Thursday, July 08, 2010

Ummi, Sepanyol Tu Kat Mana??

Salam mesra, salam ukhuwwah..

Demam World Cup sudah menginjak ke penghujung. 
Hmm..lega rasanya..hehehe..
  Sepanyol sudah menempah tiket ke final.
Bakal berentap dengan Belanda untuk genggam Piala Dunia. 
Saya bukanlah peminat bola. Mangsa peminat bola adalah. 
Maklumlah abi dan hero kami berdua minat bolasepak ni, 
TV pun asyik channel yang ada bola jer. 
Masing-masing ada pasukan pilihan sendiri. 
Ammar minat Portugal sebab dia selalu tengok Ronaldo dalam paper. 
Afiq plak ada baju bola Sepanyol, terus minat Sepanyol.
Ummi? Tak minat la. Sekadar ikuti perkembangan sahaja.
So,terpaksalah ummi buat hal sendiri.


Apa yang positif sikit pasal demam bola pada anak-anak
ialah secara tidak langsung mereka belajar Geografi. 
Kedudukan negara-negara peserta Piala Dunia ni. Macam Ammar, dia agak curious tentang ni. Banyak negara-negara dia hafal. Siap buka Google Earth untuk cari letak duduk negara-negara tu..kadang-kadang sibuk duk tanya ummi dan abi macam-macam..Orang Uruguay bangsa apa? Orang Ghana cakap bahasa apa..dan macam-macam lagi..


Apa-apa pun kalau malas mengaji, solat atau malas buat kerja rumah sebab nak tengok bola..
Siaplah kena marah dengan ummi..
Bola, bola juga..tapi ada batasnya..

13 comments:

Ibuhani said...

salam ummu ammar.....yelah dahsyat betul demam bola ni kan....sampai ada yg percaya ramalan seekur sotong.....hehehe.... :)

Ummu Ammar said...

Kak ANi > Sotong pun tumpang glamer World Cup tu...hihihi..

Akak x demam bola ker??

Hamizah said...

sbb bola, saya tertidur awal skrg ni..xboleh nak layan tv..hehehe

Ummu Ammar said...

Mizah > Sama la kita..lega bila segalanya bakal berakhir..

Helmy said...

Ammar sama macam saya masa kecik2 dulu.Suka cari info pasal negara2 yang masuk piala dunia.Sampai bila dalam kelas cikgu tanya pasal ibu negara sesebuah negara tu,saya la yang paling banyak dapat jawab.Hehe.Penangan piala dunia.

Tapi dulu takde Google Earth macam sekarang.Dulu kena bukak peta beso-beso atau tengok globe kat makmal sekolah,baru boleh tahu.

Sekarang ni,sedang berusaha untuk mengembara ke seluruh negara-negara tu.Dekat je Europe dengan Jordan ni.Naik keretapi pun boleh sampai.Hehe.Doakan saya berjaya jejakkan kaki ke sana..InsyaAllah

Ummu Ammar said...

helmy > Memang betul. Scr x lansung byk benda dia tahu psl negara2 luar. Hhhmm..Banyak persamaan la awk ngan Ammar. Agak2 saiz bdn pun cam helmy kut bila bsr..Mg berjaya cam helmy juga. Dpt jejak bumi anbiya'mendlmi ilmu agama bekalan dunia akhirat

Mengembara? Bestnya..Kalau tdk krn uzh muslimah pasti ia jd agenda uzh juga dulu..Uzh sokong 100% kalau awk pergi mengembara lihat bumi Allah ni..sbb bila blk Mlysia ditambah dgn kesibukan kerjaya..susah dah nak cari peluang dan wang..hehehe

Anonymous said...

Saya pun layan bola sekarang ni sebab kat sini tak perlu berjaga malam...
Sekarang saya nak sokong Spain pula... hehehe. Pasukan pilihan sentiasa berubah mengikut perlawanan semasa.

Nida n' Hanafi said...

Salam ummu..

Nasib baik waktu bola di sini pukul 6.30 pagi, takdelah menahan mata nak menonton

al-lavendari said...

saya mungkin salah seorang melayu terakhir yang tidak minat bola.

bagaimanapun saya akui banyak juga falsafah yang boleh diterapkan dari perlawanan bola ini:

1. kekuatan kerja berpasukan,
2. kepatuhan kepada peraturan,
3. kesediaan menerima kekalahan,
4. kesediaan menerima teguran,
5. jangan mensesiakan rezeki,
6. jangan merendahkan orang, dll

Makbonda said...

Pakcik sebelah rumah Makbonda sangat gila bola,tapi dia tak sokong mana-mana,asal gol je dia bersorak.Semua orang ketawa tengok gelagatnya.

Ummu Ammar said...

fa1o > Samalah kita..sape yg menang tu la saya sokong..saya pun sokong spain..tp saya x tgk pun perlwanannya..

Nida > Kat sini semua kaki bola menahan mata sampai 4pg..sanggup!Ish2..tak faham la.

Ummu Ammar said...

al lavendari > Sangat mengagumkan falsafah tuan tentang bola..saya setuju..

makbonda> Saya dah boleh bayang gelagatnya tu sbb ayah saya pun lebih kurang camtu kdg2..

teenage party games said...

LEPAIH NI APCO AKN MENCADANGKAN PADA NANJIS TUYA AL SEMAH KATIK SUPAYA DIADAKAN PENEMPATAN HARAM YAHUDI KT MESIA PLAK.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...