Monday, January 25, 2010

Nil Nadi Mesir


Salam mahabah dan salam ukhuwwah..

Saya sebenarnya suka mengunjungi travelog sahabat-sahabat yang berada di perantauan serata dunia. Membaca entry mereka tentang pengalaman hidup dalam budaya dan situasi berbeza di bumi orang sangat menyeronokkan. Apatah lagi dapat melihat panorama indah ciptaan Allah di serata dunia. Sungguh menakjubkan. Kalau nak berkunjung ke sana, memang sesuatu yang agak mustahil..so apa salahnya menumpang pengalaman sahabat-sahabat.


 Nil merupakan nadi kehidupan Mesir

Sudah lama saya tidak menulis entry tentang Mesir. Kali ini saya nak mengimbau kenangan tentang Sungai Nil. Kalau anda menyusur bandar Cairo/Kaherah melalui Sungai Nil. Panoramanya sangat mengasyikan kerana sepanjang perjalanan mata leka memandang keindahan sungai Nil. 

Masih saya ingat pengalaman menaiki bot menelusuri Sungai Nil. Hotel-hotel mewah tersergam megah di sepanjang Sungai Nil di tengah kota Kaherah. Tidak lupa kapal-kapal mewah berlabuh gagah dengan irama dentuman muzik bergema. Mungkin ada pesta agaknya. Namun lain pula kalau anda menelusuri Sungai Nil di perkampungan. Anda akan dapat saksikan kehidupan masyarakat Mesir luar bandar yang sebenarnya. Kata orang Nil adalah Mesir dan Mesir adalah Nil. Saling lengkap melengkapi.

 
 Nil di celah kesibukan Kaherah

“Nil” berasal dari perkataan greek yang bermaksud lembah sungai. Uniknya, Sungai Nil membelah 9 buah negara iaitu Ethiopia, Zaire, Kenya, Uganda, Tanzania, Rwanda, Burundi  Sudan, dan sudah tentunya Egypt/Mesir. Sepanjang sungai ini, tertera sejarah yang cukup panjang, sesuailah ia digelar sungai terpanjang di dunia. Sungai ini berakhir di lautan Mediteranean.



 Menelusuri perkampungan Mesir di sepanjang Sungai Nil

Bahagian utara Sungai Nil mengalir hampir pada keseluruhannya merentasi gurun , dari Sudan masuk ke Mesir, sebuah negara yang tamadunnya bergantung kepada sungai ini sejak dari zaman purba lagi. Kebanyakan penduduk Mesir dan kesemua kotanya, kecuali kota-kota yang terletak berhampiran dengan pantai, terletak di sepanjang lembah Nil di utara Aswan; hampir semua tapak kebudayaan dan sejarah Mesir Kuno terletak di sepanjang tebing sungai ini.
 
Kini sungai Nil adalah simbol kepada peradaban manusia. Satu hakikat yang tidak boleh dinafi bahawa air adalah sumber kepada ketamadunan. Kerajaan Mesir bermula di lembah sungai Nil. Pada mulanya ia adalah kawasan pertanian dan secara perlahan-lahan membentuk wilayah-wilayah kecil di pinggir sungai. Pada 3200 S.M, Firaun Menes telah menyatukan wilayah-wilayah ini menjadi kerajaan Mesir dan era dinasti pun bermula.
 
Nil dan Kaherah tetap dalam kenangan. Kalau ada peluang pasti akan saya jejakinya lagi..


11 comments:

yatie chomeyl said...

teringin nak kesana. dulu nak pergi jln2 jumpa kwn kat sana tp arwah ma tak bg g sorang2 sbb dia ckp org arab kasar. klu nk g kena g dgn kwn ramai2 or dgn suami huhuhu. insya Allah 1 hari nanti nk jejak ke sana jugak

*teringin tgk tarian gelek atas bot spnjg sg nil tu* eheh

Nadiah Sidek said...

baca blog yatie, teringin nak gi jepun. baca blog akak, teringin nak gi mesir..ehe..

Ummu Ammar said...

Yatie..

Betul kata arwah ma Yatie tu..bahaya sorg2..sebahagian org Arab ni kasar n kaki tipu..Takpe..nanti bleh ajak suami pg honeymoon lg..banyak tmpt2 romantik kt sana..

Ummu Ammar said...

Nadiah...

Akak pun sama..bila baca blog Nadiah, berangan la akak pun bleh pergi sana..bleh main salji..huhuhu

Nurul Izza said...

iza mmg nak sgt g jepun.jeles tgk yatie memain dgn org nihon.bc entry ni.nk pulak g mesir..nak tgk sejarah peninggalan firaun..huhu~~

Ibuhani said...

cantik perkampungan Mesir tu......org2 sana umah mrk mmg x der atap kan....

Alimaz-Kembara Terasing said...

cantiknyaaaaa....

Hamizah said...

nak ikutttt...

Ummu Ammar said...

Izza..

Kalau ada kelapangan dan murah rezeki, jgn lpskan peluang ke Perlembahan Nil ( Mesir) ye..

Kak Ani..

Camtu la rupanya rumah kalau kt perkampungan..penempatan padat..kalau kt bandar, bgnan dia cantik lg moden..

Ummu Ammar said...

Alimaz..

Yup! Panoramanya sgt mengasyikkan..

Hamizah..

Jom la..awak sponsor tiket Egypt utk saya..nanti saya jd tourist guide awk..k?

Nida n' Hanafi said...

Salam UA..

Alangkah bagusnya kalau tambang flight murah.. boleh melancong seluruh dunia..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...