Ujian dan cabaran sesuatu yang normal kita hadapi dalam kehidupan seharian.Betul
lah kata orang, kadangkala kita rasa ujian yang Tuhan berikan pada kita sudah
terlalu berat, rupanya ada lagi ujian yang lebih berat diturunkan kepada hambaNya
yang lain.
Contohnya, setiap hari paparan kehidupan insan yang berdepan dugaan hebat
kita tatap dalam dada-dada akhbar. Antara yang amat menyayat hati, seorang bapa
, Samsuri Maulana, 46, yang kehilangan empat orang anak sekali gus di hadapan
matanya sendiri termasuk sepasang kembar di tali air di ladang kelapa sawit di
Kota Shahbandar, Rompin pada pukul 1.30 petang 7 Disember yang lepas. Empat
anak Samsuri yang mati lemas ialah anak kembarnya yang berusia 15 tahun, Mohd.
Shukri dan Syafiqah, Mohd. Syafik, 12, serta Nursyakirah, 7.
Beberapa
hari lepas juga, tragedi pengantin baru, Allahyarham Mohd Ariff Abdul Kadir
maut bersama kedua ibubapa dan seorang rakan selepas hanya 3 jam bergelar
suami. Saya tidak mengenali isteri Allahyarham, Teh Afifah Syahirah, tapi
sebagai seorang perempuan tersentuh jiwa saya dengan ujian yang menimpa Teh
Afifah. Bak kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..
Dari kelembutan
wajahnya, Teh Afifah punya jiwa yang kuat. Catatan Teh dalam laman
friendsternya : Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami
dari sisi-Mu dan sempunakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan
kami…[18:10] sudah mengambarkan sedemikian. Justeru, Mampukah saya setabah dia apabila berdepan dugaan
sedemikian?
Pernahkah
anda semua berdepan ujian yang dahsyat seperti En Samsuri mahupun Teh Afiffah?
Semua
yang bergelar insan pastinya telah, pernah, dan akan berhadapan dengan pelbagai
bentuk ujian, cabaran, masalah, kesulitan, atau kegagalan. Itulah hakikat insan yang
hidupnya pasti berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. Bahkan Allah SWT
sendiri menjelaskan hal ini melalui firmanNya dalam AlQuran:
“Maka apakah kamu mengira
bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu
tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
Dan dalam ayat yang lain
Allah menerangkan:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?”
Setiap insan akan diuji
dengan ujian dan cabaran yang berbeza. Bentuk-bentuk
ujian ni ada macam-macam :
1. Ada yang diuji dengan
kegagalan, kemiskinan, sakit, penindasan dan kehilangan, masalah
2.
Ada yang diuji
dengan kebaikan, kekayaan, kejayaan dan lain-lain
3. Ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan
sebagainya.
4. Ada ujian bagi orang perseorangan
5. Ada ujian ke atas kumpulan, masyarakat, negara atau
jemaah
Bagaimana seharusnya
apabila kita berdepan dengan ujian dan dugaan dari Allah SWT?
Redha dengan ketentuan dan
takdir dari Allah SWT
Allah SWT tidak pernah
bersikap zalim terhadap hamba Nya. Bahkan Dia Maha Adil
dalam segala sesuatu. Sebaliknya manusialah yang mempunyai sifat gopoh. Mereka
selalu menghadapi Qadha’ Allah dengan rasa kesal dan tidak reda, lebih-lebih
lagi kalau yang menimpanya itu sesuatu yang pahit. Dia mengira kalau dia
mendapat kesenangan itu membuktikan bahawa Allah reda kepadanya. Sebagaimana
dia mengira bahawa Allah benci kepadanya jika ia mendapat bencana.Inilah
gambaran akal manusia yang sangat terbatas.
Sedangkan
Allah menafikan sekeras kerasnya anggapan yang salah dan keliru tersebut di
dalam firman-Nya:
“Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu
dimuliakan-Nya dan diberikan-Nya kesenangan, maka dia berkata: Tuhanku telah
memuliakanku. Adapun apabila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka
dia berkata: Tuhanku menghinakanku. Sekali-kali tidak (demikian).
Sentiasa
ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk menuntut kita untuk menjadi
yang lebih baik.
Rasulullah
SAW menjelaskan:
“Sungguh
mengkagumkan keadaan seorang mukmin, keadaan mereka sentiasa dalam kebaikan.
Tidak terjadi hal yang demikian itu melainkan bagi seorang mukmin. Jika
mendapat kesenangan ia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan. Dan jika ia tertimpa kesusahania bersabar dan itu juga merupakan kebaikan
baginya”.
Sentiasa
memohon pertolongan Allah dalam segenap hal dan bertawakal kepada Allah.
Dari
Abdullah Bin Mas”ud RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa
yang selalu ditimpa kesedihan/kegundahan maka hendaklah dia membaca: “Ya
Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak abdi-Mu, dan anak-anak-Mu,
dan (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan berlaku keatas
(diri) ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepadaMu dengan
semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang
Engkau turunkan dia di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di
alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur
hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku dan kedukaanku”.
Tidak seorang
hambapun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan kedukaannya dan
diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan.
Dan
dalam firman Allah menjelaskan:
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau
(Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku
menjawab seruan sesiapa yang berdo`a kepadaKu apabila dia berdo`a. Maka
hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu
mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”.
Bersabar
dan Bersikap pro aktif serta tidak reaktif apabila menghadapi cabaran dan
ujian.
Sentiasa
memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan
tersebut dan bukannya dengan bereaksi dengan emosi dan hawa nafsu. Ingatlah
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Sabda Nabi s.a.w kepada
Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil: Maksudnya:
Wahai anak kecil!
Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah
(jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya)
nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila
engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan
minta tolonglah daripada Allah.
Amat pasti, manusia adalah milik Allah, dan setiap inci
tubuhnya berada dalam genggamanNya. Namun kenyataan bahwa segala sesuatu itu
pasti kembali kepada pemiliknya, Allah swt, jarang sekali untuk dihayati dan
bersedia.
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan
sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan
berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang
yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Innaa lillahi wa innaa
ilaihi raaji'uun". (QS. 2:155-156)
Insya Allah, dengan membiasakan meresapi hikmat kalimat Inna lillahi wainna
ilahi roji’un ini, kita menjadi lapang dada dalam menghadapi setiap peristiwa,
seburuk apapun, yang sudah menjadi takdir kita. Semakin dalam seseorang
menghayati zikir ini semakin ringan dia menghadapi kehidupan yang berat ini,
tanpa harus berdepan dengan stres mahupun putus asa.