Monday, November 09, 2009

Tentang Dia

Salam sedingin dan setenang angin tengkujuh buat semua..

Biasanya saya akan silent mode handphone bila time masuk kelas apatah lagi bila time peperiksaan macam hari ni. Sebab saya tak suka bila phone berbunyi masa mengajar. Saya terganggu. Dan saya rasa pelajar saya turut terganggu.

Bila habis kelas, saya aktifkan balik phone dan saya ada 4 missed calls dari suami saya. Alamak..mesti kena sound ni..kalau dah 4 missed calls, mestilah ada perkara penting. Saya call balik suami saya. Segera diangkat. Salam dihulur dengan lembut dengan harapan tak kena marah. Suara yang menyahut bukan milik suami saya, tapi suara comel si Ammar.

"Ummi, dah banyak kali Ammar telefon Ummi tadi..Ummi gi mana?," pandai dia mengomel. Mesti ada perkara penting nak dikhabarkan. Jarang dia bersikap macam tu.

"Ummi ada kelas tadi, ni abang nak bagitau apa kat ummi..beria-ria benar.." Khabar disampaikan dengan ceria sekali. Sebenarnya apa yang dikhabarkan pada saya, sudah saya tahu lebih awal dari suami awal pagi tadi. Ammar dapat tempat pertama dalam kelas prasekolahnya dan akan menerima hadiah dalam majlis penyampaian hadiah kecemerlangan minggu hadapan.

Dia berkongsi markah yang sama dengan seorang budak perempuan kat kelas dia. Menurut suami saya yang juga guru di sekolah itu, mungkin cikgunya akan bagi ujian ringkas untuk menentukan mana yang terbaik antara mereka berdua. Tak kisah la, tempat pertama atau kedua. Sebagai ibu saya sudah cukup berbangga. Ini first achievement dalam pelajarannya. Permulaan yang cukup baik. Harapnya berterusan sampai bila-bila. Insya Allah.

Saya sebenarnya tidak menjangkakan Ammar dapat focus dengan baik dalam pelajarannya. Semua paper dapat 100% kecuali paper Sains 99% dan Matematik 98%. Ammar sejak lahir adalah anak yang sangat aktif - tak duduk diam. Ada perkara yang nak dibuatnya. Banyak yang nak dicuba. Jatuh, cedera, luka-luka itu perkara biasa. Banyak perkara yang berlaku dalam usianya 3-4 tahun terutamanya. Memang memenatkan menjaga dia masa tu.

Masih saya ingat kalau pergi berjalan atau shopping kat mana-mana, dia tak mahu dipegang-pegang. Bila dibiarkan, hilanglah dia. Pernah hilang kat supermarket ( nasib baik bukan kat mall ). Panik seketika saya dan suami bila sedar dia tiada di sisi. Ammar pula bila dia tak jumpa kami, meraung la dia kuat-kuat..nasib baik.!.so senang la kami cari arah untuk mencarinya. Kat kedai kain Jakel Segamat, pernah hilang juga. Sebab main-main sembunyi celah kain dengan adiknya. Macam-macam lagi la ragamnya. Nak cerita kat sini tak habis punya.

Pernah ada yang mengandaikan dia anak hyperaktif, sesuatu yang agak merisaukan saya dulu sebab anak hyperaktif ni dikategorikan sebagai kanak-kanak istimewa yang perlu diberi perhatian khusus. Kakak saya sendiri pun pernah kata.." Ammar ni kalau sekolah nanti camne ye...".Sebenarnya saya pun terfikirkan perkara yang sama! Bagi mengatasi masalah keaktifannya, saya banyak mengkaji tentang anak-anak aktif dari sudut pemakanan, pendidikan @ tarbiah, emosi dan sebagainya melalui pembacaan buku-buku, majalah atau bahan-bahan ilmiah dari internet. Selain tu sebelum tidur, saya amalkan baca ayat 1-5 surah Tooha dan doa pelembut hati dan tiupkan pada ubun-ubun anak-anak saya.

Bila dia dah masuk 5 tahun kami masukkan dia ke kelas prasekolah di sekolah Abinya. Senang untuk Abi memantau perkembangannya. Bila cikgu laporkan cerita kenakalannya kat sekolah. Siap kena marahlah dia kat rumah. Bila dah penghujung tahun, ada perkembangan positif bila saya lihat dia dah slow down sikit. Alhamdulillah.

Usia 6 tahun, masih kat prasekolah. Dia makin matang dan sudah banyak perkembangan positif dari sudut kognitif, emosi dan sudah tentuk jasmani... kuat makan! Hari ini satu catatan manis buat saya sebagai seorang ibu, walaupun nampak kecil, kerisauan saya dulu bertukar harapan. Harapan semoga dia akan membesar sebagai anak yang soleh, pintar, beriman dan berguna buat keluarga, agama, bangsa dan negara
. Insya Allah.

Buat ibu-ibu yang ada anak-anak yang aktif, nakal atau degil, untuk melembutkan hati mereka ada tips berguna di bawah:
  1. Baca doa pelembut hatiاللَّهُم لَيِّنْ قَلْبَه / قلبها كَمَا لَيَّنْتَ الحَدِيدَ لِدَاوُودَ عَلَيهِ الصَّلاة وَالسَّلام : :
  2. Bacalah surah Thoohaa ayat 1 hingga 5
    • Caranya:
      Bacalah ayat di atas semasa anak kita tidur.
      Hembuskan perlahan-lahan ke dalam hidung semasa anak menarik nafas dalam lena. Ulanginya beberapa kali @ seberapa mampu.
  3. Bacalah surah Al-Hash ayat 21 hingga 24
    • Caranya:
      Baca dan tiupkan pada ubun-ubun anak kita sambil berdoa semoga anak-anak kita dilembutkan hati.

:
Selamat Mencuba. Sampai bertemu lagi.


15 comments:

Nida n' Hanafi said...

Tahniah buat si kecil.. semoga terus berjaya..aminnnnnn.

p/s: pernah dapat berbelas miss call dari suami.. tak sedar hinggalah suami menjemput pulang dari sekolah,masa tu muncung je mulut suami..hehe

Unknown said...

salam ummu..
begitu ler ragam anak2 kan , anak akak 5 org maka 5 ler ragam nya, kdg2 memang terasa penat melayan tp seronok tengok anak membasar depan mata, mudah2an anak2 kita semua mjadi anak2 yg sejuk mata memandang.soleh dan solehah ....

Nur Asna said...

Tahniah! tak tahulah macammana dgn Najwa & arif..akak begitu risau..kadang2 sampai tak lena tidur..dia begitu rajin masa kat M'sia dulu esp kelas fardu ain...tapi bila ke sini dia mcm shock..tak faham org cakap apa..selalu kena ejek..hilang semangat..kesian..bila akak kenangkan memang terus je "nok berair mata"..akak pun kesian nak paksa najwa pakai tudung..takut dia rasa tak selesa kt sekolah (dia 2 org je yg Islam & melayu kat sek tu)..akak rindukan Najwa pakai tudung mcm dulu..entahlah..doakan kami tetap tabah....

Ummu Ammar said...

Salam Nida..

Tq Nida..sama2 kita didik anak2 kita sebaiknya..

Hihihi..Saya pernah kena marah sebab missed calls - sampai mrajuk2dgn suami...

Lama2 dia faham..kalau saya tak angkat ..maksudnya ada kelas la tu

Ummu Ammar said...

Kak ummihumaira..

Saya tabik ngan akak..membesarkan 5anak penuh dedikasi..saya baru 2 pun sudah terasa penatnya..

Tapi tu la..penat tapi membahagiakan..anak2 sangat menenangkan jiwa.anugerah Allah tak terhingga..kan?

Ummu Ammar said...

Kak Asna..

Saya pun nak berair mata baca coretan akak ni..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..

Besar cabaran tu kak..akak kena mempunyai kekuatan yg luar biasa dr sudut fizikal dan mental supaya anak2 akak mndpt kekuatan dr situ..

Bagi saya najwa dan arif dalam peringkat permulaan perubahan..normal utk mrk merasa tkejut & tertekan dgn suasana..lama2 saya yakin mrk boleh adaptasi dgn baik..InsyaAllah..agaknya anak2 Nida camtu gak dulu...kut?

Insya Allah, 3 thn x lama kak..harungi dgn kesabaran & kekuatan dgn bantuan Allah SWT..saya dakan moga akak berjaya

Ummu Ammar said...

Kak Asna..

Saya pun nak berair mata baca coretan akak ni..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..

Besar cabaran tu kak..akak kena mempunyai kekuatan yg luar biasa dr sudut fizikal dan mental supaya anak2 akak mndpt kekuatan dr situ..

Bagi saya najwa dan arif dalam peringkat permulaan perubahan..normal utk mrk merasa tkejut & tertekan dgn suasana..lama2 saya yakin mrk boleh adaptasi dgn baik..InsyaAllah..agaknya anak2 Nida camtu gak dulu...kut?

Insya Allah, 3 thn x lama kak..harungi dgn kesabaran & kekuatan dgn bantuan Allah SWT..saya dakan moga akak berjaya

Hamizah said...

salam pah,
tahniah Afiq..harap terus menjadikan impian ummi dan abi jadi kenyataan..

Ummu Ammar said...

Syukran Mizah..

Moga Danish dan Danial begitu juga..mesti terror speaking nanti..

mamaarifakeemaisy said...

Alhamdulillah..sejuk perut ibu mengandung! :)..Terima kasih sudi kongsi2 ilmu, anak saya kecik sesangat lagi, so taktau dia nnti akan mcamana..apapun hopefully akan jd anak soleh dn bijak pandai! mmg bersyukur sgt kalo dpt anak camtu!
*Tahniah utk si Ammar yg bijak itu!

Ummu Ammar said...

Mamalieyna..

Thank you..saya doakan Arif pun akan membesar dgn baik dan menjadi anak soleh..

Tgk rupa si Arif pun ada ciri-ciri anak yg bijak..Insya Allah

Sama-samalah kita didik anak kita sebaiknya krn mrklah pencorak generasi masa depan..

Unknown said...

salam akak,tahniah buat ammar yg bijak tu..semoga ank2 sy juga berjaya spt ammar suatu hr nnt..tip2 yg akak turunkan tu moga dpt sy praktikkan nnt,insyaallah..

Ummu Ammar said...

Salam ibunafis..

Terima Kasih. Ammar baru bermula sebenarnya..harap dia semakin meningkat..dan tidak setengah jln shj..

Insya Allah, akak doakan anak2 ibunafis semua bjaya juga..di dunia dan akhirat..Amin.

Nadiah Sidek said...

alhamdulillah...tahniah! mesti seronok bila dpt tgk perkembangan positif anak2 :)

Ummu Ammar said...

Salam Nadiah..

Memang seronok..Nadiah pun sedang mengalaminya kan?

Hari2 mesti ada benda2 baru yg berlaku....teruja dan seronok walaupun kdg2 memenatkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...