Friday, November 06, 2009

Bila Hujan Turun

Salam buat sahabat-sahabat semua..

November dan Disember cukup sinonim sebagai musim tengkujuh atau musim hujan di negeri-negeri Pantai Timur. Sejak minggu lalu, apabila Oktober sampai di penghujungnya, tanda-tanda tengkujuh sudah ada. Hujan mula turun hampir setiap hari. Kalau tidak pada siangnya maka malamnya hujan turun mencurah-curah malah disambung gerimis sampai ke pagi. Kalau nak tahu saat saya menaip entry ni pun hujan turun lebat sekali.

Hujan pagi tadi, view dr bilik saya di rumah mertuaku

Bagi saya, tengkujuh ada kenangan tersendiri. Kawasan saya bukanlah kawasan banjir teruk. Seingat saya paling teruk pun semasa banjir besar dalam tahun 80an - air sampai paras peha. Bukan main seronok lagi. Maklumlah masa tu masih lagi kanak-kanak. Mandi, berenang, mengharung air bah satu kemestian. Apalagi dilakukan bersama saudara dan taulan yang sebaya. Seronoknya sampai tak ingat dunia. Kena leter dan dimarahi baru berhenti.

Anak-anak saya juga cukup suka dengan hujan. Bila hujan turun aje, pasti minta izin untuk bermandi hujan. Biasanya kami biarkan sahaja mereka bermain dengan hujan. Tapi tengok keadaanlah, kalau hujan yang disertai kilat atau petir, kami tidak benarkan sama sekali. Mesti ada yang beranggapan, tak bahaya ke? Tak jatuh sakit ke budak-budak tu?. Biasanya kami benarkan anak-anak main depan rumah sahaja supaya senang kami memantaunya. Oleh kerana sudah dibiasakan dari kecil, mereka sukar jatuh sakit seperti demam atau selsema bila kena hujan, mungkin dah ada ketahanan badan kut..macam kita zaman kecil-kecil dulu..mana ada pantang larang bab mandi hujan ni..cuma bila dah besar sikit dah reti malu barulah tak layan semua tu..


Satu lagi bila time hujan turun ni, resepi paling best dan ialah ubi kayu rebus dicicah dengan kelapa muda atau gula. Pekena plak dengan kopi O. Tambah lagi bila hujan dan sejuk2 tu..perut lapar memanjang je..Memang terangkat! Kalau kt Kuala Terengganu ni, kalau mahu cari ubi kayu atau segala macam jenis ubi lagi boleh la berkunjung ke Kampung Batu Enam - Kuala Terengganu dekat tepi jalan Kampung Kubang Jela. Macam-macam ada. Ada ubi kayu, ubi keledek, ubi itik, ubi badak, ubi tongkol dan lain-lain.

Banyak kisah bila hujan turun ni. Itu belum masuk lagi fasa banjir. Harap-harap banjir tak berlaku dan moga-moga tiada nyawa yang akan menjadi korban dek bencana alam tahunan ini.

Sebagai manusia, seharusnya bersyukur dengan kurniaan Allah. Tapi tu la..kita ni lebih banyak merungut dari bersyukur. Lantaran hujan juga biasanya dikaitkan dengan becak sana sini, pakaian sukar kering, sukar beraktiviti luar, banjir dan sebagainya. Percayalah semua itu adalah aturan tersendiri dari Allah SWT pentadbir mutlak alam ini.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57

Hujan yang turun bagaikan mutiara,
Bekilau bersinar bekerdipan,
Subur menghijau bumi tebentang,
dan bayu berpuput lembut.



Sampai bertemu. Nanti kita bicara pasal hujan lagi..



9 comments:

mamaarifakeemaisy said...

ha'a musim tengkujuh kan skrg.. waa tengok pic2 tu teringat tul ngn kampung la! nak la balik kampung... ;P

Ummu Ammar said...

Mamalieyna..

Macam saya gak..mana2 pergi suasana kampung la paling indah dan tenang sekali..

Jom Balik Kampung!

gyan MD said...

salam..

antara nikmat yg Allah berikan ialah hujan. & yg best yg hadir bersama hujan ialah nyaman & bau hujan yg ...eerrmmhh.. best.

try dengar & amati bunyi & bau ketika hari hujan..
subhanallah.. bestnya. esp. bila hujan ditengah mlm..

Ummu Ammar said...

Salam myself..

Saya pun sebenarnya suka sgt hujan. Hujan ni membuatkan jiwa jadi sejuk dan tenang..

gyan MD said...

& yg paling best bila hujan ialah...

leh MANDI HUJAN!!! huhu.. bestt..
itu zaman budak2 dulu laa..
hehehe

Hamizah said...

salam, pah..
hujan ke panas ke..semuanya anugerah Ilahi..syukur padanya..

Ummu Ammar said...

Mizah..

Betul tu..panas hujan, siang mahupun malam dlln adalah nikmat yg tersembunyi rahsianya yg tersendiri..Syukur Alhamdulillah..

Kt Australia dah msk winter ke?

yatie chomeyl said...

teringat plak kat kg halaman yg selalu banjir musim2 camni. aiseh..rindu nak main air banjir..

Ummu Ammar said...

Yatie chomeyl,

Mesti kecik2 dulu suka main air banjir ni..akak pun sama..

Satu yg indah utk dikenang..kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...