Thursday, December 31, 2009

Catatan Hujung Tahun

Salam mesra pembuka bicara..

Apa khabar semua? Hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 2009. Kerana esoknya taqwim kehidupan akan beranjak ke tahun 2010. 2009 berlalu dengan pelbagai catatan manis mahupun pahit dalam hidupku. Banyak yang manis. Namun banyak juga yang pahit. 

Paling pahit dugaan sepanjang tahun ini ialah pemergian bonda tersayang pada 18 Januari 2009. Sedar tak sedar, hampir genap satu tahun ibu meninggalkan kami. Masih saya ingat.. saat pemergiannya, umpama seluruh jiwa ini turut sama pergi..Namun sebagai hambaNya, di sebalik kehilangan ada rahsia tersendiri. Iaitu menjadikan diri kita redha dan sedar yang hidup ini hanya pinjaman sementara, sebelum kembali ke destinasi abadi yang hakiki di sisi Allah SWT.

Tahun berganti dan angka akan berubah. Namun adakah kita juga turut berubah? Bukan hanya berubah dari sudut jasmani, pencapaian, jumlah harta mahupun ahli keluarga tapi harus jua berubah dari sudut jiwa dan rohani pada tingkat yang lebih baik..

Masa adalah kehidupan kita. Kehidupan dan masa adalah amanah dari Allah. Setiap amanah akan dipersoal kelak pada hari kiamat. Orang yang hebat akan bijak mengurus masa untuk melaksanakan perintah Allah. Manakala orang yang lalai adalah orang yang sentiasa leka dari melaksanakan perintah Allah. Mereka mengharapkan keredhoaan Allah tetapi amat malas melakukan amalan ketaatan dan dalam masa yang sama tidak meninggalkan larangan Allah. 
   
Justeru ketibaan 2010, haruslah diawali dengan semangat dan tekad. Tanamkan azam yang baik. Kalau saya, banyak sekali azam saya. Tak perlu la dinyatakan di sini. Personal. Secara umumnya saya mahu menjadi manusia yang lebih baik dan hambaNya yang lebih bertakwa..Insya Allah. Anda bagaimana?

Selamat menempuhi cabaran 2010. Untuk renungan buat semua..hayatilah Sabda Rasulullah SAW :

Tidak akan berganjak kaki setiap hamba pada hari kiamat sehinggalah ditanya tentang empat perkara. Iaitu tentang umurnya ke mana dihabiskan. Tentang masa mudanya ke mana digunakannya. Tentang harta dari mana diperolehinya dan ke mana digunakannya dan tentang ilmunya apa yang diperbuat dengannya.               

8 comments:

Hamizah said...

salam Pah,
igt umur menungkat, igt mati tp amal tang tu jg..takutnya.ia semakin menghampiri tp apakah persiapan kita?

Nadiah Sidek said...

terima kasih kak atas peringatan ni..

yatie chomeyl said...

slmt tahun baru utk aka. semoga lebih tabah mengharungi hidup wpon tanpa kehadiarn bonda di sisi

Ummu Ammar said...

Mizah..

Betul tu Zah..jd ingat mengingati sesama kita itu penting krn manusia mudah lupa dan lalai..

Ummu Ammar said...

Nadiah..

Moga tahun 2010 mberi erti buat Nadiah sekeluarga..

Yatie..

Kita sama2 dah takde ibu kan? So..akak doakan Yatie pun tabah harungi kehidupan ini...kehilangan mengajar kita erti ketabahan dan kekuatan..

Chik Na said...

selamat tahun baru ..akak pun berazam mahu menjadi manusia yang lebih baik dan hambaNya yang lebih bertakwa dan beriman ...

Ibuhani said...

smoga tahun 2010 nanti ibadah kita lebih byk n lebih baik dr yg sudah2....slmt tahun baru :)

Ummu Ammar said...

Chik Na..

Insya Allah..mudah-mudahan..Selamat tahun baru..

Kak Ani..

Selamat tahun baru..harapannya moga kan terlaksana apa yg dihajati..Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...