Salam mesra, salam ukhuwwah..
Mereka menanti cukup lama. Mereka berusaha tanpa kenal putus asa. Syukur akhirnya..segala berbayar dengan rezeki berganda. Tahniah buat pasangan Mohd Rizal Shaari dan isteri, Norhayu Mat Hanafi dengan kurniaan bayi
perempuan kembar empat mereka selepas tujuh tahun menunggu untuk
menimang cahaya mata. Klik sini untuk cerita lanjut.
Peringatan buat insan yang masih belum dikurniakan cahayamata, bersabarlah dengan ujian Allah. Sabar itu indah. Jangan hilangkan keindahannya dengan putus asa dan hilang sabar. Mantapkan dengan usaha, ikhtiar, doa dan tawakal...
Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quranul Karim Yang bermaksud :
"Wahai
orang-orang yang beriman minta tolonglah kamu dengan sabar dan
sembahyang, sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang
sabar"(153.)
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
“Dan
sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan
tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik
dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari dan
Muslim)
9 comments:
Seronok sgt mereka. 4 sekaligus.
Allah membantu mereka yg sabar
habuan utk diorg hasil dpd bersabar selama 7 thn. seronok tgk :)
si TEDI > Memang berbaloi-baloi kan??
Nadiah > Teringin gak nak dapat kembar..kalau ada rezeki..hehehe
alhamdulillah,bestnya dpt kembar kan..4 lak tu..rahsia allah xsiapa tahu ye kak..
Ada pakai ubat subur ke?
ibunafis > Memang best..tp harus tabah menjaga mrk..kita beranak satu pun kdg2 tegugat juga kesabaran..apatah lg 4 sekaligus..
Sembrol > Wallahua'lam. Tak dinyatakan pula psl ubat tu...
Bersedekah umpama membanyakkan cabang rezeki kita.. :)
Cadangan penduduk supaya dibina benteng bagi mengatasi masalah itu akan dipertimbangkan dan saya meminta penduduk supaya bersabar untuk sementara waktu,” katanya ketika dihubungi
Post a Comment