Salam mesra buat semua..
Sebelum cuti sekolah hari tu, saya telah berpeluang mengikuti Kursus Kejurulatihan PPIM ( Puteri Islam ) di Kem Latihan Merbau Menyusut, Setiu. Hati agak keberatan pada mulanya kerana saya dipilih oleh Pengetua untuk mengantikan guru yang tidak dapat menghadiri kursus tersebut kerana sebab yang tertentu. Selain, daripada itu, saya sudah memiliki Sijil Kejurulatihan semasa KPLI dulu, dan rasa tidak perlu melaluinya lagi. Namun, seikhlas mungkin cuba menghadiri kursus tersebut dengan harapan bertemu ilmu baru yang bermanfaat.
Banyak kenangan manis dan kelat dapat dikutip sepanjang kursus seperti mendirikan khemah, membina gajet, berkawad di bawah terik mentari ( kelakar pun ada..sbb saya rasa sudah cukup tua utk buat perkara seumpama ini )
Antara yang saya nak kongsi kat sini ialah slot menyediakan santapan rimba ~ pengalaman pertama sebenarnya buat saya..jom kita layan gambar-gambar ni ~ manalah tahu ada yang berhajat untuk mencuba resepi seumpama ini...
Ikan cencaru dibalut dengan tanah liat
Kemudian dibakar di atas api sehingga tanah liat yang membalut ikan itu merekah..barulah ikan betul2 masak..nasi dan air pula di masak dalam buluh
Beginilah rupanya "ikan cencaru bakar ala rimba" selepas diangkat dan dipecahkan "sarung"nya...hhmmm...terasa kemanisan isi ikan bila dimasak sebegini...
Hidangan mestilah bertemakan bahan-bahan rimba..ni la hasilnya...Santapan Rimba..
...agak2 boleh makan tak?
13 comments:
sedap ker tu? nampak menarik...
Che Sue..
Kalau sesat di belantara, inilah alternatifnya..pasti sedap bila terdesak kan??
1st time etgk ikan di masak sebegitu :)
Satu peluang pengalaman yang sukar nak dapat tuh,selalu dengar tapi tak pernah berpeluang melakukan.
knp balut ngan tanah pulak. Kan boleh dibakar cam tu jer?? Sedap ke???
err..apa ye tujuan salut dgn tanah liat?
si TEDI > Saya pun 1st time..hehehe..
makbonda > Betul-betul pengalaman baru..selalunya masakan rimba..masak sardin dan nasi dlm bekas besi yg disediakan tu jer..
Kak Ani & Nadiah > Inilah yg specialnya..tujuan dibalut ngan tanah liat ialah untuk mengekalkan rasa manis ikan yg semulajadi..
Isinya amat enak dimakan kerana ia tidak kering sepenuhnya sepertimana yang berlaku kalau kita hanya membakar ikan itu dengan api terdedah.
sedapnya ikan cencaru..ikan nila yg duk mengidam ms pregnant. tapi xdpt2..=)
p.s: penah dgr juga org mask ikan dgn tanah liat
salam kenal..
mmg takde rase tanah ke bile makan ikan tu??
Izza > kat sana xder cencaru ek?..Nasib baik x meleleh liur si Iman kan..
YAn > Salam kenal juga. Ahlan wasahlan ke blog saya.
Ikan tu mmg rasanya fresh dan manis. Saya rasa gak sedikit. Memang xde rasa tanah pun..Lgpun cencaru kan berkulit keras ..
deena pun fes time lak dgr salut dgn tanah liat..hehe..sedap ye..
Post a Comment