutamanya aplikasi Photoshop CS4.Masing-masing penuh khusyuk dan tekun, tidak berganjak kecuali rehat sebentar untuk menunaikan Solat Maghrib sehinggalah jam hampir 10 malam.
Apa-apapun, selaut syukur kepada Allah kerana memudahkan urusanku. Kepayahan tidak akan menjadi mudah kecuali dengan inayah dan pertolongan-Nya. Tawakkal dan doa adalah usaha terakhir setelah kita berusaha dan berikhtiar. Moga kejayaan mengiringi hingga ke akhirnya.
Semester 5 akan bermula Januari ini. Perjuangan harus diteruskan.