Salam mesra di pagi 10
Muharram..
Bila kali terakhir kalian
menangis? Kalau ditanya pada lelaki, mungkin jawabnya masa kecil-kecil dulu..berbeza
dengan perempuan..mungkin beberapa minit yang lepas.. sebabnya kerana tengok
cerita yang sedih-sedih kat TV, atau suami tidak membelikan barangan yang disukai
semasa membelibelah. Mungkin juga menangis kerana merajuk hati dengan suami atau
orang yang disayangi tidak menelefon pada waktu yang dijanjikan dan macam-macam
lagi. Tapi tak semua perempuan begitu…
Lelaki sukar menangis
mungkin sebab airmata lambang kelemahan seorang lelaki. Walaupun ditimpa
perasaan, seboleh mungkin airmata dikawal dari jatuh kerana keegoan merajai
segala-galanya. Masa kecil-kecil dulu mungkin apabila mereka menangis sebab jatuh,
kesakitan atau sedih..ibu-ibu biasanya akan menggunakan skrip turun temurun..”Kamu
ni lelaki..lelaki mana boleh menangis.”.Saya pun kadang-kadang menggunakan dialog
yang sama pada hero-hero saya. Sebenarnya, niat di hati hanya untuk memberi semangat kepada
mereka.
Perempuan
dan airmata tak dapat dipisahkan. Ye ke? Perempuan dikurniakan hati yang sangat
lembut. Kerana dengan kelembutan hatinya itu lahirnya naluri yang peka,
prihatin, kasih sayang pada persekitarannya terutamanya pada suami, anak-anak
dan keluarga. Justeru, hati perempuan sangat mudah tersentuh dan mudah
mengalirkan airmata...
Untuk
renungan semua sahabat-sahabat, tak kira lelaki atau pun
perempuan..kadang-kadang kita perlu menangis. Menangis pada tempatnya. Baca dan
renungkan artikel di bawah ini..Moga mampu memberi manfaat buat kita..
Air
mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit
perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air
kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis
permata indahnya gemerlapan.
Penghuni syurga
ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia. Tidak berkumpul dua perkara
dalam satu masa. Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat.
Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat. Pencinta
dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia
yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang Abid (kuat beribadat). Alangkah sedikitnya
hartaku, kesal si hartawan.
Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.
Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.
"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang." (al- Hasyr:
20)
Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Ada
dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan
air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."
Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang yang berdosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.
Nabi bersabda :
"Kejahatan yang
diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan
rasa takbur."
Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,
takut-takut tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong
daripada amalan.Lupakah
kita Nabi pernah bersabda :
"Siapa
yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan
menangis."
Kita
gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita
cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput
duka. Namun, Allah s.a.w. telah berfirman :
" Boleh jadi kamu
membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai
sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak
mengetahui."
(Al-Baqarah : 216)
Bukankah Nabi pernah bersabda: "Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala." Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri. Di
Menangislah seperti Saidina
Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata : "Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang
itu." Menangislah sebagaimana
Ummu Sulaim apabila ditanya : "Kenapa engkau menangis?" "Aku
tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang," jawabnya.
Ibnu Mas’ud r.a. berkata: "
Seorang yang mengenal al Quran dikenali apabila waktu malam ketika orang lain
tidur dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika
orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di
waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga. Seharunya
orang yang mengerti al Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang
yang keras, kejam lalai, bersuara keras dan pemarah.
Tanyailah orang-orang yang
soleh mengapa dia tidak berhibur: "Bagaimana hendak bergembira sedangkan
mati tu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka
itu memburu kami dan perhentian kami ialah Allah. Menangisah di sini, sebelum
menangis di sana ……
13 comments:
salam Pah,
sukanya baca entry ni..tersentuh sungguh.
lelaki mat saleh sgt sng menangis spt pompuan berbeza dgn llk Asia..kononnya menangis akan hilang ego
sy ni mmg jenis murah air mata dpd kecik lg. kdg2 rs mcm org pndg sy ni terlalu lemah je..huhu..
syukran kak utk entry ni :)
Mizah..
Gitu ker? Tp kalau lelaki senang menangis rasa mcm tak kena plak.. Allah dah ciptakan yg terbaik. Lelaki diberikan kelebihan dr sudut akal, jasmani,emosi dlln bbanding wanita yang mpunyai kelembutan tsendiri..
Nadiah..
Jgn rasa rendah diri.Akk pun sama. Jenis mudah menangis. Tapi belajarlah untuk kawal..k?
ada kebaikan menangis ni......ia akan melegakan apa jua perasaan yg terpendam baik pada lelaki atau pun perempuan....so rasenya x salah lelaki pun nangis kan?
Salam...
Saya memang sangat sensitif... even bila lihat org menangis pun air mata ini akan turut berlinang...
p/s: pernah terbaca satu info yg mengatakan menangis adalah salah satu cara untuk kurus.. wallahualam
Tazkirah pagi Isnin yg baik tuk renungan dan panduan..Insyaallah sama2 ingat mengingati..!
saya mmg mudah nangis, tgk tv citer sedih nangis, kecik ati sket ngn suami nangis..hukhuk..
kdg2 bila tak tahan menanggung beban di jiwa.. air mata lah yg jd penawar..
K Ani..
Hmm..saya setuju..menangis ni umpama terapi utk mengurang tekanan jiwa yg dtanggung..
Lelaki x slh kalau menangis tp jgn melebihi wanita plak..susah juga..kan?
Nida..
Bleh kurus? kena cuba ni..hahahaha..
mamalieyna..
Samalah cam akak..mudah benar tersentuh...kdg2 nak control tp x bleh...
Kak Yong..
Betul tu..bila dah nangis baru rasa lega dan dpt fikir dengan lebih waras...
Salam ziarah.Wanita mmg sinonim dgn tangisan.Kdgkala ia perlu dilakukan utk kurangkn tekanan dan meluah rasa,tapi tangisan yg paling baik di sisi Tuhan ialah tangisan keinsafan
ummi ida..
Tepat sekali coretan ummi ida..tp kdg2 manusia ni lbh banyak menangis ttg pkara yg remeh temeh bebanding menangis krn insaf..
Post a Comment