Artikel yang menyedarkan ini saya baca di sini. Saya sukakan artikel ini. Nak kongsi dengan anda semua..Moga dijadikan peringatan dan iktibar kita bersama..
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda
yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya
merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati
masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap
operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak
berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah,
kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi
yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot
premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak
menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…
Setelahsurat saman dihulurkan oleh pegawai PBT,
ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat
mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis
perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau
taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau
derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal
mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan
diri ke dalam neraka…”
Setelah
Gadis
tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu
betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je?
Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak
tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai
tudung..
Ustaz
tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.
Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat
neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya
jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab
gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi
pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti
kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”
Gadis
tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga
dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “Perkara macam tadi akan berlaku
kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk
syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia
tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan
jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa
rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang
terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak?
Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.
“Ah..mana
adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.
Ustaz
tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?” Gadis
tu terdiam.
Ustaz
mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat
Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu
wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri
dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat
atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK
kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya,
sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala
perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu’alaikum.”
7 comments:
sangat menarik artikel nih.. nampak simple tp intipatinya sangat mendalam..
.: pernah jumpa artikel sebegini di facebook, tapi dah takde link dia. Terima kasih untuk artikel menarik ini, Terima kasih :-) :.
Has > Yes..simple tapi menyedarkan..
mamdoh > Ahlan wasahlan..syukran sudi mencoret di sini..Sama2..moga dapat dikongsikan utk kebaikan org lain pula...
saya ingin sekali berjumpa dan bersuara dengan ustaz tersebut kerana saya kagum dengan cara ustaz itu menyedarkan perempuan tersebut…saya sokong kata-kata AQUASHINE…
salam kak UA,
maaf dah lama deena xdtg sini..hrp sht hendaknye..trm ksh ats pkongsian ini...
deena > Alhamdulillah..UA sihat..mg deena sihat juga. Syukran..sharing is caring..:D
assalamualaikum..bgus jawapan ustaz tu..sy kongsikan post ni ye. tq :)
Post a Comment