Saturday, January 23, 2010

Dalam Kenanganku..


Salam mesra buat semua..

Masih terbayang raut wajahnya. Sentiasa ditemani senyuman dan keramahan pada setiap tutur katanya. Sungguh! Sepanjang hampir 20 tahun lebih mengenalinya..sedikit pun hati ini tidak pernah tercalar dengan perilaku mahupun tuturnya. Seorang yang sangat menyenangkan. Namun apakan daya, takdir dan ketentuanNya haruslah kita akuri. Siapalah kita untuk menghalang sebuah pemergian melainkan yang berhak hanyalah Dia Yang Maha Kuasa.

Khabar duka selepas subuh Jumaat semalam saya terima dari kakak saya. Kakak ipar saya, Kak Noor , isteri kepada abang saya yang no 3 menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Sayyidul Ayyam ( ketua segala hari) yang mulia ini. Sebenarnya arwah sudah dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu kerana penyakit yang dideritai 2-3 tahun kebelakangan ini. Hajat di hati ingin mengunjunginya semalam, namun pemergiaannya mendahului. 

Tatkala menziarahi jenazah di Kemaman semalam, hati amat tersentuh melihat anak-anak buah yang ditinggalkan ibu. Yang sulung berumur 20an bakal bertunang tidak lama lagi, pasti sedih melalui detik-detik berharga dalam hidupnya tanpa ibu di sisi. 

Si bongsu pula, anak keenam , baru berumur 6 tahun, walaupun nampak aktif dan riang bertemu sepupu-sepupu dan saudara mara pasti merindui kelibat ibunya nanti. Bila ditanya " Emak mana?". Pantas dia menjawab, " Emak pergi jumpa Allah.".Ya Allah..kurniakanlah ketabahan dan kekuatan buat anak-anak buahku menempuhi kehidupan ini tanpa ibu di sisi..Amin.


Kak Noor, tetap dalam kenangan saya. Keperibadian sebagai isteri, ibu, menantu dan ipar sangat saya kagumi dan pasti akan dirindui. Al Fatihah..moga damailah dirimu di sana..Al Fatihah..

Maafkan saya, bukan niat saya untuk memenuhi entry Januari ini dengan coretan-coretan sedih seperti ini.

13 comments:

Ibuhani said...

al-fatihah.......smoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT n ditmptkn bersama2 org yg beriman....

yatie chomeyl said...

sy fhm sgt perasaan anak sulung arwah sbb arwah ma sy pergi sebulan sblm majlis kawen saya. semoga anak2 arwah tabah menerima pemergian ini

Hamizah said...

pasti sedih bila si mak pergi..semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya..

Ummu Ammar said...

Kak ANi..

Insya Allah. Mudah-mudahan..Syukran atas doanya..

Yatie..

Terkedu akak baca coretan Yatie ni..Hebat dugaan hiudp Yatie rupanya..

Ummu Ammar said...

Mizah..

Kita yg tua2 ni pun dah terasa sangat2 dgn kehilangan ibu..apatah lg yg baru nak mengenal kehidupan..Insya Allah mg diaorg tabah..

Unknown said...

salam takziah buat keluarga kakak ipar ummu ammar.. semoga anak2 nya tabah

Ummu Ammar said...

Kak Yong..

Terima kasih..Insya Allah, mg ujian ini mematangkan diaorg..

Nida n' Hanafi said...

Salam..

Al-Fatihah buat arwah... setiap yang hidup akan menemuiNya suatu hari nanti, nyawa hanyalah pinjaman.... semoga roh arwah dicucuri rahmat...aminnn

teenage party games said...

Very nice life review.i am impress this story.thank you.

Ummu Ammar said...

Nida..

Insya Allah, moga arwah dicucuri rahmatNya..

teenage party games,

Thank you very much. Hope to share more with you..

Nadiah Sidek said...

inna lillah wa inna ilayhi roji'un. takziah buat seisi keluarga. moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama insan2 yang beriman..

p/s: arwah sakit apa kak sebelum ni?

Nurul Izza said...

salam akak, innalillah..
moga2 dicucuri arwahnya.alhamdulillah meninggal pada ketua segala hari.hanya org terpilih shj yang ditarik nyawanya pada hari itu.

kdg kalau baca tentang kematian, memang menginsafkan kita yang masih ada dibumi.entah bila kah turun kita nanti, lepas ini? atau besok? atau minggu depan? atau bila..hanya Allah yang tahu.

Ummu Ammar said...

Nadiah..

Terima kasih.Insya Allah. Mudah-mudahan..

Izza.

Alhamdulillah. Perginya pada hari Jumaat.Kdg2 takut juga memikirkan bila kita akan kembali...belum bersedia dgn amalan yg cukup..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...