Wednesday, July 14, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Sya'baan!

Salam mesra, salam ukhuwwah..

Dalam sedar atau tidak, Rejab kita tinggalkan begitu sahaja. Kosong mungkin. Sya'baan datang menyapa, adakah kita masih leka dan lalai...?? Sehingga Ramadhan, bulan keberkatan tiba..??


Peringatan buat diriku dan semua...

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.  

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
  • Memperbanyakkan puasa sunat. Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang (Surah Al-Ahzab: Ayat 41-42 
  • Dan Tuhanmu berfirman: “Berdo’alah kepadaKu nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk ke neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Surah Ghafir:Ayat60))
  • Bertaubat Ulama’ telah menyebutkan syarat-syarat yang mesti ada bagi seseorang yang benar-benar ingin bertaubat sepertimana yang telah diambil dari Al-Quran dan hadis, antaranya:

    1) Bersegera meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat tersebut.
    2) Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
    3) Berazam untuk tidak kembali bergelumang dalam dosa dan kemaksiatan.
    4) Mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi atau memohon kemaafan darinya.


6 comments:

Chik Na said...

thanks for sharing the info..

wah..cepat betul masa berlalu..

Anonymous said...

Assalamualaikum puan ...

harap puan dapat semak terlebih dahulu kedudukan hadis yang terdapat dalam entri ini, dibimbangi jika ada yang palsu.

Setakat pengetahuan saya banyak hadith palsu berkenaan kelebihan syaaban. Yang paling ketara ciri-ciri palsunya ialah ibadat yang sedikit ganjaran tersangat besar.Wallahu A'lam

Ummu Ammar said...

Chik Na > Betul tu..Masa berlalu tdk akan kembali lg. Oleh sebab itu jagalah hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang agar sentiasa melorongkan kita menuju keredhaanNya..


Anonymous > Terima Kasih atas peringatan dan keprihatinan anda

Ibuhani said...

yelah....sekejap masa berlalu. Smoga kita diberi kesempatan beribadah....... :)

Bintu Sazali said...

da masuk syaaban..menyesal cz tak pernah sehari pun berpuasa mass bulan rejab hari tu....:(

Ummu Ammar said...

Kak Ani > Insya Allah..

Nadiah > Jgn terlepas peluang lg di bulan Syaaban pula..Jom puasa sunat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...