Salam ukhuwwah buat semua..
Semasa saya membuka laman web malaysiakini.com malam tadi..saya agak terkejut dengan paparan berita terkini yang bertajuk : 3 lagi siswa ke mahkamah, kes puaka UM. Sebenarnya, isu ini sudah diketahui dan hangat diperkata umum akhir Jun lalu. Cuma, saya agak terperanjat kerana salah seorang siswa yang ditahan itu Shazni Munir Mohd Ithnin, adalah bekas pelajar saya.
Saya pernah mengajarnya ketika Shazni di Tingkatan 3. Masa tu saya baru sahaja berkhidmat di Segamat. Sepanjang saya mengenalinya dia adalah pelajar yang sangat disenangi oleh guru-guru, berkepimpinan, berbudi pekerti dan pandai dalam pelajaran. Sukar untuk saya percayai. Apa-apa pun saya tidak mampu membuat telahan sendiri mahupun meneka dalam kesamaran tanpa mengetahui cerita yang sebenar. Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Jua, hanya doa yang mampu dipanjatkan agar Allah melindunginya andai dia di pihak yang benar.
Sedikit paparan berita tersebut :
Tiga mahasiswa yang menjadi suspek berhubung kes menconteng
perkataan "bini puaka" dan percubaan membakar di sebuah dewan kuliah
di Universiti Malaya (UM) dijangka akan dituduh di Mahkamah Seksyen Kuala
Lumpur esok.
Ketiga-tiga suspek itu - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani - tersebut diminta hadir ke mahkamah tersebut jam 8 pagi.
Shazni Munir, yang juga presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, dan Muhammad Aizat ketika dihubungi Malaysiakini kelmarin mengesahkan perkara tersebut.
Ketiga-tiga suspek itu - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani - tersebut diminta hadir ke mahkamah tersebut jam 8 pagi.
Shazni Munir, yang juga presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, dan Muhammad Aizat ketika dihubungi Malaysiakini kelmarin mengesahkan perkara tersebut.
Tambahnya, beliau dihubungi oleh pegawai penyiasat kes itu Inspektor Mohd
Najeeb Mohd Esam kira-kira jam 10 pagi Jumaat lalu.
Dua lagi suspek diminta hadir ke mahkamah tersebut, di kompleks mahkamah Jalan
Duta, pada waktu yang sama. Shazni Munir, pelajar tahun akhir Akademi Pengajian Islam (API), telah
berbincang dengan peguamnya dan dinasihati hadir esok.
7 comments:
Salam Ummuammar..
Kadang2 mereka ni btindak tlalu mngikut perasaan tanpa bfikir dahulu.. mudah2an segalanya selamat, Insya Allah.
p/s: masih lebat hujan di sana?
Nida..
Sayang pada masa depannya yang sepatutnya cerah..apa2 pun saya doa yang terbaik je..untuk dia..
Trg dah ok cuacanya..cuma dkt Pahang pulak hujan dan bnjir..
sy ada jugak baca berita ni...harap2 student akak tu tak bersalah lah ye
hermm mmg sukar nk percaya kalo org2 yg kita kenal rapat melakukan sesuatu yg salah..huhu..ye..hanya mampu berdoa! ^_^
sy skrg ssh betul la nk percaya berita..byk yg tak betul dpd yg betul..huhu..
apa pun, hrpnya tak tepat la berita tu..mdh2an bkn dia la orgnya..
Yatie..
Mudah-mudahan. Amin.
Mamalieyna,
Memang bagus sangat budak tu.harap2 diactidak bersalah..
Nadiah..
Akak setuju sangat..byk buruk khabar dari rupa..baru nak dibicarakan dah dihukum bersalah oleh berita.. hati ibubapa & keluarganya perlu jgk dijaga..
Itulah harapan dan doa akak agar bkn dia yg terlibat..Insya Allah..
Post a Comment