Monday, October 19, 2009

Cerita Kolestrol Selepas Raya

Syawwal akhirnya pergi meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan manis mahupun duka. Bila diselak kembali lembaran Syawwal..selain berpuasa enam, kebanyakkan agenda harian banyak dihabiskan dengan ziarah – menziarahi dan menghadiri open house yang berderet setiap hari. Hari ni pun saya masih ada jamuan Raya anjuran pelajar Katering dan Penyajian kat sekolah ni..Rasanya inilah jamuan raya terakhir untuk tahun ni kut...

Bila dah terlampau banyak jamuan makan sepanjang bulan Syawwal ni..badan pun rasa lemah dan berat semacam je..agaknya dah terlampau banyak makan makanan-makanan berminyak dan berlemak seperti sate, rendang, nasi minyak, nasi beriani dan sebagainya. Mungkin juga kandungan kolestrol sudah meningkat dengan mendadak dek penangan Hari Raya..so, pada yang menghadapi masalah kolestrol tinggi terutamanya yang mempunyai penyakit berisiko seperti darah tinggi, sakit jantung, diabetes dan sebagainya..saya cadangkan anda berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut..

Sedikit info pasal kolestrol.. Kolesterol merupakan sebatian berlemak, juga dikenali sebagai lipid, yang beredar melalui darah. Kolesterol terdiri dari kolestrol baik dan kolestrol jahat. Kolestrol baik diperlukan untuk pelbagai fungsi badan yang penting seperti pembinaan membran sel, penghasilan sesetengah jenis hormon, sintesis vitamin D dan penghadaman lemak dalam badan.

Kandungan kolestrol yang tinggi di dalam makanan dihasilkan daripada binatang termasuk, sayur sayuran dan daging putih seperti daging ayam. Selain kolestrol, makanan makanan yang dihasilkan daripada binatang, sayuran dan daging putih mengandungi lemak tepu yang tinggi.. Antara makanan yang mengandungi kadar kolestrol yang tinggi ialah seperti otak binatang, hati, buah pinggang, ketam, sotong, ikan bilis dan kuning telur.

Mulai sekarang, kurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak dengan memperbanyakkan pengambilan makanan berserat, mempunyai khasiat yang tinggi dan bersifat pelawas. Berikut adalah senarai 10 makanan yang boleh membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan kita.

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar
lemak baik (HDL)

2.
KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING

Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL

Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.

5. IKAN TUNA

termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.


8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm
darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg
sesuai




9 comments:

Yanmie said...

mcm yan naik dkt 3 kg...tp syukur dh cover blk 1.5kg..hihi..risau gak berat naik mendadak dek penagan raya nie...nie on diet blik..haha

Ummu Ammar said...

Yan..wah!kuatnya semangat Yan utk terus berdiet..akak lps raya rasa berat mmg naik tp fobia tgk penimbang..tak sanggup ! InsyaAllah nak berdiet juga la cam Yan..

Azuan said...

aku suka makan buah huhu..
x suka sayur hehe

Fadzli Amir said...

Salam...Bagus tuk diet lepas raya ni....Badan pulak terasa berat balik.....

Ummu Ammar said...

Manusia..macam anak akak no 2..memang tak suka mkn sayur..agaknya pelik ke sayur ni?

Fadzli..salam kembali..sama-sama la kita kembali berdiet yg dgn diet sihat..

havana said...

salam utk semua..

ukuran paras total kolesterol yg normal adalah bawah dari 5.20mmol/lt. ujian paras kolesterol ni boleh dibuat di klinik @ farmasi. result, segera.. sesiapa yg parasnya lebih dari 5.20mmol/lt perlu @ sebaiknya amalkan diet yg kurang lemak & MENGAMBIL supplement spt Hypocol @ Gugul..

salur darah/kapilari kita adalah sebesar 8micrometer shj diameternyer.. & saiz molekul kolesterol adalah beSAR!

jadi.. beringatlah!

ummuammar said...

havana..info yg berguna..thanks!

Zaid Akhtar said...

saya sarankan minum khal.
sunnah.
cuka kan pemecah lemak.

Ummu Ammar said...

zaidakhtar..thanks..info yg berguna..

Patutlah maintain je..minum cuka rupanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...