Wednesday, November 11, 2009

Pesona Cleopatra



Salam mesra buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entry ini..

Seorang rakan bertanyakan saya tentang siapakah sebenarnya Cleopatra yang diagung-agungkan pencinta kecantikan meskipun kewujudan Cleopatra sudah berkubur ribuan tahun dahulu. Kecantikannya diceritakan penulis-penulis dalam tulisan mereka, juga digambarkan dalam filem-filem, opera mahupun drama. Film “Cleopatra” yang dibuat pada tahun 1963 menampilkan aktres paling cantik pada masa itu, Elizabeth Taylor. Filem berkaitan yang dibuat sebelumnya, seperti “Antony and Cleopatra” dan "Cleopatra, The Queen of Egypt”. .

Cleopatra edisi Elizabeth Taylor

Teringat pula saya pada novelis Ayat-Ayat Cinta : Habibur Rahman El Sharazy dalam novelnya "Pudarnya Pesona Cleopatra" menggambarkan obsessi watak hero dalam cerita tersebut yang tergila-gilakan kecantikan wanita2 Mesir yang persis Cleopatra sehingga menutup mata hatinya pada Raihana sang isteri yang
solehah lagi setia dan jelita.Segala-galanya tentang Cleopatra dan kecantikan!

Saya pun tak arif sangat tentang sejarah Cleopatra kerana saya beranggapan ia tidak begitu penting untuk saya mengetahuinya secara mendalam. Meskipun begitu, sedikit sebanyak tahu la jugak
melalui pembacaan tentang sejarah Cleopatra. Saya juga pernah melawat beberapa tempat yang berkaitan dengan Cleopatra semasa menuntut di Mesir dulu seperti Ain Cleopatra ( Perigi/Kolam Cleopatra) dan Pantai Cleopatra yang indah sekali di Matrouh, Mesir

Pantai Cleopatra


Cleopatra adalah keturunan Ptolemy yang berdarah Yunani, dan berasal dari Macedonia. Dia mampu bertahan dalam keluarga, dimana adik-beradiknya saling bunuh - membunuh untuk meraih kekuasaan. Cleopatra adalah nama Macedonianya, sedangkan nama takhta Mesirnya adalah Netjeret Mer-it-es yang bermaksud ‘dewi kesayangan ayahnya’.


Cleopatra dinobatkan menjadi ratu pada usia 18 tahun. Dia berkahwin dengan adiknya yang baru berusia 12 tahun, yang kemudian menjadi raja. Konsep incest (menikahi saudara kandung) merupakan kebiasaan pada masa itu dalam budaya Mesir, kerana sebagai Pharaoh mereka dianggap keturunan dewa, dan dewa hanya boleh berkahwin sesama dewa sahaja.


Sewaktu naik takhta, Cleo menerima simbol pharaoh, iaitu tongkat keemasan, cemeti, dan tongkat kerajaan. Dia mengenakan jubah linen dan pakaian kulit rasmi. Pita emas yang disebut uraeus melingkar di kepalanya, memperlihatkan ular kobra – ular penjaga bangsa Mesir.


Gambaran Cleopatra oleh seorg pengukir patung Yunani


Cleopatra ialah Ratu Mesir yang digambarkan mempunyai kecantikan tiada tandingan. Selain kecantikan luaran Cleopatra dikatakan mempunyai kecantikan dalaman . Dia dapat berbicara dalam sembilan bahasa. Otaknya tajam. Karismanya kuat. Kebijaksanaannya mengagumkan. Cleo berpendidikan tinggi, dan memiliki keyakinan luar biasa sejak kecil. Gabungan kecantikan luaran dan dalaman inilah yang digunakan untuk menyelamatkan Mesir dari dikuasai oleh kerajaan Romawi. Cleopatra menyebabkan tiga pemimpin Romawi iaitu Julius Caesar, Mark Anthony dan Octavianus bertelingkah dan bermusuhan antara satu sama lain.

Pada masa itu, kerajaan Romawi bercita-cita untuk menguasai Mesir, negeri yang kaya dan subur. Cleopatra selaku ratu Mesir, berusaha sedaya upaya untuk melindungi Mesir dari penguasaan Romawi. Cleopatra mengetah ui bahawa tentera Mesir yang ada tidak akan mampu melawan kekuatan tentera Romawi. Maka Cleo mendekati panglima tentera Romawi, Julius Caesar. Caesar terpikat dan jatuh cinta setengah mati kepada Cleo. Dia berkahwin dengan Cleo, meskipun Caesar sudah mempunyai isteri di Romawi bernama Calpurnia. Kerana cinta dan kekagumannya kepada Cleo, Caesar membiarkan Cleo tetap menjadi ratu di negerinya sendiri.


Setelah Caesar dibunuh oleh kabinet Romawi, Cleo merasa harus mencari pelindung lain supaya dia terus kekal menjadi ratu di Mesir. Sasarannya ialah Mark Antony, teman seperjuangan Julius Caesar. Antony adalah kapten pasukan tentera Romawi yang mengawal seluruh wilayah Mediteranian.

Sebagaimana Julius Caesar, Mark Antony cair berhadapan Cleopatra. Ia menjadi kekasih Ratu Mesir itu, dan lebih suka tinggal di istana Cleo daripada mengurus pasukan tenteranya atau berperang untuk menaklukki jajahan baru. Pewaris Caesar, Octavianus, sangat marah, dan bersama tentara Romawi Octavianus berniat menyerang Cleopatra dan Antony di Mesir. Antony kalah dalam peperangan di Actium, dan akhirnya memutuskan untuk bunuh diri dengan meminum racun.


Setelah kematian Antony, Cleopatra merasa dirinya tidak mampu mempertahankan Mesir dari serangan Octavianus. Dia tidak sanggup melihat negeri yang dicintainya bakal dihancurkan Romawi. Dia juga tidak sudi dijadikan tawanan oleh Octavianus dan diarak dalam kehinaan di hadapan rakyatnya sendiri. Maka ketika pasukan Romawi tiba di Mesir, Cleo mengakhiri hidupnya dengan membiarkan ular Asp - kobra, yang sangat beracun menggigit tubuhnya.


Cleopatra meninggal dengan mahkota masih berada di atas kepalanya. Dia tak pernah kehilangan takhtanya. Dia lebih suka mati daripada jatuh ke tangan lelaki yang akan menghina dan meragut takhta ratu dari dirinya. Begitulah tragisnya lagenda Cleopatra yang dianggap antara wanita yang mampu meruntuhkan sebuah kerajaan kerana pesonanya.

Sedikit info ini harap dapat dikongsi bersama dan diambil pengajaran disebaiknya.

I





9 comments:

Nida n' Hanafi said...

Salam,

saya pernah terbaca bahawa Cleopatra menggunakan susuk benang emas ke mukanya, sebab itu beliau kelihatan sentiasa anggun. Susuk pada zaman ini diambil daripada sejarah cleopatra..

Ada juga sejarah mengatakan bahawa cleopatra tidak secantik mana, rendah dan gempal, tapi beliau bijak berkata2 yg membuatkan ramai lelaki yg cair padanya... :-)

mamaarifakeemaisy said...

Begitu al-kisahnya, baru tau..TQ kongsi2 ilmu..

Tak suke sejarah..hehe..tp kena ambk tau jugak sejarah2 yg pntg kan.. :)

Ummu Ammar said...

Nida..

Good info pasal susuk tu..

Saya juga ada terbaca sumber yg mengatakan Cleo tidak secantik yg digambarkan.

Menurut penulis Yunani, berdasarkan gambar Cleopatra yang terdapat pada sepuluh syiling mata wang yang dibuat pada zaman pemerintahannya, Cleopatra tidaklah cantik mana pun. Lehernya gemuk, hidungnya bengkok, telinganya panjang, dan dagunya lebar. Tinggi tubuhnya pun hanya 1.5 meter ….

Tapi kebijaksanaan dan kuasa bicara tu lah sebenarnya simbol kekuatan Cleopatra

Namun ada juga yg mendakwa gambaran yg mengatakan Cleo ini mempunyai rupa yg buruk adalah dtg dari ahli sejarah Romawi yg jelas merupakan musuh Cleo dan Mesir..dan mpunyai niat yg tdk baik dan btujuan mnunjukkan kebencian pdnya..

Ummu Ammar said...

mamalieyna..

Saya pun tak minat sejarah. Tp kena tahu sejarah. Kerana sejarahlah kita mengenali siapa kita dan fungsi kita pada psekitaran...

Dr sejarah juga kita belajar, mengambil iktibar dr kesilapan umat tdahulu seterusnya mencipta tamadun mengangkat martabat kemanusiaan agar mulia di sisi Allah..

azlina said...

salam ummu..
pertama kali akk dpt info ttg celeopatra seblm ini tak tahu apa yg akk tahu sbt kerusi jati yg di pgl cleopatra yg ada di rmh akk..akk minat membaca semua buku terutama ttng ilmu..cuma kesempatan yg terhad..tetapi dalm sebulam mesti baca 4 @ 5 buku x kira mljh atau buku..hingga kini msh mencari ilmu dunia dan akhirat...insyaallah..
trm ksh ats info ttg celeopatra tu sekurang2nya kalau org tnya ada bhn utk dijawab..

Ummu Ammar said...

Kerusi cleopatra tu ye..setahu saya design timur tengah..tak sangka plak kerusi jati pun ada nama cleopatra

Betul tu kak..hidupkan budaya ilmu di mana shj atau dgn apa cara sekalipun krn ilmu Allah SWT sgt luas sebenarnya..

teenage party games said...

Very nice post! Really impressive.....

teenage party games said...

Cleopatra was smart in appearance as well as in guile and she had beauty preparations and wore exotic perfumes and also bathed in asses milk.

Unknown said...

Boleh saya dapat pengajaran dari cerita ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...