Wednesday, February 24, 2010

My Potato Wedges

Salam ukhuwwah buat semua..

Selepas entry tentang resepi potato salad hari tu, temanku Nida ada bertanyakan resepi potato wedges. Saya sebenarnya bukanlah pakar benar masak memasak ni, cuma kalau ada masa luang, saya suka mencuba resepi baru terutama yang simple dan mudah. 

Resepi potato wedges ni pun saya ambil dari internet. Ada banyak cara memasaknya, tapi ini paling mudah dan cepat setelah saya ubahsuai resepi-resepi sedia ada. Anak-anak saya cukup suka hingga tak cukup selalunya. Saya tak kisah menyediakan sendiri untuk mereka, kerana kami sudah berazam untuk tidak membiasakan mereka dengan restoren makanan segera. Lagipun, apa kurangnya air tangan ummi ni. Selamat dan jimat belanja.

Bahan-Bahan:
5-6 biji kentang (dipotong seperti wedges)
sedikit garam (atau secukup rasa)
3 sudu besar serbuk kari ikan
Sedikit serbuk lada hitam Ajishio
Air (secukupnya untuk merebus kentang)
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara memasaknya:
  1. Kentang dibasuh bersih tanpa dibuang kulitnya dan dipotong seperti wedges.
  2. Rebus kentang sehingga separuh masak
  3. Angkat dan toskan. Kemudian lumurkan dengan serbuk kari, serbuk lada hitam dan garam.
  4. Perapkan seketika.
  5.  Kemudian digoreng secara 'deep fry' hingga kekuningan.
  6. Angkat dan hidangkan bersama sos cili, mayonis atau sos Thousand Island.
Tengah berbaris untuk digoreng!
Selamat Mencuba!

18 comments:

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

best ni mesti cuba..thank akak sudi kongsi...

Ibuhani said...

hmm.....nampak sodap jugak!

Unknown said...

salam,mintak pandangan atau nasihat/komen berkaitan dengan artikel terbaru yang di tulis di blog saya.Pandangan dan komen/nasihat dari anda amat saya alu2kan untuk di jadikan pengajaran kepada saya..

Nida n' Hanafi said...

Salam UA..

Kentang apa ye kak Ummu gunakan sebab kentang ni pun ada macam2 jenis.. takut tersalah beli pula nanti

Kak Nisha said...

Assalamualaikum semua,
Salam ziarah dan ukhuwah. Wah nampak bestkan. Beza sikit dari resepi akak. Tapi kalau nak buat rojak akak goreng lebih kurang macam nilah.

Wassalam

izzatnaqib said...

hehe..nampak sedap je uzh...saya pun nk buat gak la....walaupun seorg lelaki,kena gak blajo masak kn....

Nadiah Sidek said...

kat sini nadiah goreng aje kentangnya kak. sedap! kentang kat sini goreng mcm tu aje pun mmg sedap la. takyah buh garam pun takpe. mak nadiah pun kata kentang kat sini mmg sedap..dia terbaca kat mana ntah. mak nadiah kata kat malaysia ada gak jual tapi agak mahal la berbanding kentang biasa tu

Ummu Ammar said...

Anna..

Cuba la..mesti lg sedap kalo Anna masak..

Kak Ani..

Memang sodap! huhuhu..perasan la ni..

Anak Pendang Sekeluarga..

Syukran sudi ke mari..Insya Allah, nanti saya balas kunjungan..

Ummu Ammar said...

Nida..

Akak buat ni guna Japan Potato..terpulang la, kdg2 main bantai jer kentang apa2 pun..tp kalo kentang yg elok..lg menjadi..

Ummu Ammar said...

Kak Nisha..

Terima kasih sudi ziarah blog saya. Bleh tanya..apa resepi rojak yg akak buat tu..kongsi la dgn kami..

Izzat..

Betul tu..lelaki kena belajar masak juga nanti bleh jd suami soleh idaman para isteri..bleh tolong isteri masak2 di dapur..sbgaimana isteri tolong suami mencari nafkah utk keluarga..baru bahagia, kan?

Ummu Ammar said...

Nadiah..

Apa nama kentang tu? Rupanya kentang ni banyak gred juga ye..

Mcm akak kt Mesir dulu..gandum dia mmg sedap..buat apa2 pun menjadi jer mcm cokodok, kek dlln..tp bila blk kt Mesia..tak sesedap gandum mesir la..

Nadiah Sidek said...

kitorg kat sini selalu beli russet potato. kat malaysia ada jgk kot jenis tu. kalau tak, akk cari kentang yg kulitnya putih2 skit (cerah dpd kulit kentang yg biasa tu)

Nurul Izza said...

salam ua

iza dh buat..sudahnya ratah je..tp anginya dalam badan.ekeke

kdg angin2 pon makan juga.. kentang

izzatnaqib said...

hehe...betol tu uzh....kena jadi insan yang soleh dulu,baru teman yang solehah akan datang kn??

Ummu Ammar said...

Nadiah...

Nanti nak cari la..mana tahu kut2 ada kt mana2 pasaraya..

Izza..

Kuat benar ke 'angin' Izza ni..byk la kena pantang mkn kalo gitu..termasuk sayur2an juga..

Ummu Ammar said...

Izzat..

Jgn lupa.."Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. "[Surah al-Nur, ayat 26]

Jgn risau izzat cukup baik utk dpt teman yg baik..study sampai habis dulu ek..

izzatnaqib said...

insyaallah uzh....kalo nk kawen nanti,insyaallah saya jemput uzh...tapi,saya pun tgh pikir gak...uzh rase agak2 knp biah kt mesir ni mcm hangat gak ngn suasana kawen ni ek?? ke sbb kita sndiri pun sudah meningkat dewasa n ia adalah fitrah??

Ummu Ammar said...

Izzat..

Uzh faham sgt situasi ni..tp situasi kahwin bg akhawat tdk sekuat sblh ikhwah..semua faktor yg Izzat sebut itu betul tp yg plg kuat menyumbang ialah biaah kt sana..sbbnya kita jauh dr family..dan sentiasa inginkan perhatian dr insan tsayang..

Dulu, prinsip uzh mmg tak akan kahwin selagi x habis study. sbb ramai kawan2 ( akhawat ) pelajaran terbengkalai kerana kahwin dan komitmen pd suami dan anak2..tapi kalo yg dah lanjut usia dan msh x habis study..digalakkan la.

Untuk Izzat..fikir la yg terbaik untuk diri sendiri. HArus kuat menempuh dugaan. Bercinta la dgn ilmu sepuas2nya. Takut menyesal bila blk Msia. Insya Allah..Takkan lari gunung dikejar..hihihi..panjang plak taklik pasal ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...