Sunday, January 24, 2010

Relax!

Salam mahabbah buat semua..

Hujung minggu yang memenatkan. Hari Jumaat, sepanjang hari dalam kereta. Semasa on the way pulang dari menziarahi jenazah kakak ipar di Kemaman, Ammar minta singgah ke Mini Zoo Kemaman yang terletak tidak berjauhan dari situ. Permintaan Ammar terpaksa kami tangguhkan. Maaf yer sayang..mungkin cuti sekolah nanti kita berkunjung ke sana.

Mesra Mall yang gah berdiri seolah menggamit kami untuk bertandang. Pantai Kemasik yang tenang dan indah seolah memanggil-manggil juga. Namun kesuntukkan masa membataskan kami untuk berbuat demikian. 

Mungkin bukan masa tepat untuk bersantai atau berehat kerana kami perlu pulang awal untuk ke rumah ayahku. Rutin hujung minggu, giliran saya untuk menjenguk dan menjaga ayah. Kalau bersantai dan bersuka hati, hati saya tidak akan tenang sepenuhnya kerana teringatkan ayah sendirian di rumah.Tunggu la bila ada masa terluang nanti...

Awal malam hari Sabtu, ketika sampai ke rumah kami di Setiu, tiada yang saya inginkan melainkan..

Have a good sleep macam baby ni...

Boleh ke? Lagipun nak kena buat preparation ni untuk suami, anak-anak dan saya sendiri untuk ke sekolah esok..

Saya teringat betapa benarnya kata-kata As Syahid Imam Hasan Al Banna :
"Kewajipan itu lebih banyak dari masa yang kita ada..."

13 comments:

Nadiah Sidek said...

nadiah pun adakala nak sangat rehat yang betul2 rehat tapi sejak ada anak ni...boleh berangan je la nak dapat rehat macam tu :D

Hamizah said...

saya ada g pegi Mesra Mall ketika mula2buka..xbyk kedai dibuka.sekrg mesti dah penuh ye..

Nida n' Hanafi said...

sala kak..

Berehatlah.. sesekali perlu jugamemanjakan diri setelah penat bekerja..

Unknown said...

salam kak ummu ammar..ye la kak,peranan & tanggungjawab seorang ibu sungguh besar,kan..dan kalau kita leka sikit,seluruh keluarga kelam kabut jadinya..apepun,kita ni nak juga ada masa rehat secukupnya supaya nnt semua kerja yg dilakukan jadi seronok..cuma..kita(dan saya jgk) tak tau la bila masa sesuai nak memanjakan diri tu..huhu..panjang pulak komen ni yee..

mamaarifakeemaisy said...

sekarang..tak banyak masa untuk rehat dengan sesungguh hati cam baby tuu ^_^..betulla lebih banyak kewajipan lain dari masa yg kita ada..sangat suntuk dan terkejar2..huhu..

Ummu Ammar said...

Nadiah..

Itulah harga yg perlu kita bayar apabila bergelar ibu..apa2pun mempunyai anak walaupun penat tp membahagiakan!

Hamizah..
Jujur saya katakan..saya x pernah msk Mesra Mall..selalunya lalu jer..x berkesempatan lg la..

Ummu Ammar said...

Nida..

Belum bleh berehat sepenuhnya..nak amik cuti sayang la, lagi pun Rabu ni dah start exam TOV kt Trg..nak kena buat ulangkaji dgn bdk2

Ummu Ammar said...

Ibunafis..

Akak setuju pendapat ibunafis..siapa yg jd ibu tahulah mcmn cabarannya..akak pun tgh cari ruang utk memanjakan diri ni..tak jumpa2 gak..huhuhu

Mamalieyna..

Working moms mcm kita perlu kuat dan tabah utk mguruskan kerjaya&keluarga dgn baik..perlu ada time management yg baik..Good Luck untuk mamalieyna..

Nurul Izza said...

kata docter ms bersalin, 'you cant rest and sleep like before you married when you have baby, until 20 years later.." tapikan, memang 20 akan dtg pon sama je kalau dh bergelar ibu n isteri.nak2 yg berkerjaya.

God luck..

p.s: sesekali ke spa..leh manjakan diri kot //;))

Ibuhani said...

Mesti letih masa balik tu.....smoga mendpt rehat yg cukup....

Kak Ani pernah dgr pasal Pantai Kemasik tu....ada penginapan ke kat situ? Org kata ada gua kat pantai tu , ya ke?

Ummu Ammar said...

Izza..

Macam tu la pengorbanan mnjadi ibu ni kan?.. teringat mak Izza yg cekal tu..

Nak pergi spa pun tak sempat...hihihi..tgk la kalau free anti..

Ummu Ammar said...

Kak Ani..

Sebenarnya Kak Ani..saya pernah singgah kt R&R kt tepi pantai je..tak pernah masuk jauh2..tp Pantai Kemasik cantik sgt..saya diberitahu memang ada gua di celah-celah batu kat situ..tak jauh dari situ Mesra Mall..Kalau utk penginapan K Ani bleh cari kt bandar Kemaman atau Kerteh...datang la ye!

teenage party games said...

It has been relaxed straight all my life.I use Regular Just for Me Relaxer. I now in order to have my natural curls I have to cut the relaxed hair. What happens if I relax my new growth long enough to loosen my curls.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...