Sunday, January 03, 2010

Rahsia Wanita Jepun Kurus & Ramping

Salam mesra buat semua..
Diet dan pemakanan sihat merupakan azam tahun 2010 buat saya. Sebenarnya kalau diikutkan berat badan 60kg+ ditambah dengan ketinggian 162cm, saya tidaklah mencapai tahap obesiti tetapi saya hanya inginkan tubuh yang sihat dan cerdas untuk kekal aktif dan cergas dalam melakukan aktiviti harian. 

Sebenarnya diet bukan sekadar untuk kurus dan cantik, tapi lebih penting dari itu ialah mempunyai tubuh badan yang sihat. Bila tubuh badan sihat, maka minda lebih cerdas dan positif. Seperti pepatah Arab ada mengatakan " Akal yang cerdas datangnya dari badan yang cergas."Selain dari itu, urusan ibadat menjadi lebih bermakna. Apatah lagi  untuk melunaskan tanggungjawab kerjaya dan keluarga.

Justeru..nak merealisaikan impian itu, bila ada masa-masa terluang pasti saya akan cari maklumat-maklumat pasal diet di internet. Banyaklah juga info yang saya dapat. Antaranya rahsia pemakanan wanita Jepun yang menampilkan badan mereka  yang kekal kurus, ramping dan sihat. Saya petik artikel ni dari Harian Metro untuk dikongsi bersama teman-teman yang juga mempunyai impian yang sama..


TABIAT makan memang mampu mengubah diri apatah lagi jika rajin meneliti corak pemakanan yang diwarisi secara tradisional di pelbagai pelosok dunia.

Antara tabiat pemakanan yang sering menjadi tumpuan adalah diet warisan masyarakat Asia khususnya di Jepun, China, Korea, Vietnam, Thailand dan India manakala di Eropah, cara tradisional pemakanan masyarakat Perancis turut menjadi perhatian.

Hasil tulisan perunding pemasaran kelahiran Jepun, Naomi Moriyama menerusi bukunya berjudul Japanese Women Don’t Get Old or Fat, menyelongkar petua di sebalik gaya hidup wanita negara matahari terbit itu yang muda bertenaga. Dia bukanlah pengamal diet, tetapi rahsianya mudah saja, menikmati masakan rumah cara Jepun.

Dia juga yakin jangka hayat hidup yang panjang dan kadar obesiti yang rendah di kalangan masyarakat Jepun banyak berkait dengan jenis makanan disediakan di rumah.

Membesar di Tokyo dan kini tinggal di New York, Amerika Syarikat, Naomi pernah mengalami pertambahan berat lebih 10 kilogram dengan ketinggian hanya 150 sentimeter ketika menuntut di kolej kerana banyak menikmati makanan Amerika.Dia dan suaminya kini bertukar kepada cara makan tradisional Jepun.Lebih langsing dan bertenaga, dia berkongsi strategi pemakanannya yang digelar sebagai tujuh rahsia dapur Tokyo.

Rahsia pertama, makanan yang menjadi keutamaan termasuk ikan, soya, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Kedua, sajian makanan adalah kecil.
Ketiga, sup miso menjadi sajian sarapan utama.
Keempat, memasak secara sederhana. Kelima, nasi menggantikan roti.
Keenam, hanya jamah makanan pencuci mulut.
Ketujuh, wanita Jepun lazimnya tidak mengamalkan diet sebaliknya hanya makan apa saja yang digemari dalam jumlah sedikit.

Naomi mengakui masyarakat Jepun juga tidak makan hingga kenyang sepenuhnya kerana lazimnya mereka makan hingga 80 peratus kenyang.Mereka juga banyak berjalan iaitu mereka mengambil peluang untuk berjalan ke mana saja.

“Makanan Jepun memberi tumpuan terhadap tenaga makanan yang dihasilkan dalam saiz yang memuaskan. Tidak perlu masak cara Jepun untuk menikmati asas diet yang menyihatkan, hanya makan lebih ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan serta tambah beberapa pilihan menyihatkan seperti taufu dan nasi,” kata Naomi.

Menurutnya, cara hidup dan diet itu juga membuatkan masyarakat Jepun baik lelaki atau wanita, hidup lebih lama dan sihat.Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangka hayat wanita dan lelaki Jepun adalah 86 serta 79 tahun berbanding warga Amerika, 80 tahun (wanita) dan 75 tahun (lelaki).

Selain itu, masyarakat Jepun mencatatkan kadar obesiti paling rendah di kalangan negara maju iaitu kira-kira tiga peratus berbanding 11 peratus untuk Perancis dan 32 peratus Amerika.“Mungkin ramai yang kata ia sebahagian daripada genetik kami, tetapi apabila orang Jepun mula mengamalkan cara pemakanan Barat, mereka cepat mengalami pertambahan berat badan,” kata Naomi sambil menambah petua, seseorang itu harus makan dengan mata.

Menurutnya, keajaiban makan cara Jepun adalah keseimbangan yang menyihatkan dari segi inti makanan serta menyajikan makanan lazat yang rendah kalori.Di samping itu, makanan harus disajikan cantik menerusi jumlahnya yang kecil dalam pinggan kecil molek.

“Menerusi cara itu, ia menggalakkan seseorang untuk ‘makan dengan mata’ dengan menikmati keindahan makanan. Hasilnya, kita akan makan dengan perlahan untuk menikmati setiap gigitan.“Ini juga bermaksud, seseorang itu akan makan dalam jumlah yang sedikit kerana ia memberikan masa kepada otak untuk sedar bahawa tubuh kita sudah kenyang,” katanya.

Menurutnya, secara purata masyarakat Jepun makan kira-kira 25 peratus kurang kalori setiap hari berbanding warga Amerika. Makan hanya lapan peratus kurang daripada jumlah kalori setiap hari sambil meningkatkan aktiviti fizikal secara sederhana, mungkin memadai untuk menggalakkan usia yang lebih panjang, menurut penyelidikan Kolej Perubatan Universiti Florida.

Diet Jepun juga banyak pengambilan nasi iaitu kira-kira enam kali ganda lebih banyak daripada jumlah diambil seseorang yang mengamalkan pemakanan di Amerika. Di Jepun, semangkuk kecil nasi dihidangkan bersama hampir semua sajian termasuk sarapan. Karbohidrat kompleks yang rendah lemak itu memang mengenyangkan justeru, seseorang itu kurang keinginan untuk makan makanan berlemak seperti biskut dan pastri.

Menurut Naomi, masyarakat Jepun juga gila makan sayur. Sayur-sayuran seperti lada benggala merah, lada benggala hijau, kacang hijau, terung, bawang, tomato, kobis, lobak merah, bayam, pucuk rebung, akar teratai, cendawan shitake, kentang manis serta rumpai laut adalah antara yang digemari dalam pemakanan Jepun.

Malah, tiada siapa fikir ia sesuatu yang ganjil apabila mereka menyediakan sup sayur-sayuran atau salad untuk sarapan. Sayur-sayuran itu biasanya disediakan dengan rebusan berperisa, tumis bersama minyak kanola atau dikukus perlahan, semua kaedah itu mengekalkan jumlah khasiat yang maksimum.

Ikan seperti salmon, tuna, makerel dan sardin adalah sumber penting asid lemak omega-3 yang dikenali kerana manfaat kesihatannya untuk jantung. Cuma, diet Jepun mungkin mengandungi sodium yang tinggi, justeru kurangkan pengambilannya terutama di dalam sos soya atau teriyaki atau menggunakan sos berkenaan dalam jumlah yang kecil.

Rahsia diet masyarakat Jepun itu jika diteliti, sesetengahnya ada persamaan dengan tabiat pemakanan yang diwarisi secara tradisional oleh masyarakat Perancis. Seperti diketengahkan penulis Mireille Guiliano yang menghasilkan buku yang cukup laris beberapa tahun lalu, French Women Don’t Get Fat, ada sesuatu yang harus dipelajari daripada sikap orang Perancis terhadap makanan.

Baginya, seseorang itu harus menikmati makanan, bukannya takutkan makanan.Masyarakat Perancis rata-rata bukan saja menikmati makanan mereka, tetapi pada masa sama, mengawal berat badan menerusi perubahan kecil dalam tabiat pemakanan. 

Mireille mengakui wanita Perancis biasanya makan mengikut waktu. Mereka juga tidak kisah mengenai jumlah kalori makanan sebaliknya menjalin hubungan yang seimbang dengan makanan. Ini bermakna seseorang itu harus memberi penekanan terhadap kualiti, bukannya kuantiti dan belajar untuk makan secara perlahan supaya dapat menikmati makanan, sekali gus mengelak tabiat makan dengan gelojoh.

Baginya, seseorang itu boleh menikmati apa saja makanan, tetapi ia harus secara sederhana.
Makanan Perancis biasanya mengandungi beberapa hidangan, tetapi sajiannya kecil dan makanan berkenaan berkualiti tinggi. Saranan Mireille, menikmati secubit coklat berkualiti tinggi adalah lebih memuaskan selera daripada sekeping coklat bersaiz besar.

Keseimbangan dimaksudkan penulis ini bukan saja membabitkan makanan, tetapi aspek lain. Misalnya, jika seseorang itu menikmati pencuci mulut ketika makan tengah hari, dia lazimnya memilih hidangan makan malam yang agak ringan atau bersenam dengan berjalan sekeliling kediaman.

Meskipun tiada kajian saintifik disentuh dalam bukunya, penyelidikan perubatan turut menyokong hasil tulisan wanita yang mencecah usia 60 tahun ini. Kajian Universiti Pennsylvania, Amerika misalnya mendapati meskipun kebanyakan makanan Perancis mempunyai kandungan lemak yang tinggi, masyarakat Perancis biasanya menikmati saiz hidangan yang lebih kecil dan kebanyakannya mengambil jumlah kalori yang lebih sedikit berbanding kebanyakan masyarakat AS.

24 comments:

Hamizah said...

salam Pah,
semuanya Islam dah ajar,kan?berhenti makan sblm kenyang..kita yang x amal..huhuhu

Nida n' Hanafi said...

Salam Kak Pah @ UA :-)

Lepas baca n3 ni baru terperasan yg org2 Jepun jarang yang obes..

Kita ni selagi tak kenyang selagi tu tak habis menyuap.. lepas tu mulalah macam2 penyakit singgah.

Bintu Sazali said...

salam alaik..kaifa haluki ya ustzh??..moga sihat n ceria slalu..masih tak terlewat rasanya nk ucap "selamat mengajar" pd ustzh..hhehe..sy suka post ni..menyedarkan sy bhw penting dan bermanfaat kalau kita ikut sunnah Nabi SAW..ajaran Islam memang syumul,cuma kita yg tak amal..huhu..doakan sy sukses dlm pelajaran!..=)..may ALLAH bless you..aminn....

QuEeN Of 2 Heroes said...

setuju ngan pendapat Hamizah tu.. :)

mamaarifakeemaisy said...

waaah info psl diet lagi...daku suka..hehe..skrg ni saya pun amalkan makan sup sayur! Alhamdulillah ada perkembangan yg baik! ^_^

Ummu Ammar said...

Hamizah..

Tepat sekali...kita yg x mengamalkannya..

Nida..
Memang jarang org Jepun obes..kalau diaorg makan nasi pun..tgk la mangkuknya besar mana..kecil jer..tp kita satu pinggan..masha Allah..

Ummu Ammar said...

Nadiah..

Alhamdulillah..ana bikhair..ucapan "selamat belajar untuk menjd pengajar.." untuk Nadiah..

Jgn lupa..muda2 ni..amalkan pemakanan sihat..jgn tua2 mcm uzh baru nak sedar..hihihi

Ummu Ammar said...

Nadiah..

Alhamdulillah..ana bikhair..ucapan "selamat belajar untuk menjd pengajar.." untuk Nadiah..

Jgn lupa..muda2 ni..amalkan pemakanan sihat..jgn tua2 mcm uzh baru nak sedar..hihihi

Ummu Ammar said...

Nadia..

Betul tu..kena la kita amalkan dr sekarang..

mamalieyna..

Saya tahu impian kita sama..post ni exspecially for you..

LiLy @ MaMaQiStInA said...

WAH..INFO YG SGT BAGUS..A'AH KITA NI TAK ABIS MKN SELAGI TAK KENYANG..NAFSU2...

Nadiah Sidek said...

kat sini hampir setiap hari sy masak & mkn ayam. ikan ada tp tak byk variety & krg fresh. kdg2 mkn ikan rs mcm nk terluah balik je..tu yg jrg beli ikan. ikan salmon, ikan kod byk la tp tak minat lak. uhuhu..

kalau akk tak tulis entry ni, sy tak perasan pun yg org jepun kurus2 :D

Nurul Izza said...

salam UA,

org2 Jepun memang sangat menjaga kesihatan badan, makanan dan kulit. SAya suka je mencontohi masyarakat Jepun. (tapi jrg pon buat)

makann diorg banyak kukus, rebus, kalau guna minyak pon, biasa guna sesame oil, olive oil. jarang makan maknan berminyak mcm goreng ayam. banyak salai dan bakar.

iza suka makan ikan tapi kt Lincoln ni mcm kakndiah ckp..ish nk beli ikan pk 10 kali.tak fresh sgt dan berbau.kdg tu nak termuntah pon ada bila bau. Kesudahan nya hampir setip hari makan ayam.daging pula, iza memang kena makan..darah selalu kurang.nak menambah darah. nak buat mcm ne. iza org kelantan, membesar dgn ulam dan ikan fresh.jd ayam n daging jrg sekali makan.apatah l seafood etc. tp duk isni kena belajar makan ayam.. ;(
kulit tu suke tengok licin dan mulus. tapi tak tahu pula diorg guna apa.

Ummu Ammar said...

Lily..
Dah macam jd tabiat kan...kdg2 msh kenyang..nak jugak mkn lg..

Nadiah..
Ayam pun ayamlah..akak rasa badan Nadiah mesti ok jer mkn apa2 pun sbb susah naik..

Org Jepun ni mesti ada gak yg gemuk..tp x ramai sgt..

Ummu Ammar said...

Izza..

Takpelah kena mkn ayam atau daging jer..ikan kalau x fresh x elok juga..kdg2 entah apa2 pengawet diletakkan nk bg nampak segar..

Asalkan cara masakan ayam dan daging tu boleh aplikasikan cara Jepun : kukus, rebus, salai, bakar dlln..

Akk pun kagum dgn kulit wanita Jepun ni..bersih dan halus jer..nanti kita buat research ek?

Azirahman said...

Salam..1st time masuk blog ni..tertarik dengan artikel diet org jepun.....baru terperasan memang org jepun badan menten jer...hmm..lately memang cuba makan dlm jumlah yg kecil..yes it prove walaupun tak byk tp berat chik la turun....insyaAllah akan continue dengan cara ni....

Ummu Ammar said...

Selamat datang azi..ke blog saya..

Yang penting tu la..makan dalam jumlah yg sedikit dan berhenti makan sblm kenyang seperti sunnah Rasulullah..

Teruskan..you can do it!

Fadzli Amir said...

Salam....dalam islam dah ajar semua tu...tapi hairan org yg bukan islam yg amalkan....

Cik Suheela said...

thanks..info yg sgt berguna :)

ekin said...

info yang sangat berguna... boleh try!!!

Salmi said...

Tertarik dengan artikel yg cukup menarik ni.. Umur 40an macam akak memang perlu sgt jaga pemakanan.. Yg penting, berhenti makan sebelum kenyang spt ajaran agama kita..

Ummu Ammar said...

Kak Norsalmi..
Betul, pemakanan perlu dijaga untuk kesihatan yang lebih baik. Senang untuk beribadah dan berkhidmat...jika badan sihat dan minda cergas..

Apa-apapun..akak tak nampak mcm 40an..muda dari usia..:)

Ummu Ammar said...

ekin,
Selamat mencuba. Good luck!

Anonymous said...

Tq.info yang sangat berguna..diet secara sihat kan...

Sedikit info topic diet sihat di blofg saya

http://bit.ly/1dtyYIN

zie said...

Alangkah bagusnye kalau kita amalkan cara mereka..info yang sangat berguna. Thanks for sharing ��

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...