Monday, July 19, 2010

Rezeki Berganda

Salam mesra, salam ukhuwwah..


Mereka menanti cukup lama. Mereka berusaha tanpa kenal putus asa. Syukur akhirnya..segala berbayar dengan rezeki berganda. Tahniah buat pasangan Mohd Rizal Shaari dan isteri, Norhayu Mat Hanafi dengan kurniaan bayi perempuan kembar empat mereka selepas tujuh tahun menunggu untuk menimang cahaya mata. Klik sini untuk cerita lanjut.

Peringatan buat insan yang masih belum dikurniakan cahayamata, bersabarlah dengan ujian Allah.  Sabar itu indah. Jangan hilangkan keindahannya dengan putus asa dan hilang sabar. Mantapkan dengan usaha, ikhtiar, doa dan tawakal...

Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quranul Karim Yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang, sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar"(153.) 
 
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
“Dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

9 comments:

myQza said...

Seronok sgt mereka. 4 sekaligus.
Allah membantu mereka yg sabar

Nadiah Sidek said...

habuan utk diorg hasil dpd bersabar selama 7 thn. seronok tgk :)

Ummu Ammar said...

si TEDI > Memang berbaloi-baloi kan??

Nadiah > Teringin gak nak dapat kembar..kalau ada rezeki..hehehe

Unknown said...

alhamdulillah,bestnya dpt kembar kan..4 lak tu..rahsia allah xsiapa tahu ye kak..

Sembrol said...

Ada pakai ubat subur ke?

Ummu Ammar said...

ibunafis > Memang best..tp harus tabah menjaga mrk..kita beranak satu pun kdg2 tegugat juga kesabaran..apatah lg 4 sekaligus..

Ummu Ammar said...

Sembrol > Wallahua'lam. Tak dinyatakan pula psl ubat tu...

teenage party games said...

Bersedekah umpama membanyakkan cabang rezeki kita.. :)

teenage party games said...

Cadangan penduduk supaya dibina benteng bagi mengatasi masalah itu akan dipertimbangkan dan saya meminta penduduk supaya bersabar untuk sementara waktu,” katanya ketika dihubungi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...