Tuesday, November 24, 2009

Cuti Yang Bermakna



Salam buat sahabat-sahabat semua..


Akhirnya cuti sekolah yang ditunggu-tunggu tiba jua. Bukan setakat para pelajarku dan anak-anak seronok kerana dapat cuti. Cikgu dan ummi mereka pun apa kurangnya. Part cuti ni lah yang paling istimewa apabila anda memilih kerjaya sebagai guru. Satu bulan setengah tempoh yang agak lama. Banyak yang sudah dirancang dalam kepala saya ni. Perancangan cuti untuk diri sendiri, keluarga, anak-anak malah untuk pelajar-pelajar saya bagi sesi tahun depan.

Masa untuk menjadi surirumah sepenuhnya

Surirumah sepenuhnya. Cita-cita yang tak mungkin tercapai kecuali saya resign dari kerjaya sekarang atau hanya mampu dilakukan sepenuhnya ketika cuti sekolah. Kadang-kadang jeles rasanya bila melihat kakak-kakak, jiran mahupun rakan yang menjadi surirumah sepenuhnya. Masa banyak dihabiskan menguruskan rumahtangga dan anak-anak membesar sepenuhnya di depan mata.

Sedangkan ibu dan isteri yang bekerja macam saya terpaksa berkejar-kejar ke sana ke mari. Alangkah indahnya kalau dapat stay kat rumah mencuba resepi-resepi baru, menunggu suami dan anak-anak pulang dari sekolah mahupun mengemas dan menghias rumah agar kemas sepanjang masa. Anak-anak tidak perlu dihantar ke taska atau ke rumah pengasuh tetapi ditangani sendiri penuh kasih sayang. So, harap cuti ini bermakna buat saya kerana inilah masa untuk menqada' semula tanggungjawab seorang suri dalam hidup suami dan anak-anak saya.

Masa untuk bersama anak-anak

Bila bekerja, waktu bersama anak-anak sangatlah terhad. Awal pagi sudah ke sekolah dan kadang-kadang lewat petang baru boleh bersama mereka. Saya bercadang cuti kali ini untuk sepenuhnya bersama anak-anak. Melakukan aktiviti bersama-sama. Ingatkan nak bawa mereka pergi bercuti tapi keadaan sekarang sangat tidak mengizinkan dengan hujan dan banjir sana-sini, so aktiviti banyak dilakukan di rumah jelah..memantau perkembangan pelajaran mereka dgn buku kerja yg dibeli, menghabiskan bacaan Al Quran paling kurang 1 juzuk setiap seorang mahupun bersama-sama melakukan aktiviti kegemaran mereka yang lain..

Masa untuk memanjakan diri

Siapa lagi nak memanjakan diri kita sepenuhnya kecuali diri kita sendiri kan? Cuti ni amat bermakna kalau saya dapat berehat sepenuhnya, tidak fikir langsung pasal kerja.. (kalau boleh la.). dan melakukan aktiviti kegemaran saya seperti membaca novel dan buku-buku ( yang sudah berhabuk lantaran tidak dibaca), blogging, pergi bercuti dan lain-lain lagi. Lagi bermakna waktu lapang sebegini boleh mendekatkan diri pada Ilahi sebanyak-banyaknya. Beribadah lebih khusyuk dan berkualiti. Insya Allah. Baca Al Quran, puasa sunat dan ibadah-ibadah yang lain..Oh! Alangkah damai dan tenangnya..

Masa untuk berbakti

Semestinyanya cuti ini masanya untuk pulang ke rumah ayahanda saya di Kuala Terengganu. Berbakti tika hayatku dan hayatnya masih ada. Melayan makan minum atau mencuci pakaian ayah sudah cukup membahagiakan. Apatah lagi dapat berbual dan berbicara dengan ayah buat mengubat kesepiannya selama ini. Jua tidak dilupakan menjenguk adik-adik iparku yang ditinggalkan ayah dan mak kerana mengerjakan Haji baru-baru ni..

Moga cuti kali ini betul-betul memberi makna..dan bukan sekadar hari-hari kosong tanpa erti...Insya Allah.


12 comments:

yatie chomeyl said...

slmt bercuti .. bestnye cuti lama

ASYIQ said...

Salam ziarah....salam kenal. Lompat dari blog Ummumishkah.

Saya pun suke bercuti....dapat melakukan apa yang saya tak sempat lakukan.

Nida said...

Salam Kak UmmuAmmar..

Memang seronok jadi surirumah sepenuh masa ni.. paling seronok bila dapat sediakan juadah untuk mereka setiap hari.. rasa puas bila mereka makan makanan hasil dari air tangan kita.. Tapi yang tak seronoknya, part gaji ler.. org lain semua ada gaji.. surirumah ni terpaksa ler harap bantuan suami.. :-)

QuEeN Of 2 Heroes said...

bestnya dapat cuti lelama...selamat bercuti ^_^

mamalieyna said...

selamat bercuti..semoga cuti2 yg penuh memberi makna ye..bestnyerr.. ^_^

Nadiah Sidek said...

selamat bercuti & slmt menghabiskan masa dgn keluarga :)

ummumishkah said...

ni jeles ni... huhuhu
happy holiday ammar and afiq!

Ummu Ammar said...

Yatie..thanks! Moga ceria selalu dgn baby SN dan mr hubby..

Asyiq..

Salam kenal juga...

Wah! terernya dia lompat2..terus landing dgn selamat kt blog ni..

Selamat bercuti gak buat Asyiq..

Ummu Ammar said...

Nida..

Setuju sangat..bila masak dan diaorg suka mkn apa yg kita msk, rasa puas sangat..penat pun takpe..

Pasal gaji tu..hmmm..setuju..bila bergaji ni rasa lebih yakin dan puas sbb kdg2 benda yg kita nak untuk diri atau ank2 kita dapat..lgpun bleh bantu suami utk mantap ekonomi our family..

Apa2pun alhamdulillah..rezeki Allah kt mana2..jd surirumah pun kalo kreatif & inovatif dpt income gak..

Ummu Ammar said...

Nadia..

Thanks! Slmt brcuti Raya Haji juga..dgr citernya Dungun banjir teruk thn ni..betul ke?

Ummu Ammar said...

Nadiah..

Syukran..slmt beraktiviti bersama kluarga buat Nadiah juga..

Mamalieyna..

Memang best cuti lelama ni..slmt bcuti Raya Haji buat mamalieyna..:P

Ummu Ammar said...

Che Sue..

Skrg ni dah ada kt K Trg..tinggalkan Setiu smentara waktu..

Bdk2 tu seronok betul dpt bcuti dan x payah pergi sekolah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...