Tuesday, July 19, 2011

Ringkas Tapi Signifikan

Salam ukhuwwah,

Semalam, tatkala melihat rakan saya begitu asyik membaca buku Travelog Dakwah : Meniti Hari Esok tulisan Profesor Dr Muhd Kamil Ibrahim, saya teringat saat mula bertemu naskah hebat ini dahulu. Saya sendiri tidak menyangka dapat menghabiskan bacaan dalam tempoh hanya beberapa jam sahaja.


Membaca pengalaman dan perjalanan mencari nilai kehidupannya terutamanya menerusi buku bestseller beliau, Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman umpama jiwa turut sama merasai dan menghayati setiap baris yang tertulis. Bertemankan airmata yang sesekali keluar tanpa dipaksa-paksa, sungguh saya sebenarnya jatuh cinta pada karya beliau di sebalik susun atur bicara yang ikhlas, tulus, ringkas dan bermakna. Ringkas tapi signifikan.


Profesor Dr Muhd Kamil Ibrahim ~ Insan yang berkongsi negeri kelahiran dengan saya ini, sesungguhnya anugerah Allah yang sungguh istimewa. Dia memperolehi kejayaan dan kecemerlangan hidup yang diimpikan oleh semua insan, namun dirinya sirna dari suluhan hidayah berpuluh-puluh tahun hidupnya. Ketika kesedaran mula menyapa, hidayah disambut tanpa berpaling lagi. 

Antara ayat yang menyentuh hati saya..

"Saya belajar Al Quran ketika usia menghampiri 41 tahun. Ketika saya sudah tewas dan bersedia menerima kematian dalam keadaan buta Al Quran, saya dijemput menunaikan haji. Saya menangis, merayu dan mengadu pada Allah atas segala kekurangan diri. Rayuan dan pengaduan yang mencerminkan ketakutan, kefakiran dan kehinaan diri pada Allah yang maha perkasa. Ketika itu bermulalah episod baru dalam hidup seorang insan yang bergelar profesor, berguru dengan seorang penghafal Al Quran yang tidak pernah menduduki peperiksaan SPM."
Profesor Muhd Kamil Ibrahim: Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok.



Sungguh indah sekali apabila hidayah yang dimilikinya kini menjadi perkongsian utama beliau bersama insan-insan di sekelilingnya lewat karya tulisannya, ceramah-ceramah, tazkirah-tazkirah dan lain-lain. Anda juga boleh berkongsi pengalaman dan ilmu di blog beliau. Klik sini. 

Buat yang belum dijodohkan dengan kedua-dua buku ini, saya cadangkan anda sendiri membacanya. Jika perasaan anda tidak terusik dan iman anda tidak tercuit, anda sememangnya berhati batu. Maaf!

7 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Hanya dgn ringkasan Ummu Ammar, cinta sudah berputik. InsyaAllah akan diusahakan utk menemui buku ini.. syukran.

yatie chomeyl said...

nak cari jugak lah buku ni. thanks UA for the suggestion

Ummu Ammar said...

Zefa NorAsmara..

Amboi..begitu mudah kamu jatuh cinta ya? :D..UA yakin Zefa akan bertambah cinta nanti dengan intipati buku2 ini..

Ummu Ammar said...

yatie..

Insya Allah.Sangat berbaloi untuk memperbaiki jiwa dan memantapkan keimanan. kdg2 hidayah Allah itu datang dalam bentuk pengalaman yang telah dilalui oleh insan terpilih spt Prof Muhd KAmil ini..

Nadiah Sidek said...

thanks for sharing kak! susah nak cari buku2 yg ada 'roh' mcm ni

Pustaka NurIman said...

ulasan yg baik...akan cuba dptkan utk pengisian rohani

Ummu Ammar said...

Nadiah..

Sama-sama.Sesuatu yang berharga perlu dikongsi untuk kebaikan bersama.

Pustaka NurIman..

Terima Kasih. Selamat membaca dan semoga beroleh manfaat dan kebaikan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...