Thursday, November 05, 2009

Menjadi Tetamu Allah di Haramain


Salam buat semua..

Minggu ini agak sibuk buat saya. Itulah jawapan kenapa blog ini sudah tidak berupdate untuk beberapa hari ini. Sesi persekolahan untuk tahun ini cuma tinggal 2 minggu sahaja lagi. Selain peperiksaan akhir tahun dan menanda skrip jawapan pelajar banyak lagi kerja yang nak dilunaskan. Maklumlah, sebelum bermula sesi baru 2010 Januari nanti, segala kerja-kerja 2009 perlu diselesaikan sebaik mungkin.

Musim Haji juga sudah bermula. Menjadi tetamu Allah di Tanah Haramain - Makkah al Mukarramah dan Madinah al Munawwarah untuk mengerjakan Haji merupakan impian setiap umat Islam. Siapa yang tidak mahu menunaikan rukun Islam yang ke lima ini bukan? Apabila berkemampuan wajiblah disegerakan. Jangan tunggu bila usia sudah menginjak dan badan sudah tidak kuat.

Firman Allah swt, “Dan kamu sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah” (Al-Baqarah : 196).

Firman Allah swt, “Dan Allah mewajibkan ke atas manusia untuk mengerjakan Haji di Baitullah (Kaabah) bagi sesiapa yang mampu pergi ke sana (Ali Imran : 97).


Erti berkemampuan ialah : 1) berkuasa dengan sendiri, atau 2) berkuasa dengan pertolongan orang lain.


Berkuasa dengan sendiri ialah memiliki perbelanjaan perjalanan dan tempat tinggal di Tanah Suci dan cukup bekalan untuk ditinggalkan bagi orang-orang yang dibawah tanggungannya di Tanahair, ada kenderaan, aman perjalanan, sihat tubuh badan dan berkesempatan masa. Syarat-syarat tambahan bagi wanita ialah mendapat izin suami dan hendaklah ditemani oleh suami atau mahramnya ke Tanah Suci.


Berkemampuan dengan pertolongan orang lain ialah :


* Orang yang memiliki perbelanjaan untuk ke Tanah Suci tetapi tidak dapat mengerjakan sendiri kerana terlalu uzur dan sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua umurnya yang telah putus asa tidak dapat ke Tanah Suci.

* Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hayatnya tetapi tidak sempat mengerjakan Haji.

Dalam hal ini terhutanglah fardhu Hajinya ke atas warisnya atau orang yang menerima wasiatnya untuk menyelenggarakan hutang hajinya dengan upah yang yang berpatutan atau sukarela. Ini dinamakan Badal Haji atau Upah Haji.


Semalam saya berada di Lapangan Terbang Kuala Terengganu untuk menghantar ibu dan bapa mertua saya berlepas ke Kuala Lumpur sebelum berlepas malam ini ke Makkah al Mukarramah untuk mengerjakan Haji. Alhamdulillah impian mak terutamanya tercapai jua untuk menunaikan kewajipan ini ditemani ayah yang sudah masuk kali kedua. Kami sekeluarga mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buat mak dan ayah sepanjang menunaikan ibadat yang mulia ini. Dipermudahkan segala ibadat dan urusan dan moga dikurniakan Haji yang mabrur jua kembali di sisi keluarga dengan selamat. Insya Allah. Amin.




8 comments:

gyan MD said...

salam,

tahun ni jemaah haji dari kelate naik d trg gak ke g haji? mcm tahun lepas gak..?

anaklaut said...

salam..ukhwah,


semoga ibu dan bapa mertua anda mendapat haji yg mabrur.

saya juga mendokan agar kedua-dua ibu an bapa mertua anda akan sentiassa mendapat lindungan dan rahmat allah swt hendaknya..

Nida n' Hanafi said...

Salam
Terbayang pasti disaat ini saya juga sedang sibuk melunaskan tugas2 yang belum langsai di sekolah...:-(

p/s: Semoga dipanjangkan umur olehNya untuk kami sempat menunaikan Fardhu Haji

Ummu Ammar said...

Salam myself..

Xde. Trg je lah naik kt sini. Sbb tahun ni xde dah penerbangan terus ke Jeddah mcm thn lps. Jd seme jemaah Haji kena ke Kompleks Hj di Kelana Jaya sblm naik flight ke Jeddah.

myself, bila lg? Atau sudah bergelar Haji..

Ummu Ammar said...

Salam anak laut.

Terima Kasih. Mudah-mudah dipermudahkan ibadah dan urusan mereka di sana.

Saya juga doakan anak laut sentiasa berada di bwh rahmat Ilahi dan dipermudahkan segala urusan hidup. Amin.

Ummu Ammar said...

Salam Nida..

Hihihi..mesti Nida rindu kesibukkan tu tak? Alhamdulillah sebahagiannya dah settle. Cuma laporan dan dokumentsi fail ada lg yg belum settle.

Insya Allah. Ada rezeki kita akan ke sana juga. Seeloknya kita sudah menabung dr sekarang.

gyan MD said...

salam utk ummuammar,

insyaAllah musim haji thn hadapan. amin..
doa2kan lah k.. :-)

Ummu Ammar said...

myself..

InsyaAllah..moga dipermudahkan hajat anda utk menjadi tetamu Allah di Haramain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...