Tuesday, December 01, 2009

Bila Hujan Turun II


Salam mesra pembuka bicara buat semua..


Allah Maha Pengasih Lagi Penyayang.. Seminggu  bumi bertuahku ini disinari mentari setelah hampir seminggu sebelumnya ditimpa hujan. Maka mana-mana pakaian yang lembab dan basah bolehlah dikeringkan, urusan luar yang tertunggak dapat diselesaikan dan bolehlah beraktiviti outdoors dengan anak-anak. Banjir pun dah surut maka penduduk yang ditimpa musibah banjir dan berkampung di pusatpusat pemindahan bolehlah pulang ke rumah dan buat apa yang patut.

Namun sehari dua ni hujan kembali turun non stop 24 jam. Antara lebat dengan tak lebat jer. Di waktu siang apatah lagi di waktu malam kami diulit kesejukan. Kalau hujan macam ni, kami lebih selesa berada di rumah. Cuma semalam, saya, suami dan anak-anak menghantar adik ipar menjalani latihan praktikal di Hospital Dungun. Pukul 3 petang kami bertolak semasa hujan turun mencurah-curah. Sepanjang jalan kami ditemani hujan. Singgah sebentar ke Uitm Dungun sebelum ke rumah sewanya bersebelahan Hospital Dungun. Semasa perjalanan pulang ke K Trg, sudah ada beberapa jalan di Merchang dan Marang yang siang tadinya Ok sudah dinaiki air. Alhamdulillah masih boleh dilalui. Kalau tidak nasiblah, pasti ada yang terperangkap nanti.


Bila hujan turun, anak-anak banyak beraktiviti di rumah sahaja. Macam-macam aktiviti dilakukan mereka. Daripada membaca, mengaji sampailah bergaduh, bergusti, main sembunyi-sembunyi dan sebagainya. Nampak gayanya mereka sudah tidak berminat untuk mandi hujan lagi. Maklumlah dan bantai mandi hujan puas-puas sebelum ni..Jom layan gambar-gambar kat bawah ni..




Ammar dan Afiq tengah membaca dan latih tubi..tengoklah habis disepahkan buku-buku tu..
untuk Ammar saya dah beli beberapa buah buku Tahun 1 untuk pendedahan awal dan Afiq banyak ditekankan dengan kemahiran asas 3M




Sesi wajib ; mengaji..Ammar berguru dengan ummi manakala Afiq dengan abi..kadang2 gilir terutamanya bila part merajuk kena marah..tapi yang penting dua-dua tok guru garang..jangan main-main!


 

Sesi main games..kadang-kadang saya benarkan mereka surfing internet seperti education games, puzzles, colouring dan sebagainya yang sesuai untuk perkembangan minda mereka ..



15 comments:

K.Asna said...

Alhamdulillah...rajinnya anak2 mengaji...macammanalah nak buat dengan anak2 saya ni...esp yg umur 4 thn ni...macammana kaedah terbaik nak mula yea..saya guna iqra'...tp lambat betul nak kenal

yatie chomeyl said...

rajin anak2 akak..alhamdulillah, sejuk perut akak mengandungkan diorang

Ummu Ammar said...

K Asna..

Sbnrnya, anak2 saya bukannya rajin sgt pun..byk alasan kalu srh mengaji..kena 'jualbeli' jugak la..janji itu janji ini..

Tp mmg kami tegas bab2 mengaji..kena rotanlah jawabnya..tp alhamdulillah dua2 dah baca quran besar..

Selain di rumah,saya turut bterimakasih dgn uzh dan cikgu mrk kt tadika dan pra..banyak membantu mrk mbaca dgn cepat..

Saya guna iqra' juga..mmg dua2 dulu lmbat gak, sampai saya risau tkt2 mrk lmbt pandai baca..tp bagi dia sedikit masa..jg tergopoh2 nk cepat habiskan..kena banyak ulang sampai dia dpt baru alih baca yg lebih susah..

Nanti bila dia dah pandai asas Quran..dia akan lbh bersemangat utk mengaji....InsyaAllah..

Ummu Ammar said...

Yatie..

Alhamdulillah..anak2 adalah anugerah Allah..kitalah yg mencorakkan warna kehidupan mereka satu hari nanti..

mamaarifakeemaisy said...

hermm tak pernah melalui pengalaman banjir yang besar..huhu..taknak pun..kalo kt kg saya..cuma bnjir2 biasa, air paras buku lali tu je..

bagusnya aktiviti anak2 time hujan!

Ummu Ammar said...

mamalieyna..

Samalah..saya pun x pernah alami banjir besar..plg besar masa kecik dulu..paras lutut..skrg stkt paras buku lali je..

Baru singgah blog mamalieyna..harap2 Arif makin sembuh dr CP..

LiLy @ MaMaQiStInA said...

salam kenal gak ummu Ammar...

Rajinnyer anak2 belajar n mengaji...mmg bagus bg pendedahan awal anak2 ni kan...smoga anak2 menjadi anak yg soleh n bijak! :)

Ummu Ammar said...

mummyqistina..

Slmt dtg ke blog saya..

Peranan ibubapa sgt penting dlm membentuk budaya ilmu di kalangan anak2..

Insya Allah. Moga qistina yg comel pun membesar sbg anak solehah yang bijak..

Ummu Ammar said...

Kak Asna..

pembetulan..typing error

bkn juga tp jgn tergopoh2 nak cepat habiskan..

Nida n' Hanafi said...

Salam...

Sejuk perut ibu mengandung.. kalau macam ni, hujan hari2 pun takpe kan... (tapi part gaduh tu yg tak tahan..)..

Anak2 saya ni pun klu disuruh mengaji macam2 alasan... sakit perutlah, kakilah, tanganlah... dari tak sakit terus sakit kena cubit dengan ibunya.. :-)

Ummu Ammar said...

Part gaduh agenda wajib setiap hari..kdg2 1jam sekali atau lebih..mmg tak tahan..si abgnya manja sikit..manakala si adik garang..tak bleh tsilap sikit..siap la..kdg2 dia saja nak usik2 abang dia yg manja tu...

Anak2 mmg kena paksa mengaji demi masa depan mrk..sayang anak tangan-tangankan...jgn sampai peringkat dera dah la...hihihi

Hamizah said...

tganu banjir besar kan,Pah?harap2 semua selamat..mesti bosan xleh kuar rmh tambah2 bila satu family dpt berkumpul..rajin Afiq dan Ammar tu.ummmi dan abi pun semangat jg didik anak..barakalluhu fikum

Ummu Ammar said...

Allahu yubarikufikum..

Mmg besar banjir thn ni..K Trg x terjejas sgt..tp hujan non stop.. daerah lain teruk....nasib baik ada jalan pantai..boleh balik Setiu jenguk rumah..

Anak org lain kita boleh didik..anak sendiri lagi kena semangat Zah..

Nadiah Sidek said...

akk..kongsi la link yg akk slalu guna utk anak2 surf tu :)

Ummu Ammar said...

Nadiah..

Antara link2 yg biasa akak guna..ada akak ltk kt sidebar..cubalah..ada yg sesuai dgn safiyyah..nak lg banyak tanya pakcik google..hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...