Salam mesra, salam ukhuwwah..
Mungkin anda pernah dengar pepatah Inggeris ada mengatakan " Laughter Is The Best Medicine"..ketawa adalah ubat yang paling mujarab...Kajian sains menunjukkan, apabila
ketawa, sistem badan merembeskan hormon endorfin. Apakah fungsi hormon
ini? Ia membuatkan kita rasa seronok dan gembira. Perasaan ini
meredakan stres serta menaikkan semangat.
Ketawa tiada salahnya. Tetapi, biarlah ketawa kita berpada-pada. Jangan berlebih-lebihan sampai tak ingat dunia. Jangan sampai terbahak-bahak dan mengeluarkan suara yang menjelikkan. Jangan sampai mengganggu orang sekeliling.
Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda 'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'
Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media.
Contoh paling baik pastinya daripada Nabi Muhammad. Banginda ketawa dengan senyum sehingga menampakkan gusinya . Sekadar itu sahaja. Tanpa bersuara kuat.

Bergurau dan berjenaka juga tidak salah cuma perlulah perkara-perkara berfaedah dan tidak menjatuhkan air muka seseorang. Jangan bergurau yang membawa kepada pergaduhan dan salah faham. Rasulullah sendiri juga kadangkala berjenaka dengan
sahabat-sahabat dan masyarakat umum.
Pernah suatu masa, datang seorang makcik tua bertemu dengan nabi. Makcik itu bertanya, “Ya Rasulullah, adakah orang yang berumur sepertiku di syurga nanti?" Rasulullah menjawab, “Tidak ada orang tua di dalam syurga.”
Dengan
rasa sedih, orang tua itu pun pulang ke rumah. Selepas itu, datang
orang lain bertemu Rasulullah dan menceritakan keadaan orang tua tadi
yang sedang sedih kerana tidak dapat masuk syurga. Nabi kemudian
meredakan perasaan orang tua tadi dengan berkata, “Hanya ada orang muda
sahaja di syurga. Orang tua yang memasuki syurga akan menjadi muda
kembali.” Begitulah cara Nabi Muhammad berjenaka. Jenakanya adalah
jenaka yang benar. Kita bagaimana?
Maaf. Jarang sekali saya meletakkan video lucu sebegini dalam blog saya. Cuma melegakan tekanan kerja / kehidupan kita semua. Manalah tahu mungkin hari ini berjalan tidak begitu baik. Apa salahnya kita berehat dan senyum seketika. Ingat! Berpada-pada. Jangan berlebihan..Contohi peribadi RAsulullah.
6 comments:
Salam ummu ammar..lama tak singgah sini..^_^
peringatan yng baik tuk rakan2 kan..ala tak dpt view video la..huhu..rugi..^_^
nadiah kalau sembang dgn mak asyik gelak je kami..ada2 je la yg melucukan kami 2 beranak ni :D
apa2 pun mmg kena bersederhana, kan kak? :)
ye....dlm islam kan digalakkan bersederhana dlm apa jua yg kita buat....:)
sy pernah dgr fakta ni..:)
mmg la...ketawa tu pengubat duka...
mamalieyna > Ingat memperingati..moga sama-sama mendapat kebaikan
Nadiah > Gelak tak salah..akak pun kdg2 terlebih gelak juga kalau ada perkara yg mencuit hati..cuma perlu sekadarnya...yes! besederhana..
Kak Ani > Sederhana..yes! Itu yg perlu dalam setiap perkara..tp kdg2 kena berlebih juga terutama dlm ibadat..
CT Nadiah > Ya..setuju, kita pun tidak digalakkan sentiasa sedih dan lemah semangat..
Post a Comment